Aku baru sahaja pulang dari program yang aku join..
Sampai sahaja di bilik, aku terus mencapai laptop sambil minda masih memain-mainkan memori tadi..
Bibir mengukir senyuman saat jari-jemari menari rancak di atas keyboard..
***
Seorang pelajar sekolah datang merapati aku yang sedang memungut sampah2 di tepi pantai. Lalu perbualan ringkas terjalin.
Si A: Sapa tu?
Aku: (memandang ke arah seseorang yang ditunjukkan pelajar itu) Entah, tak kenal.
Si A: Berapa umo dia?
Aku: 21(teka aku sebab mostly budak2 second years yang ikut program ni)
Si A: Kirim salam kat dia(sambil berlari ke arah kawannya yang berada di hadapan)
Aku sekadar memandangnya berlari meninggalkan aku di situ. Entah kenapa bibir mula mengukir garis senyuman. Aku menggeleng2kan kepala.. Lucu melihat budak bermain cinta..
***
Berhenti rehat sebentar di bawah pokok ru sambil dikelilingi pelajar2 sekolah, kami berbual mesra. Seronok mendengar cerita dan telatah mereka.
Si B: Sapa tu?
Aku: (mencari-cari seseorang yang dimaksudkan pelajar tersebut) Entah, tak kenal.
Si B: Berapa umo dia?
Aku: 21 maybe(agakku)
Si B: Nak tangkap gambar dengan akak tu
Sekali lagi bibirku mengukir senyuman.
Budak2 apabila bermain cinta. Semuanya terlalu indah. Tidak perlu berfikir terlalu banyak.
***
Aku duduk-duduk di dalam bus. Bersedia untuk pulang semula ke U. Kawanku di sebelah yang asyik bermain fruit ninja menggunakan telephone ku tertiba bersuara,
Si C: Aku pernah 3x nak cuba bunuh diri. Pertama ketika aku darjah 2...
(perbualan terus berlanjutan antara aq dan dia)
Setiap orang akan ada yang menyayangi walau diri kau tidak mencintai diri kau sendiri.
***
Sepanjang perjalanan pulang, aku sesekali memandang ke langit. Indah langit dengan kebiruan dan simbahan cahaya mentari yang cukup menyilaukan.
Hidup ini penuh dengan perjuangan.
Tidak kira apa yang kita pernah hadapi atau sedang hadapi.
Ketahuilah bahawa hari ini bukan kita saja yang sedang bahagia atau derita.
Setiap daripada kita ada cerita yang tersendiri.
Berjuanglah walau hidup penuh dengan kecewa.
Kerna pada akhir cerita.
Semuanya terasa sekejap.
Dan kita akan mula faham.
Bukan semata cinta sahaja yang kita perlukan.
***
Kaki mula menjejak tanah di U. Ketika turun dari bus, angin meniup lembut. Terbuai sekejap dengan kelembutannya.
Saat budak bermain cinta, aku tahu.. Semua daripada kita sedang berjuang.. Setiap yang masih punya nyawa itu.. tolong jangan menyerah. Kerna ada yang sayang..
p/s:- drama sangat.. padahal nak cerita apa yang aku lalui sepanjang program hari ni jah..
Aku suka cara kau bercerita, dalam setiap kata kau ada selitkan nasihat. :)
ReplyDeletenasihat utk sedarkan diri sndri gak sbnrnya.. huhu
DeleteSentimental nya awaaaa..haha..
ReplyDeletehaha..trikut cara Aries yg fefeling time mkn kat kdai mkn sensorang..
DeleteEh...Amir tgh baca skrip cerekarama ker...? Huhuhu...love the way you told your story...macam ckp Nov tu...dalam penceritaan ada nasihat...love that Izz...
ReplyDeletesegan kitew.. cekerama sngt ke cra kitew brcerita..huhu..
Deletebtw,thanks.. slain nasihat..tu cra izz mluahkan tntng dunia yg izz nmpk mlalui penulisan.. hehe