Friday 17 August 2018

Kisah Si Aku 12: Kembali Semula

Assalamualaikum and hai semua..
Dah lama aku tak update blog aku.
Nak dekat 2 tahun.
Terkejut gak tertiba dapat mesej selamat hari raya dari @Aries Kid.
Ingat lagi kat aku ya?
Hahaha..
Aq pun kekadang teringat kat kau.
Cuma tak terdetik nak buka blog and tengok chat kat gmail.

Sekarang aq tengah siapkan cerpen.
Dah lama sebenarnya aq berhenti menulis.
2 tahun tak buka blog, 2 tahun gak aq berhenti menulis.
Entah kenapa aq tertiba rasa kecewa dengan cerpen-cerpen yang aku buat.
Lalu berhenti untuk teruskan passion aq yang satu ni.
Hahaha..

Oklah, nak sambung buat cerpen.
Tajuk dia "Bosku Gay".
Hahaha..
Cliche sangat..

Monday 15 August 2016

Kisah Si Aku 11: Momento

Mengeluh aq sekejap..
Dah 2 kawan aq cakap benda yang sama.. mungkin lebih.. tp mereka yang lain aq tak peduli sangat mereka cakap apa.. cuma 2 ini aq terlebih beri perhatian lak..
Maybe sebab mereka juga berkongsi rasa kisah silam yang sama.. Ya, masa silam kami hampir serupa..
Masing-masing cakap aq terlalu menghargai kenangan. Atau aq terlalu hidup dengan kenangan..
Aku terdiam.. termenung sebentar..
Aku bukan hidup dengan kenangan. Atau cuba-cuba menghargai kenangan sehingga setiap apa yang aku lalui, aku akan kaitkan dengan kenangan. No!
Dulu hidup aq tak indah..
Lebih banyak pahit dari manis..
Rasanya tak perlu aq ulang-ulang semula apa yang berlaku. Sejujurnya, aq dulu pun pernah nak bunuh diri.. Haha.. Sampai macam tu sekali.
Sedikit demi sedikit.. Hidup demi hidup. Selagi mana kau bertahan untuk hidup. Selama manapun kau bernafas. Atau sejauh manapun kau melangkah. Satu benda yang tak akan berpisah dengan kau. Walau kau cuba buang dia jauh2.. dan itulah yang dinamakan kenangan atau masa silam. Kau boleh lari darinya tapi kau tak boleh bebas darinya..Segala kebodohan kau. Segala kegilaan kau. Kau akan bawa semuanya bersama. Kenapa?
Sebab itu semua yang menjadikan kau yang hari ini.
Kau tak boleh lari beb, tak boleh!
Walau kau deny macam manapun, segala benda bodoh2 semua tu yang membentuk hati kau. jiwa kau.
Buruk kau. baik kau hari ini. Adalah bagaimana kau menerima segala tentang diri kau.
Meletakkan kesalahan atas orang lain tak akan menyelesaikan masalah.
Kalaulah, kalaulah aq boleh bagitahu mereka..
Aq akan cakap.. "Aq tak hidup dalam kenangan. Aku cuma berhenti berlari darinya. Dan mula menerima siapa diri aq yang dulu. Mungkin juga cuba memaafkan"


p/s:- aq perasan mereka yang punyai masa silam yang sakit. Kalau kau cuba sentuh kisah mereka. Mereka akan  mengamuk dan marah2 atau suara mereka dah start tinggi. Aku percaya ada juga yang akan mengalirkan air mata.
Ada kawan aq mengamuk bila aq terambil tahu kisah dia. Marah2 sambil cakap "kau tak paham aku! kau tak tahu apa yang aku rasa!".. Aq cuma diam. kalaulah dia tahu yang aq juga tahu.. haish~

Thursday 4 August 2016

Kisah Si Aku 10:Ujian Atau Bala

Sejak detik2 nak habis belajar ni..
Banyak masalah keluarga yang aku perlu selesaikan..
Dari sekecil2 perkara..sehingga sebesar2 benda..
Kekadang aq rasa sakit sangat(walhal xada penyakit pun..haha)
Kekadang aq rasa sangat marah..
Selalunya bila aq lihat langit, aku akan tersenyum..
Tapi sejak akhir2 nie..air mata lak yang mengalir..haha..
Lalu Allah hadirkan coretan dibawah nie..
Mungkin hadiah dariNya barangkali..
Coretan dibawah adalah dari tarbiah sentap(boleh gak ke link ni http://www.tarbiahsentap.com/2016/08/apa-beza-bala-dan-ujian.html )

Ada sekali, saya kenal seorang pakcik yang agak tua, umur sekitar 60-an.

Pakcik ni sakit, dan bukan takat sakit, tapi anak-anaknya langsung tak menjenguk dan tak menziarahinya.

Dan, ketika itu, kami ajak pakcik tu pergi surau untuk solat, tapi pakcik tu jawab

“Ah! Kau apa tahu? Buang masa nak solat solat semua ni! Allah ni menyusahkan aku je! Aku dah doa dia bukannya dengar pun. Lagi aku doa, lagi dia bagi aku kesusahan. Dahla aku sakit, anak-anak aku pulak biadap, langsung tak ziarah aku, menyusahkan aku, langsung tak kenang jasa aku!!!”

Terkejut mendengar jawapan pakcik tu.

Kadang-kadang, saya terfikir, manusia yang normal, lagi dia di timpa kesusahan dan masalah, dia akan lagi cari tuhan, akan lagi cari Allah. Tapi, hari ni, wujud juga orang yang bila di timpa musibah dan kesusahan, dia lagi jauh dari Allah, lagi benci Allah. Terkejut, dan kadang-kadang saya takut kalau ianya berlaku pada diri kita juga.

Wahai kawan….

Orang yang cinta Allah, akan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kadang, Allah bagi kita kesusahan dan kesulitan ada sebab, ada hikmah yang Allah nak berikan pada kita, ataupun, Allah nakkan sesuatu dari kita, atau, Allah nak berikan sesuatu yang amat berharga pada kita. Tapi, kita tak nampak. Apa yang kita tahu hanyalah bersangka buruk dengan Allah, memaki hamun dan menyalahkan Allah, kita sonbong dan makin jauh dengan Allah.

