Thursday 31 December 2015

Kisah Si Aku 04: Aku Juga Bukan Malaikat

scroll2 fb ternampak lak tajuk "Abang Sado Gay, Kakak Cantik Lesbian?" dari page tarbiah sentap..
so, tangan aq pun gatal2 tekan "read more"..hahaha..ambik ko..
ok, just nak cakap..
kalau hari ini tuhan takdirkan aq baca benda ni..why not korang pun ditakdirkan baca..
sharing is caring..ha..gitu..
nah,layan~

###

Sebelum saya mulakan, ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan yang insyaAllah akan ke pasaran pada Januari 2016. Nantikan hebahan di FB, Twitter dan Telegram Tarbiah Sentap.

Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan.

Bukan nak riya' or berlagak, tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak tegur penulis tersebut (dalam kes ni, tegur Shukery Azizan). Dan juga at least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)

Semoga bermanfaat :)

Bismillah...

----------

Ini satu lagi masalah yang kritikal melanda masyarakat Islam khususnya Melayu di Malaysia, iaitu masalah gay dan lesbian. Mengenai bab Biseksual (boleh melakukan hubungan dengan lelaki dan perempuan) dan transeksual (tukar jantina) ini, saya tak nak ulas dalam buku ini. Sebab lagi rumit nak selesaikan masalah ini.

Dan dalam bab ini saya tidak menceritakan bagaimana gay dan lesbian ini boleh berlaku, kajian saintifik segala bagai, tidak. Saya tak tulis semua itu. Dalam bab ini, saya cuma bagi solusi apa yang perlu kau buat berdasarkan apa yang saya tahu dan mahu kau buat.

Cumanya saya beritahu, kalau kau buat solusi ini, bukan kau confirm 100% akan berubah. Tetapi sekurangnya ada usaha untuk berubah.

Sepanjang kami tubuhkan Tarbiah Sentap sejak ogos 2014, beratus-ratus persoalan selain daripada berzina, minum arak dan sebagainya, persoalan mengenai penyakit suka sesama jantina. Kalau suka itu satu masalah, bahkan lebih masalah adalah apabila dilayan dengan tindakan, iaitu meliwat sesama jantina.

Punca berlaku gay dan lesbian ini antara faktornya adalah keluarga iaitu mak ayah nak anak lelaki, tetapi asyik dapat perempuan. Lalu dilayan anak perempuan seperti lelaki. Ada juga nak anak perempuan, tetapi asyik dapat lelaki. Akhirnya dilayan seorang anak lelaki macam perempuan seperti bagi patung, belikan beg perempuan dan sebagainya.

Malah ada juga kes yang berkongsi, masa umur 11 tahun dia diliwat oleh pakciknya sendiri. Mula-mula marah, akhirnya ketagih bersetubuh dengan lelaki sampai bertahun-tahun lamanya.

Ada juga berlaku sebab pengalaman hitam diliwat sama ada oleh keluarga atau orang luar, lelaki atau perempuan. Atau ada pengalaman hitam seperti bercinta lepas tu putus, akhirnya tertekan dan pilih untuk bercinta sesama jantina. Malah ada juga berlaku sejak di universiti, dapat roommate gay atau lesbian yang asyik peluk saja, dia pun melayan dan ke laut.

Dan lebih sedih dari itu, ada juga kes yang dah ikut tarbiah, ikut usrah, sekali kakak naqibah itu lesbian rupanya. Patutlah selalu tidur sama dengan seorang anak usrah, sekali kantoi dengan anak usrah yang lain.

Kemudian ada juga kes yang dah lama berkahwin, rupanya suami dia adalah gay. Atau isterinya adalah lesbian. Dan ada beratus-ratus lagi faktor yang menjadi penyebab masalah ini. Dan ini semua kes real yang kami dapat dari soalan-soalan yang ada.

Untuk pengetahuan kau, gay dan lesbian ini bukan saja datang dari rupa lelaki lembut dan perempuan keras seperti pengkid, tomboy dan sebagainya, malah ada juga lelaki yang sasa, badan sado tetapi gay. Dan ada juga perempuan lembut, ayu tetapi lesbian. Argh! Apakah yang berlaku pada dunia ini!

Dan kalau kau nak tahu, TIDAK SEMUA lelaki lembut adalah gay, dan TIDAK SEMUA perempuan tegas keras macam tomboy itu adalah lesbian. Tidak semestinya. Ini bermakna, memang SUSAH kita nak kenal pasti siapa gay siapa lesbian, melainkan kalau dia mengaku.