“Apalah dosa aku sampai aku di timpa musibah macam ni…”

“Kenapalah aku yang kena musibah? Kenapa bukan orang lain?!!”

“Kenapa, kenapa, kenapa??!!!!”

Kita hanya tahu mempersoalkan dan menyalahkan Allah. Tapi, kita ni langsung tak pernah muhasabah diri, merenung diri kita sendiri, melihat diri sendiri.

Kawan, cubalah ambil masa. Sekejap pun jadilah. Cubalah renung diri sendiri sekejap.

ALLAH SANGAT BAIK PADA KITA

Sebelum kita merungut dengan kesusahan dan musibah yang Allah timpakan pada kita, cuba kita renung, betapa baiknya Allah pada kita!

Allah baik sangat pada kita, kan?

Allah bagi kita mata, mulut, tangan, telinga. Allah baik sangat kan?

Walaupun kita banyak guna MATA untuk tengok benda yang Allah tak suka, kita tengok ajnabi, kita tengok benda haram, kita tengok dan cari keburukan orang lain, tapi Allah masih bagi kita mata, allah tak butakan kita.

Walaupun kita banyak guna MULUT untuk mencarut, mengumpat, mengadu domba, megutuk mencaci maki, dan fitnah, tapi Allah masih tak bisukan kita.

Walaupun kita banyak guna TANGAN untuk melukakan orang, menulis benda yang tak elok, search benda haram di internet, membuat lambang mencarut, mencuri dan sebagainya, tapi Allah masih tak kudungkan tangan kita.

Walaupun kita banyak guna TELINGA untuk dengar keburukan orang, dengar orang mengumpat, dengar lagu-lagu yang liriknya berbaur lucah, lirik yang mengajak kita buat dosa seperti lirik tentang couple, pergaulan bebas, seks dan sebagainya, tapi Allah masih tak pekakkan telingan kita.

Allah sangat baik pada kita, kan?

Kadang, kita lupa diri. Kita lupa nikmat yang Allah beri pada kita tidak tertandingi, kita lupa, kita lupa, kita lupa...

Tapi, apakah Allah lupakan kita?

Tidak.

Allah masih beri kita nikmat demi nikmat. Bahkan, Allah RINDU nak dengar suara tangisan dan rintihan kita. Sebab tu Allah timpakan kita kesusahan. Sebab Allah nak dengar suara kita.

Tapi, malangnya, bila kita di timpa kesusahan, kita tak cari Allah. Bahkan, kita salahkan Allah..

"Apa dosa aku ya Allah? Apa dosa aku??"

"Kenapa aku yang kena tanggung semua ni..Kenapa aku??"

Tapi, walaupun kita tak cari Allah tika susah, Allah tetap sayangkan kita, Allah tarik kesusahan tersebut, dan terus bagi kita nikmat, dengan harapan, kita akan kembali pada Allah.

Allah masih bagi kita tempat tinggal, harta, keluarga, kawan-kawan, oksigen, lengkap pancaindera, dan lain-lain. Ye, agar kita kembali pada Allah.

Allah baik sangat pada kita, kan?

Allah sayang kita. Allah tahu kita ni manusia, mudah lupa, mudah terjebak dengan dosa. Sebab tu Allah tawarkan pelbagai ganjaran yang besar-besar agar kita buru ganjaran dan pahala. Tapi, kita masih tak nampak, kita memandang remeh kebaikan, dan memandang remeh orang yang menyeru kepada kebaikan. Tapi, Allah masih sayang kita. Allah tawarkan PENGAMPUNAN yang amat luas pada kita! Kita boleh minta ampun bila-bila, di mana sahaja, Allah sentiasa dekat, Allah sentiasa faham, Allah sentiasa terbuka untuk mengampunkan segala dosa noda kita, kecil atau besar, banyak atau sikit, sengaja atau tak sengaja, semuanya Allah ampunkan. Tapi, berapa ramai yang ingin bertaubat?

Allah baik sangat pada kita, kan?

Takkanlah kerana sedikit kesusahan yang Allah bagi, terus kita lupakan segala yang Allah bagi pada kita?

MUSIBAH ITU TANDA CINTA

Korang dah renung dan fikir bukan?

Betapa banyak gila bapak nikmat yang Allah bagi pada kita dari kita bangun tidur sampai kita tidur balik, Allah bagi kita peluang demi peluang demi peluang, tapi, kita seakan-akan langsung tak menghargai nikmat yang Allah bagi.

Kita guna untuk maksiat, kita lupa Allah. Kita abai banyak suruhanNya.

Sedangkan, tujuan Allah bagi kita segala nikmat tu semua supaya kita gunakan semua tu untuk kembali pada Allah.

So, bila nikmat tak membuatkan kita kembali pada Allah, maka Allah bagi kita kesusahan!!

Kenapa Allah bagi kita kesusahan? Sebab, Allah dah terlalu rindukan kita!

Ya, Allah dah terlalu rindukan kita wahai kawan!!

Sebab, selama Allah bagi kita nikmat, kita terlalu jauh dariNya. Sebab tu Allah bagi kita kesusahan agar kita kembali padaNya. Allah nak kita kembali, Allah nak kita kembali, Allah nak kita kembali!!!!

Sebab tulah Allah bagi kita musibah wahai kawan.

Cuba korang renung hadith-hadith kat bawah. Cuba korang renung dalam-dalam, ya, sedalam-dalamnya, fikir, fikir, fikir….

1) Allah berfirman dalam hadith qudsi:

إن الله عز و جل يقول للملائكة : انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صبا فيحمد الله فيرجعون فيقولون صببنا عليه البلاء صبا كما أمرتنا فيقول ارجعوا فإني أحب أن أسمع صوته

“Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, “Pergilah kamu kepada hamba-Ku, lalu kamu timpakan bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku suka mendengar rintihannya….”
(HR Baihaqi & Tabrani)

Lihatlah wahai kawan!

Allah bagi kita musibah dan kesusahan adalah kerana Allah “rindu” nak dengar rintihan, rayuan dan tangisan kita!

Mungkin kerana kita dah terlalu lama lalai, terlalu lama tak menangis, terlalu lama jauh, terlalu lama bermaksiat dan leka dengan nikmat, maka Allah bagi kita kesusahan supaya kita kembali sedar yang kita ni kerdil, tak berdaya, penuh dosa, kita ni hamba, dan agar kita kembali tunduk patuh bersujud pada Allah!

Allah timpakan musibah bukan kerana Allah benci dan lupakan kita. Tidak, tidak! Tetapi, kerana Allah amat cinta dan sayangkan kita….

Tapi, apakah yang kita balas? Bagaimanakah kita membalas cinta Allah ini?

2) Hayati dan fahami juga hadith nabi ini:

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَة

“Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang yang beriman berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya!!”
(HR Muslim)

Lihatlah! Lihatlah dengan mata hati! Lihatlah dengan jiwa yang tenang!!

Allah bagi kita ujian dan musibah adalah kerana Allah nak ampunkan kita wahai kawan!

Kita banyak dosa, banyak sangat buat dosa, dan lebih parah dari tu, kita lupa nak bertaubat, tapi, Allah nak jugak ampunkan kita, dengan cara bagaimana? Dengan cara, Allah timpakan musibah buat kita, yang mana, kalau kita REDHA dan sabar, Allah akan ampunkan semua dosa kita!!

Betapa baiknya Allah pada kita! Betapa cintanya Allah pada kita semua!!

Tapi, apakah yang kita balas setiap kali kita di timpa kesusahan dan kesakitan?

Adakah kata-kata nista dan cercaan, atau redha serta kembalikan segala pujian padaNya serta meminta ampun dari Allah?

ANTARA UJIAN DAN BALA

Kadang, kita tak tahu nak beza, adakah musibah yang berlaku pada seseorang atau sesuatu tempat itu merupakan satu ujian ataupun bala?

Apakah yang berlaku pada rasul dan sahabat yang di seksa di cerca dan di bunuh itu ujian ataupun bala?

“Adakah taufan dan rebut yang sering berlaku di Amerika itu ujian ataupun bala?
Adakah kematian rakyat palestin, syiria, rohingya dan lain itu ujian atau bala?
Adakah kes kematian ratusan orang di mekah dan di mina tika musim haji itu ujian atau bala?
Adakah apa yang berlaku kepada kaum nabi Nuh yang di tenggelamkan air itu ujian ataupun bala?”

Kadang-kadang, kita tak dapat bezakan mana satu ujian dan mana satu bala. Akibatnya apa? Akhirnya, apa yang berlaku pada kita kita anggap ujian, apa yang berlaku pada kelompok yang kita tak suka, kita anggap itu bala.

Contohnya, banjir yang berlaku kat Kelantan, ada suara-suara yang mengatakan bahawa itu bala. Ada juga yang mengatakan bahawa itu adalah ujian. Ada jugak orang yang melekeh-lekehkan azab Allah.

"Aku buat maksiat, rileks je bahagia. Kau tu, solat bagai, aku tengok hidup kau susah je. Haha..."

Boleh-boleh dia seolah melekehkan perintah Allah. 

Semua ni terjadi sebab mereka tak faham, bila sesuatu musibah itu datang, ianya adalah BALA ataupun UJIAN.

Bagi saya, UJIAN dan BALA itu bukan di ukur dengan neraca macam tu.

Bagi saya, kalau sesuatu musibah tu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, maka itu adalah ujian. Tapi, andai satu musibah tu membuatkan kita makin jauh dari Allah, maka, itulah bala!


 Saya ulang:

“Kalau sesuatu musibah tu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, maka itu adalah ujian. Tapi, andai satu musibah tu membuatkan kita makin jauh dari Allah, maka, itulah bala!!!”

Yep.

Sebab tu wahai kawan, setiap kali kita di timpa kesusahan, pergaduhan, keretakan rumah tangga, di fitnah, krisis kewangan, kematian orang yang tersayang, kehilangan harta benda, kesakitan, kemalangan dan sebagainya, cepat-cepatlah kembali pada Allah. Janganah di sebabkan benda tu membuatkan kita bertambah jauh dengan Allah.

Kita nak Allah buat apa pada kita baru kita nak kembali bertaubat?

Bila Allah bagi kita kesenangan, kita tak nak taubat,, Kita lalai dan leka, hanyut menggunakan nikmat untuk maksiat.
Bila Allah bagi kita kesusahan, kita marah Allah, kita benci Allah, kita salahkan Allah.

“Kita nak Allah buat apa pada kita baru kita nak kembali pada Allah wahai kawanku?????!!!!”

Fikir dan renunglah wahai kawan!! Adakah Allah yang benci kita atau kita yang benci Allah? Cukuplah kita menjauh. Kembalilah pada Dia. Allah amat menanti kepulangan kita…

Ingatlah wahai kawan, musibah dan bala yang terbesar adalah maksiat. Setiap kali kita bermaksiat, itulah bala dan azab, walaupun tika itu kita berada dalam kesenangan. Sungguh!

Cuba korang hayati kata-kata Ibn Athoillah ini. Hayati sungguh-sungguh, bava berkali-kali!

“Musibah yang sebenar bukanlah orang yang mati anaknya atau kehilangan harta, keluarga atau kekasih. Tetapi, musibah yang sebenar adalah orang yang di hentam dengan dosa, di serang oleh syahwat, dan di hempap oleh pelbagai kesalahan! Inilah musibah yang sebenar!

Mereka menghabiskan waktu mudanya untuk meraih segala kenikmatan, mereka menghabiskan umur mereka untuk melakukan segala maksiat dan perkara terlarang!!

Jangan kau menganggap orang yang berduka dan mendapat musibah adalah mereka yang terkena penyakit, di landa kemiskinan, atau sedang di penjara. Boleh jadi, semua itu membuatkan mereka lebih dekat dengan Allah dan memperoleh redhaNya. Adakalanya kesembuhan itu datang setelah meminum ubat yang pahit.