Moga Allah pelihara keturunan aku dan kau semua daripada gay dan lesbian atau penyakit songsang ini. Amin.

Apa Perlu Buat?

Penyakit ini sebenarnya sangat sukar nak rawat. Serius. Bayangkanlah dah la kena jaga ikhtilat dengan berlainan jantina, tetapi dalam masa yang sama tengok sesama jantina pun bernafsu. Memang ujian besar untuk mereka. Moga Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh nak berubah ini Syurga atas usaha mereka nak taat perintah Allah.

Apa pun, kalau kau ada kesungguhan, insyaAllah boleh berubah. Apa pun, saya cuba beri solusi mana yang saya tahu. Solusi ini paling tidak pun boleh MENGURANGKAN keinginan kau untuk homoseksual. Dan kena ingat, ia BUKAN usaha yang hari ni buat, esok sembuh. Ia usaha yang mengambil masa lama malah cecah bertahun-tahun lamanya sampai mereput jadi mayat.

Kalau tidak membantu walaupun satu, saya minta maaf. Inilah usaha saya membantu kau, moga Allah beri kau kekuatan untuk berubah.

1) Ketahuilah bahawa kau TIDAK dihukum kerana perasaan kau. Walaupun perasaan kau mungkin tidak normal, tetapi kau tidak berdosa sebab itu. Yang menjadi dosa adalah TINDAKAN kau.

Kau berdosa sebab kau liwat sesama jantina. Kalau kau ada perasaan suka kepada sesama jantina, itu belum lagi jadi dosa. Cuma kau kena kawal nafsu tu, sebab bila mula suka sesama jantina, itu dah ada kecenderungan yang tinggi.

Setiap kali datang perasaan itu, JANGAN LAYAN. Istighfar banyak kali, dan jangan layan. Tolonglah, jangan layan. Tiga kali saya ulang ni.

2) Letak dan TANAM dalam mindset kau bahawa, gay dan lesbian ini BUKAN semulajadi, naluri ataupun fitrah kau sejak kecil. Tidak, ini bukan fitrah kau. Kau cuma kecelaruan identiti disebabkan faktor sekeliling yang membuat kau begini. Sebab Rasulullah sebut,

"Setiap‫ anak dilahirkan dalam keadaan fitrah.”

(Riwayat Bukhari)

Kau hanyalah mangsa keadaan, lalu kau terkeliru dalam pilihan kau, membuatkan kau menjadi seperti yang kau jadi hari ini, gay atau lesbian. Hari-hari sebut pada diri kau bahawa, fitrah kau bukan gay dan lesbian.

Kau hanya terperangkap dalam emosi dan perasaan kau sahaja. Ingat, TANAM sungguh-sungguh mindset ini. Sebab ia juga merupakan satu doa.

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Kau kembali kepada Allah dengan cara menjaga amal soleh yang lain seperti solat 5 waktu berjemaah untuk lelaki dan awal waktu untuk perempuan. Kemudian baca al Quran dan terjemahannya setiap hari sekurangnya 1 muka surat. Kemudian rajinkan berpuasa sunat isnin khamis. Jaga solat tahajjud sekurangnya 3 hari sekali dan sebagainya.

Dan paling penting sekali adalah doa sungguh-sungguh setiap hari. Berdoalah minta pada Allah agar dibetulkan semula nafsu dan perasaan kau, dan jadikan kau seperti sediakala sebagaimana fitrah sepatutnya.

Ketahuilah, Allahlah yang memegang hati-hati kita semua. Dan kepada Allah kita kembali. Dan ketahui juga, nak berubah bukan ambil masa 1,2 hari. Bahkan bertahun. Penyakit kanser nak sembuh pun ambil masa berbulan, kadang kala bertahun.

Inikan pula penyakit dalaman yang tak nampak lukanya. Ambil masa, yang penting kau bersabar dan sangka baik dengan Allah.

4) Jangan layan perasaan suka tersebut. Kau mungkin ada perasaan suka kepada sesama jenis kau. Kau mula rasa sayang, tergoda dan sebagainya. Perkara itu tak boleh halang sebab ia datang dengan tiba-tiba tanpa kemahuan kau.

Tetapi apa pilihan yang kau ada adalah JANGAN LAYAN perasaan tersebut dengan tindakan. Maksudnya, kau suka itu perasaan, lalu kau layan guna tindakan dengan cara kau kacau orang tu, kau tidur sebelah dia, pegang-pegang dia, calling dia setiap malam dan sebagainya. Jangan layan perasaan itu!