Tetapi, hakikatnya, yang sebenarnya di timpa musibah adalah mereka yang bermaksiat pada Allah dan tidak bertaubat dari dosa!! Mereka memasukkan kotoran maksiat ke dalam hati mereka yang bersih! Mereka penuhkan neraka dosa dalam kalbu mereka sehingga mereka mati…

Apabila engaku di tanya tentang ‘Apakah yang patut di ratapi?’ , maka, kau jawablah, ‘yang sepatutnya di ratapi adalah seorang hamba yang Allah kurniakan kesihatan dan kekayaan, namun dia menghabiskan kedua-duanya untuk bermaksiat pada Allah….”

(Ibn Athoillah, kitab Bahjah Annufus)



Apa maknanya?

Hakikatnya., bila kita buat maksiat, dan kita tak di timpa azab dan kesusahan, dan di sebabkan itu kita rasa bebas dan tak takut Allah sebab Allah tak berikan "azab" direct, ketahuilah sebenarnya kita telah tertipu dengan diri sendiri. Kita tak tahu, hakikatnya, berterusan dalam dosa itu adalah satu azab yang lebih perit dari di timpa bala bencana!

Saya ulang:

"sebenarnya kita telah tertipu dengan diri sendiri. Kita tak tahu, hakikatnya, berterusan dalam dosa itu adalah satu azab yang lebih perit dari di timpa bala bencana!"

Kerana itu, muhasabahlah dirimu wahai kawan. Jadilah orang yang beriman, dengan sebenar-benar iman. Kerana sesungguhnya, menjadi orang beriman itu sangat bahagia dan sangat indah!



عَجِبْتُ مِنْ أَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَ الْمُؤْمِنِ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ كَانَ ذَلِكَ لَهُ خَيْرًا وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ فَصَبَرَ كَانَ ذَلِكَ لَهُ خَيْرًا

”Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia BERSYUKUR, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia BERSABAR, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.”
(HR Ahmad)

Bila di uji, kembalilah pada Allah.

Sunday 31 July 2016

Kisah Si Aku 09:Mencintainya

haha..tajuk bukan kemain..
"mencintainya".. hurm~
dulu kwan aq prnah tanya(kwn seU)..
ko tak ingin disayangi ke??
tak ingin dicintai ke??
Aku just like..krik krik krik
tersentap gaklah kan..
how someone yg xpernah msuk dunia aq boleh sesenang tanya soalan mcm tu??
tp terima kasih kat kwn aq tu..
dy buat aq sedar something..
ia bukan tentang aq nak @ tidak..
hakikatnya, diri aq dh lama disayangi..
dh trlalu lama dicintai..haha..poyo..
btw, memng betul pun..
aq disayangi n dicintai oleh.....
my family n my only God(InsyaAllah)..
2 buah cinta yg xmampu aq balaz..
cinta manusia luar??
hurm, biarlah ia datang sndri..
aq malaz nak kejar..
penat!
lagipun dgn rasa yang brbeza ni..
pasti ada rasa yang terluka..again ayat poyo..haha..
btw, since aq pn plan xnak hidup lama..(boleh lak main plan2?? haha)
aq nak realisasikan impian aq sjak kecik tu..
eh, takkan korang dh lupa time korang kcik2 dlu??
bila cikgu tnya ape yg korang impikan bila dh besau..
sambil tngn lambai2 kat cikgu..(fuh, semngt nk jwap)..
dgn suara yg yakin "Saya nk hntar mak ayah gi haji"..
haha..impian itulah..
aq sendiri dh smakin lupa impian itu..
bila aq tngok opah aq yg smakin tua..
aq trtanya2..bilalah anak2 opah nk hntr opah gi haji.. uhuk(terbatuk jap)..
aq ade survey harga haji yg swasta punya..
fuh, mahal.. brpeluh2 ketiak..
tp itu bukan penghalang bukan??

jd bila nnti2 ada yang tanya lg soalan mcm tu..
aq kick dy jatuh bangunan..haha..joke only..
dgn ayt yg brhemah..
I will say..
"aq sedang mencintainya dgn cara aq.. ko apa tahu.. :p   "

Tuesday 12 July 2016

Kisah Si Aku 08: Raya Dengan Seadanya

Assalamualaikum n hai..
Haha..dh lame aq xupdate blog nie..
Bukan sbb busy tp..hurm, entahlah..
Raya kali ni terasa lbh indah..
Walau tiada baju raya, kasut raya apatah lg kuih raya..
Prkara yg berulang sprti raya sblum ni..
Hurm, aq pn dh lupa bila kali terakhir kami dpt buat prsiapn raya..
Baju raya kali ni pn adalah bju raya tahun2 lpas..
Tapi istimewanya raya kali ni kami sekeluarga dpt balik k kg..
Ada sedikit rezeki yg mengizinkan kami smpai k kg.
Dalam suka ada duka..
Raya kali ni adalah raya prtama tnpa kehadiran atuk aq..
Sedikit terkilan kerna raya lpas kami xdpt balik kg utk braya krana kekurangan rezeki dn bbrp masalah lain..
Saat itu aq tekad, raya kali ini aq akan usahakn juga supaya kami dpt balik kg braya walau kekurangan rezeki..
Aku merancang dn Allah juga merancang..
Dan rancangan Allah itu lebih cepat..
Dia menjemput atuk aq prgi dulu..
Aku kira aq punya masa, tapi rupanya aq silap..
Sehingga k akhirnya aq xbrjumpa atuk aq..
Aq hanya dpt melihat tanah yg menanam atuk aq..
Sehingga kini sedih itu mash ada setiap kali aq teringatkn atuk aq..
Ya, dy sekadar atuk.. tiada apa yg prlu disedihkan tapi..
dia istimewa.. kerna aq cucu sulong..
sape2 cucu sulong pasti memahami ape yg aq rasa..
msh trbayang susuk tubuhnya dikerusi yg slalu dy duduk..
dn kini dy tiada lg utk menyambut kami..
saat kehilangannya aq sedar..
masa bukan milik kita smua..
jika hari ini kau menangguh krna kau fikir masih ada masa..
kau silap..
utk aq..
aq xkisah sekiranya beraya tnpa bju raya,kasut raya @ kuih raya..
aq xmnta semua itu wajib ada..
aq cuma mahu raya dengan seadanya..
berkumpul 1 keluarga..
dan masih mampu tersenyum walau banyak kekurangannya..
itu sudah terlalu banyak utk aq..
bukankah bahagia itu kita yg pilih?

Di kesempatan ini, aq ingin mengucapkan~
Selamat Hari Raya Semua..
Maaf zahir batin dr izz(si penulis batu jalanan).. :p

Wednesday 27 April 2016

Cerpen 06: Masih Sayang

Diukir pada: 23/12/2015
Diukir oleh: Batu Jalanan

Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima

Aku berlari sehabis tenagaku. Berlari di celah-celah orang ramai. Perempuan atau lelaki. Dewasa atau kanak-kanak semuanya aku langgar. Tidak lagi peduli pada suara-suara yang menjerit pekik memarahi tindakan aku itu. Apa yang penting sekarang ialah aku harus berlari jauh dari mereka-mereka yang mengejar ku.

Aku pantas memasuki lorong sempit sebaik sahaja pandangan mataku terlihat tempat itu. Lalu bersembunyi disebalik tong sampah hijau yang terdapat di situ. Mereka-mereka yang mengejar aku masih bebas berkeliaran. Mencari-cari orang macam aku.

Bunyi siren kereta polis berada di mana-mana sahaja. Baru sebentar tadi, 2 buah kereta polis melintasi bangunan ini. Kawasan ini seakan-akan telah menjadi satu pesta keramaian dengan bunyi siren polis dimana-mana.  Aku semakin ketakutan. Kali ini mereka benar-benar ingin menangkap orang seperti aku. Sungguhkah kami bersalah?

Debaran jantungku semakin kencang terasa. Nafasku masih rancak turun naik. Mataku ligat memandang sekeliling. Memerhati sekiranya ada kelibat polis di sekelilingku.

Seseorang tiba-tiba sahaja berlari melepasi aku. Beberapa polis mengejarnya dari belakang. Sebaik sahaja polis yang paling hampir dengannya berjaya mencengkam kolar bajunya. Dia pantas dibaringkan. Tangannya digari ke belakang.

Mata kami bertentangan  buat seketika. Aku berundur perlahan-lahan. Memastikan tiada bunyi yang terhasil dari derapan kakiku. Sedang aku berpaling untuk keluar dari situ, sebuah kereta polis berhenti tepat di hadapanku.

Seseorang keluar darinya dengan senjata di tangan lalu mengacukannya ke arah aku.

“berhenti! Jangan bergerak! Angkat tangan atas kepala” arahnya.

Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Tangan aku, ku angkat. Kaki ku mula lemah. Aku berlutut di situ. Aku seolah-olah tidak mampu lagi berfikir cara untuk melarikan diri dari sini. Satu persatu kesalahan aku yang lepas mula terbayang di mindaku. Aku memandang ke atas. Melihat langit yang mula dibasahi hujan.

“Apakah Kau sedang melaksanakan hukuman Kau terhadap kami?” desis hatiku.

###

Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia

Aku kini di sini. Disebalik dinding bergerigi ini. Bersama-sama dengan mereka yang mempunyai kesalahan sepertiku. Aku tidak menyangka bahawa mereka-mereka seperti aku telah terlalu ramai bilangannya. Lihat saja di lokap ini. Langsung tiada ruang untuk aku membaringkan diri.

Aku memerhatikan rakan-rakan selokapku. Ada yang berumur dan ada yang muda. Ada yang berkerjaya dan ada pekerja biasa. Dari mereka yang berpangkat tinggi hingga ke pelajar-pelajar sekolah. Semuanya dikurung di satu tempat atas satu kesalahan yang sama.

Aku mengurung diriku di satu sudut. Duduk sambil memeluk diriku. Aku terlalu takut. Dan aku juga dapat merasakan mereka-mereka yang senasib denganku juga begitu. Untuk kesalahan seperti kami, aku sangat pasti hanya satu hukuman saja yang layak kami terima.  Gantung sampai mati.

Siaran berita yang terpapar di kaca tv milik balai polis ini mula menayangkan berita tentang tangkapan dan serbuan secara besar-besaran di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Kelihatan negara seperti kucar-kacir dengan pemberontakkan dari sekumpulan kecil di hampir semua tempat.

Sebuah kain rentang dengan perkataan ‘LGBT Hak Kami’ tidak lagi memberi makna kepada penguatkuasa. Yang haram tetap haram. Yang dosa tetap dosa. Mereka telah memilih untuk berlaku tegas dengan orang seperti kami. Tiada lagi belas kasihan atau peluang kedua. Semuanya adalah untuk memastikan bahawa bala bencana yang menimpa kaum nabi Luth tidak berulang kembali.

Aku kemudiannya mengalihkan semula pandanganku di setiap ruangan lokap. Wajah-wajah ketakutan dan marah terpancar di setiap dari kami. Pandangan aku kemudiannya terhenti pada sesusuk tubuh yang sangat aku kenali. Dia sedang berdiri sambil memeluk tubuh di ruangan sel sebelah.

Pandangan kami bersatu membuatkan aku mengimbas kembali peristiwa beberapa jam yang lalu di mana aku dan dia sedang berasmara sebelum kami di serbu oleh pihak berkuasa. Aku yang panik dengan keadaan tersebut pantas menolak beberapa orang yang menghalang laluanku lalu berlari keluar dari bilik hotel itu.

Tanpa aku jangka, beberapa orang polis telah siap siaga di luar hotel tempat aku menginap. Aku berjaya melarikan diri dari mereka sehinggalah kepada kisah aku yang membawa aku ke sini.

Aku kemudiannya membawa pandanganku lari darinya. Menunduk lalu memeluk diriku lebih erat sebelum beberapa orang polis mula masuk ke balai polis. Seorang pemuda yang aku kira sebaya dengan umurku bangun lalu berjalan rapat ke arah gerigi. Menendang lalu menumbuk palang besi itu.
 