5) Tinggalkan TEMPAT yang boleh merangsang nafsu sejenis kau. Kalau lelaki, biasanya dia akan terangsang nafsu sejenisnya bila nampak lelaki sado atau kacak. Dan biasanya mudah dijumpai di gym. Oleh itu, tak perlu pergi gym sampai kau dah normal semula. Tak berdosa pun tak pergi gym atau badan tak sado. Kalau kau biasa terangsang di padang, kau pergilah padang lain. Dan sebagainya.

Kalau perempuan biasanya dengan roommate, housemate atau sebagainya. Tukar roommate lain, atau housemate lain. Biar dia cakap kau sombong, tetapi apa nak buat, kau nak bertaubat dan berubah. Bersusah payahlah kerana nak taat perintah Allah, insyaAllah besar pahala.

Apa pun, yang penting tinggalkan TEMPAT yang boleh merangsang nafsu sejenis kau. Tak kisahlah di mana-mana sekalipun.

6) Kalau di tempat kerja pula? Ini pun kritikal juga. Takkan nak suruh kau berhenti kerja pula. Jadi solusinya adalah, tundukkan pandangan. Kau mungkin tak bernafsu tengok berlainan jantina dengan kau, tetapi kau kena bersusah payah dengan tundukkan pandangan daripada melihat sesama jantina yang kau SUKA.

Tundukkan pandangan ni maksudnya kawal pandangan. Bukannya 24 jam jalan tunduk ke bawah. Kawal. Setiap kali terasa nafsu syahwat naik, kawal pandangan!

Saya yakin, tak semua sesama jantina yang kau suka. Biasanya kau akan suka kepada orang yang hensem bagi lelaki, ataupun yang caring, lemah lembut, suka dengar masalah dan sebagainya untuk perempuan.

Tundukkan pandangan sebaik mungkin. Setiap kali datang perasaan itu, istighfar secepat mungkin dan JANGAN layan perasaan tersebut.

7) Jangan pernah tidur sekatil denga sesama jantina. Elakkan tidur lagi-lagi dengan orang yang kau suka atau mudah terangsang. Bahaya !

8) Elakkan bersentuhan kulit, terutama kawasan yang mudah buat kau terangsang. Kalau sentuh pipi boleh menaikkan nafsu syahwat sesama jantina kau, jangan sentuh pipi!

9) Pergi ke program atau kem-kem yang dianjurkan oleh jabatan agama, NGO Islam dan sebagainya yang berusaha untuk membantu golongan gay dan lesbian. Antaranya program yang dilaksanakan oleh JAKIM sebelum ini kalau saya tak silap mukhayyam apa entah.

Tetapi apa pun, saya yakin, jabatan agama, NGO Islam dan persatuan-persatuan Islam yang lain berusaha sungguh-sungguh untuk membantu golongan macam kau.

10)Selain itu, kau pun boleh guna kaedah penulisan artikel atau jurnal. Maksudnya, kau tulis apa saja pengalaman dan luahan perasaan dan harapan kau dalam bentuk penulisan. Luahkan segalanya dalam tulisan kau. Keinginan kau untuk menjauhkan diri dari penyakit songsang ini pun boleh kau tulis sekali.

11)Kau terlibat dengan usaha berbentuk kemasyarakatan seperti gotong royong, kenduri, program, dan sebagainya yang boleh mengurangkan perasaan tersebut. Tetapi kalau kau jumpa orang yang kau berkenan semasa program tersebut, jangan layan perasaan tersebut.

12)Paling penting, jangan pernah putus asa dan jangan berhenti untuk cari solusi supaya kau berubah dan kembali normal. Orang yang kena penyakit AIDS pun, walaupun dia tahu yang tiada ubat lain untuk merayu, masih lagi berusaha cari solusi lain mana tahu at least boleh kurangkan kesakitan ataupun boleh panjangkan sedikit hayat.

Seperti juga kau, kena usaha cari kaedah untuk berubah dan kembali normal. Mungkin kau akan ambil masa lama untuk berubah, sehingga bertahun-tahun lamanya. Tetapi kalau kau ada usaha, Allah pandang usaha kau.

Mungkin kau jadi mati dalam keadaan kau masih lagi gay dan lesbian, tetapi kalau masa hidup kau pilih untuk berubah dan berusaha cari solusi untuk normal, insyaAllah Allah terima amal kau dan masukkan kau ke Syurga. Amin.

Tetapi kalau masa hidup pun kau malas nak cari solusi, dan tak bersungguh nak cari, malah kau beri alasan yang kau takkan berubah. Macam mana kau nak jawab depan Allah nanti?