“lepaskan aku. Aku tak bersalah!” jerit pemuda itu.

“Encik X. Kami telah lama memerhatikan perilaku encik sejak 10 tahun yang lepas. Beberapa amaran telah dikeluarkan yang meminta encik berhenti daripada melakukan kegiatan yang terlarang itu. Tapi encik tidak menghiraukan malah menganggap amaran kami hanya satu gurauan. Dan hari ini encik masih katakan encik tak bersalah?” bicara seorang pegawai polis yang berhampiran dengan pemuda itu

“tapi tangkapan ini terlalu melampau. Kami tak berpeluang untuk bertaubat atau diberi kesempatan untuk meninggalkan kegiatan kami. Korang semua menangkap kami tanpa sempat kami berbuat apa-apa” bantah pemuda itu pula

“berapa lama lagi yang encik perlukan? 10 tahun tempoh masa yang kami berikan kepada encik untuk berubah tapi sehingga sekarang encik masih tetap dengan cara encik”

“tapi…” bicara pemuda itu terputus. Dia seakan-akan tidak dapat meneruskan percakapannya.

Aku lihat pemuda itu terduduk. Mungkin menyesal dengan apa yang telah terjadi. Aku lihat wajah-wajah mereka yang lain juga tidak mampu berkata apa-apa. Tidak pernah ku jangka, tuhan benar-benar menjalankan hukumannya.

###

Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar diKau sudi terima

“Bersalah” bicara hakim tegas.

Aku dan beberapa orang yang senasib denganku telah dijatuhkan hukuman bersalah. Dimana kami akan dihukum gantung untuk kesalahan seperti kami. Kesalahan kerana tetap tegar melayan keinginan kami.

Lemah segala tubuh badanku saat mereka-mereka yang ditugaskan untuk mengawasiku membawa aku ke sebuah kenderaan yang membawa orang seperti kami ke sebuah penjara yang bakal menjadi tempat terakhir buat kami semua.

Saat aku berjalan keluar dari mahkamah ini, ku lihat wajah-wajah keluargaku yang diselumbungi perasaan sedih dan malu. Aku menunduk. Tidak sanggup rasanya untuk aku menatap wajah-wajah mereka. Wajah-wajah yang telah menjagaku dengan penuh kasih sayang. Tegarnya aku mengecewakan mereka dengan perasaan ini.

Aku kemudiannya dibawa terus ke penjara. Rumah terakhirku barangkali. Entah apa yang merasukku. Aku menumbuk-numbuk dinding. Menendang semua benda di sekelilingku. Perasaanku berkecamuk. Aku meronta. Melepaskan geram dan marah tapi pada siapa?

Setelah penat dengan tindakan aku sendiri, aku terduduk. Meraung dan menjerit.

“ini semua salah kau!”jerit aku sambil memandang siling penjara ini.

“salah siapa?” soal satu suara.

Aku terperanjat dengan suara yang tiba-tiba sahaja muncul di sel yang setahu aku hanya ada aku seorang sahaja di sini. Aku pantas memandang sekeliling mencari-cari sesusuk tubuh pemilik kepada suara yang baru aku dengari tadi.

“tak payah nak cari-cari aku. Aku cuma bisikan kau saja” bicara suara tersebut.

“apa yang kau nak?” soal aku dengan nada marah

“tak ada apa-apa. Sekadar untuk menyampaikan” bicara suara tersebut itu lagi.

“apa yang kau nak sampaikan?” soal aku menahan marah.

Aku dapat rasakan suara itu seolah-olah cuba mempermainkan aku.

“bergantung pada kehendak kau” jawap suara tersebut itu ringkas

“gila” bicaraku

“kau lah gila” balas suara tersebut

“kau kenapa nak cari gaduh dengan aku” soalku marah

“kau yang tengah cari gaduh dengan aku sekarang”balas suara tersebut lagi.

“dah diam. Boleh jadi gila aku bercakap dengan kau”bicaraku untuk mematikan perbualan antara aku dengan suara tersebut.

“ok” jawab suara tersebut ringkas.

Aku kemudiannya membawa kakiku rapat ke badanku. Memeluk diriku. Termenung sejenak.

“eh,bisikan” panggil aku.

“ya” bicara suara tersebut.

“kenapa Dia hadirkan aku sebuah perasaan yang Dia sendiri laknat?”bicaraku tenang

Bisikan itu tersenyum sebelum menjawap (stop! macam mana aku tahu bisikan itu tersenyum? pelik)

“perasaan yang macam mana? Perasaan yang semulajadi atau rasa-rasa yang kau cipta sendiri” soal suara tersebut.

“rasa.” Aku terdiam.

Aku sendiri keliru. Rasa ini bila masa dia datang? Mustahil sejak aku lahir-lahir aku terus mempunyai naluri menyukai seseorang yang sejantina denganku.

Mereka-mereka yang tidak mengenaliku mengatakan bahawa aku menjadi mangsa keadaan. Tapi mangsa yang macam mana? Mangsa yang orang tuanya memberi kebebasan mutlak atau mangsa yang dipaksa-paksa orang sekeliling?

Tidak! Aku bukan keduanya. Aku yang memilih jalan ini. Jadi salah siapa sebenarnya?

***

Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan Kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku

Beberapa kali aku cuba mengangkat takbir,namun tidak berjaya juga. Seakan-akan ada rasa yang menghalang. Seolah-olah ada perkara yang menyekat diriku dari memulakan solatku.  Sekali lagi, aku memaksa mengangkat takbir namun tetap juga tidak berjaya. Lalu aku merebahkan tubuhku, melutut di tikar sejadah.

“kau mahu tahu kenapa kali ini,pada hari ini kau tidak boleh langsung mengangkat takbir? Sedangkan selama ini dengan mudah malah tidak perlu dipaksa-paksa dan kau boleh habiskan solat kau dengan sangat mudah dalam sekelip mata” soal bisikan itu.

“kerana Allah mulai benci pendosa seperti aku. Dia menarik nikmat solat dari aku” tekaku yang bersangka buruk terhadap tuhan.

“Salah. Kau silap. Kau tak sedar bukan pada hari ini kau telah menghadirkan Allah dalam solat kau. Untuk pertama kali, kau dapat merasakan bahawa solat kau,ibadah kau hanya untuk-Nya. Dan untuk itu, diri kau mulai sedar bahawa kau tak mampu mempersembahkan diri kau yang ini kepada Allah.”bicara bisikan itu ringkas tapi cukup menghiris perasaanku.

Aku terkesima. Air mataku mengalir. Layakkah pendosa seperti aku mempersembahkan dirinya dihadapan Allah?

***

Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan

Badanku secara tiba-tiba ditolak kasar ke dinding. Aku mengadu sakit. Namun, mereka-mereka yang mengelilingiku langsung tidak peduli. Salah seorang dari mereka menarik kasar baju aku lalu mengoyakkannya. Aku cuba menghalang tindakan lelaki tersebut.

“Pergi! Aku dah tak buat benda ni lagi” marahku

Lelaki tersebut yang marah dengan tindakan aku pantas mencengkam leherku, “Hoi, kau ingat ada orang peduli ke kau nak berubah atau tak.” bicara lelaki tersebut.

“Wey, tuhan pun dah tak nak dengan orang macam kau. Kau tahu tak? Pengotor macam kau ni, manusia buat jadi pemuas nafsu je. Tuhan pun dah tak peduli pasal kau. Kalau dia peduli, tentu dia tak akan hantar kau ke sini.” bicara lelaki tersebut lalu mencium dan menggigit leherku.

Aku kaku. Kata-katanya membunuh aku dari dalam.  

Benarkah tiada lagi yang peduli? Benarkah pengakhiran hidup aku akan terus-terusan begini? Benarkah tuhan tidak lagi peduli pada pendosa seperti aku?” desis hatiku.

“Kau rasa?” soal bisikan

Air mataku mengalir perlahan, “tuhan masih sayang”.

Sambil tersenyum, bisikan itu berkata “aku rasa kau dah tahu jawapan untuk persoalan-persoalan kau tadi”.

“Hoi” jerit warden yang ketika itu melalui jalan ini.

Bertempiaran mereka-mereka yang mengelilingku tadi berlari melarikan diri. Meninggalkan aku yang berlutut di situ. Aku mendongak,memandang ke atas.

“Kau sentiasa ada, bukan? Di sisi aku selama ini? Memerhati dan mengawasi aku..” bicaraku perlahan.

***

Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga

Aku berjalan ke ruang pertemuan sambil di kawal rapi oleh warden penjara. Baru sebentar tadi, ketika aku sedang membaca buku, seorang warden memanggil aku bahawa ada seseorang dari kalangan saudaraku sendiri ingin berjumpa denganku.

Aku yang tanpa banyak soal sekadar mengikut langkah warden penjara membawaku ke ruangan ini. Kelihatan adik perempuanku sedang setia menunggu ketibaanku dengan mata yang merah. Aku kira dia sedang menangis sebentar tadi. Gagang telefon ku angkat, begitu juga dengan adik perempuanku.

“Assalamualaikum,abang”bicara adik ku memulakan bicara sambil menahan tangisnya.

Aku menjawab salam, “ada apa jumpa abang di sini?” soalku keliru.

“Mak,abang. Mak” bicara adik ku tidak dapat meneruskan percakapannya. Air matanya terus-terusan mengalir.

“Kenapa dengan mak?” soalku mulai risau

“Mak sakit abang. Sakit tenat. Sekarang mak kat ICU. Doktor kata mak tak ada harapan untuk sembuh” bicara adikku tersekat-sekat.

Aku terkesima. Bicaraku mati. Ujian ini terlalu berat untuk ku. Terasa seluruh tubuh ku tidak lagi punya sebarang tenaga. Tanpa aku sedar. Aku telahpun pengsan di situ. Keadaan sedikit kecoh dengan tangisan dan jeritan adik ku memanggil-manggil namaku. Aku terus di papah ke ruang penjara ku lalu dibaringkan. Seorang doktor telah ditugaskan untuk memeriksa kesihatanku.

“kenapa? Kenapa tuhan menghukum mak aku sedangkan aku yang melakukan semua kemungkaran ini. Kenapa mak aku yang perlu menanggung semua dosa aku?” soalku yang tidak mampu menerima kenyataan sebentar tadi.

“Kau perlu tahu. Kekadang tuhan tidak menghukum engkau dengan memberi kesakitan dan musibah kepada diri kau. Kerana Dia tahu, semua itu tidak akan memberi kesan sekiranya engkau sendiri yang mengalami. Lalu dia beri ujian kepada orang yang kau sayang supaya dengannya kau akan sedar. Kembali kepada pencipta kita. Menyedari bahawa kita tak punya apa-apa. Tiada apa-apa milik kita. Kita hanya hamba yang lemah yang tidak mampu nak mempertahankan orang yang kita sayang sekalipun. “bicara bisikan itu.

Beberapa hari selepas itu, adikku datang kembali. Memberitahu bahawa mak kami telah kembali ke rahmatullah. Kali ini aku sedikit tenang. Cuba-cuba menerima hakikat walau jiwa masih terasa sakit. Aku belajar menerima cara tuhan memanggil hamba-Nya apabila Dia rindu.

***
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku

Saat tubuhku dibawa ke laluan hijau. Jalan-jalan terakhir untuk mereka-mereka yang dijatuhkan hukuman sepertiku. Kaki ku tidak lagi terdaya untuk melangkah. Mereka-mereka yang berada di kiri dan kananku menampung badanku. Membantu aku berjalan ke tempat tali gantung.

Walaupun pandanganku gelap ditutupi kain hitam, aku sedar aku tidak ke arah lain. Hanya ada satu laluan sahaja. Laluan kematian. Mereka berkata bahawa aku beruntung kerana aku tahu bila aku akan mati tapi tidak sedarkah mereka. Mengetahui saat bila kematian sendiri itu saja sudah cukup menakutkan sehingga engkau tidak lagi mahu tahu apa itu nikmat hidup.

Geseran kasar yang mula mencengkam kuat leher ku membuatkan satu badan aku menggeletar dengan sendirinya.

 “Tuhan tak adil!” bentak ku.

Kau tahu? Telah terlalu lama. Telah lama aku merintih. Merayu kepadanya untuk di hapuskan perasaan ini. Telah terlalu banyak air mata ku mengalir. Mempersoalkan sebuah perasaan yang dia sendiri laknat.

Tapi kenapa baru sekarang Dia menghukum aku? Ketika nyawaku tidak lagi menjadi milikku. Kenapa selama ini Dia biarkan saja aku terus terleka dengan semua nikmat yang diberikannya?

Bisikan itu diam sebentar sebelum menyambung.

“Kerana selama ini Dia hanya mahu menguji engkau. Berteka-teki selama mana engkau akan sedar dan kembali padaNya sebelum Dia menjatuhkan hukuman terhadap engkau. Cuma sekarang baru Dia menunjukkan kasihnya”

“kasih?!” aku menyoal marah

“apa maksud kau? Aku kini di tali gantung. Bila-bila masa saja tempat aku bertapak ini akan terbuka. Dan aku akan mati buat selama-lamanya. Itu yang kau namakan kasih?!”marahku yang amat.

Aku kemudiannya diam buat seketika. Menenteramkan perasaanku. Mengembalikan kewarasanku. Terketar-ketar suaraku menyambung.

“jika benar hari ini Allah sayangkan aku, apa buktinya?” soalku sebak

“cerita kau.”ringkas bisikan itu menjawab.

Aku keliru.

“Dia telah memilih di antara hamba yang sedang mencari-Nya untuk membaca cerita kau.” sambung suara itu lagi

“apa maksud kau? Aku tak faham” soalku keliru

“tidak kira pada saat engkau terfikir untuk melakukan dosa lalu kau terbaca cerita kau,atau saat kau sedang melakukan dosa lalu kau membaca cerita kau atau pada saat kau telah melakukan dosa lalu kau membaca cerita kau. Tidak kira saat-saat yang mana sekalipun,selagi kau tergerak hati untuk membaca cerita kau. Maka saat itu Allah sedang menunjukkan kasihnya. Cuma ketika itu segalanya atas diri kau bagaimana kau mahu membalas kasih dan sayang-Nya”

Badanku terenjut-renjut menahan tangis. Mungkin orang yang akan membuka tapak tempatku berdiri ini menyangka bahawa aku menangis kerana takut. Namun, hanya aku saja yang mengetahui perasaan yang aku rasai ketika ini.

 “jadi ku pinta. Jangan sia-siakan peluang ini sekali lagi” bicara bisikan itu buat terakhir kalinya.

Sebaik sahaja suara itu habis bicara. Papan tempat aku berpijak terbuka. Aku jatuh ke dalam lubang yang sangat dalam. Pelik. Aku tidak merasai sakit di leherku namun aku terus terjatuh ke dalamnya. Seolah-olah aku sedang terjun dari bangunan yang sangat tinggi yang kiri dan kananku hanya gelap-gelita.

Kelihatan cahaya kecil mula muncul dari bawah, semakin lama semakin menyilaukan. Aku terus jatuh ke dalam cahaya tersebut.

Aku terbangun dari tidurku apabila azan subuh mula kedengaran. Badanku berpeluh. Jantungku berdengup kencang. Laungan azan subuh yang kedengaran sayup-sayup dari masjid tidak jauh dari perumahanku terasa sayu dan mendamaikan. Jiwaku menjadi tenang. Tanpa ku paksa, air mataku mengalir sendiri. Membasahi wajahku yang kusam.

Jujur. Aku masih keliru dengan apa yang terjadi. Namun, jiwa ku seperti dilontar ketenangan. Aku seolah-olah di pujuk dengan satu rasa.

Perlahan aku melangkah ke bilik air. Mengambil wuduk yang telah lama tidak membasahi tubuh badanku. Tanganku, aku angkat. Takbir membesarkan Yang Maha Esa aku laungkan. Telah sekian lama aku meninggalkan solat. Dan hari ini aku memulakannya semula.

Dulu aku menyangka, pendosa seperti aku tidak layak untuk mendirikan solat. Dulu aku menyangka, pendosa seperti aku pasti sahaja tuhan tidak mahu berjumpa dengannya. Rupanya aku silap. Tuhan masih sayang.

Selama ini aku cuma merajuk. Merajuk dengan tuhan. Merajuk dengan setiap ujian-ujianNya. Aku menyangka, Allah tidak sayangkan aku. Rupanya aku salah.

Kerana kasih. Dia memanggil aku. Kerana sayang. Dia memberikan aku sebuah cerita mengenai diriku sendiri. Semuanya untuk menjadikan aku hamba yang hebat. Bukan hamba yang bebas dari dosa tapi hamba yang tidak mudah menyerah dan terus berjuang melawan dosanya.

Sekali lagi takbir ku angkat, membesarkan keEsaan tuhanku. Air mata ku telah banyak mengalir sedari tadi.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Bacaan yang sangat ringkas tapi besar maknanya terhadap diriku.


Terima kasih Allah. Terima kasih kerana masih sayang.


Amaran: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan


Catatan: Ada kawan suggestkan aq publishkan cerpen2 aku sebab ia boleh membantu mereka-mereka yang mencari. Cadangan yang dah lama aq fikirkan tapi ada 2 masalah;-
1. Siapa aku yang sebenar akan terdedah. 
2, Aku risau sekiranya cerpen2 aku menyentuh hal yang sensitive lalu membuat ada hati yang semakin keras. Kerna apabila seseorang bercakap seolah-olah dia tahu apa yang kau rasa sedangkan tidak pernah sekalipun dia berada di tempat kau untuk merasai apa yang kau rasa sudah cukup menyakitkan. Ya, aku tahu rasa sakit itu kerna aq juga pernah berada pada fasa itu.
So, biar saja cerpen ini di sini. Well, atleast sehingga tempoh masa yang tuhan takdirkan.