Ingat, Allah tak tengok hasil kau, tetapi Allah tengok usaha kau. Sebab itu dalam bab takdir, saya ada sebut bahawa,

“Hanya orang buat usaha yang TEPAT sahaja berjaya, walaupun nampak macam tidak berjaya.”

Buat usaha yang tepat itu maksudnya kau cari jalan, alternatif dan usaha untuk berubah menjadi normal semula selari dengan syarak walaupun nampak macam tak berjaya apabila kau mati dalam keadaan kau masih lagi gay atau lesbian.

Tetapi buat usaha yang TIDAK tepat maksudnya kau langsung tak buat apa-apa, dan “usaha” kau hanyalah terus menerus bagi alasan bahawa ini semua takdir, ini semua naluri sejak kecil, ini semua semulajadi dan sebagainya.

Merayu.

Wahai kawan-kawan yang diuji dengan penyakit gay dan lesbian ini, saya merayu, saya menyeru, dan melutut pada kau.

Kembalilah pada ALLAH dan bersabarlah dengan sebenar-benar sabar serta TINGGALKANLAH seks sejenis.

Serius, Allah sayang kau. Sebab itu Allah beri kau peluang untuk baca bab ini, Allah beri kau peluang hidup lagi, Allah beri kau peluang untuk cari solusi lagi untuk bertaubat dan berubah. Usahalah untuk berubah, jangan putus asa untuk berubah walaupun ambil masa bertahun-tahun lamanya.

Ujian kau sangat besar dan hebat, dan kalau kau bersungguh-sungguh bermujahadah[2] melawan serta menundukkan nafsu songsang kau, boleh jadi kau punya amal lagi dahsyat dari kami. Kami tak berhadapan dengan situasi dan kepayahan kau, dan mungkin kalau kami kena pun, kami tak mampu untuk tanggung.

Kau memang hebat! Sebab itu Allah uji setiap orang lain-lain, berdasarkan kemampuan yang orang tu sebenarnya boleh buat.

Dan ingat, kita semua masuk Syurga atau Neraka itu telah ditakdirkan. Tetapi takdir kita masuk Syurga atau Neraka itu ditentukan oleh pilihan hati kau sendiri masa di dunia, iaitu sama ada nak berubah lalu berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah, ataupun kau buat tak tahu lalu memberi pelbagai alasan untuk mempertahankan perbuatan kau dengan alasan ini semua takdir, ini semua fitrah, ini semua naluri dan sebagainya.

Wallahu’alam.

- Shukery Azizan -

Sumber : Dipetik dari Bab 12 buku Aku Bukan Malaikat karya Shukery Azizan. Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)

###

Dah habis baca??
Renung-renungkan dan selamat beramal..hehehe
Last but not least..
Selamat Menyambut Tahun Baru, my dear frienzz..
Semoga persahabatan kita semua kekal ke Jannahnya~

Sunday 13 December 2015

Cerpen 04: Harapan Yang Tersisa


Diukir pada: 12/12/2015
Diukir oleh: Batu Jalanan

Aku membuka tirai jendela. Memandang ke luar tingkap. Melihat budak-budak kecil sedang bermain bola sepak antara mereka. Aku tersenyum sendiri. Aku sukakan budak-budak tapi keadaan aku menghalang aku dari memiliki mereka. Bukan kerana aku mandul. Bukan juga kerana aku tak mampu. Tapi kerana…

Seseorang berjalan di belakangku lalu memelukku. Mencium leher ku lalu menggigit manja. Aku melentokkan kepalaku. Membawa kepalaku ke bahunya. Pelukkan kekasihku semakin erat.

“sayang pandang apa tu?” soal Fariz kekasihku.

“tengok budak-budak main bola”ujarku.

Aku dan dia, kami sama-sama lelaki. Kami juga merupakan pasangan kekasih sejak 2 tahun yang lepas. Itulah rahsia terbesarku yang aku cuba sembunyikan dari pengetahuan semua orang termasuklah keluargaku. Itulah juga antara penyebab aku tak mungkin perolehi anak.

“sayang nak keluar malam ni?” soal Fariz lagi.

“pergi mana?” soalku pula.

“pergi jumpa kawan-kawan kita. Lepak-lepak kat kelab” jawap Fariz.

“ok. Sayang ikut abang malam ni” jawapku.

Kami berkucupan buat sementara waktu sebelum masing-masing menyiapkan diri untuk ke tempat kerja.

Malamnya kami bersiap-siap seawal 8 malam. Aku mengenakan t-shirt putih dan jeans hitam manakala Fariz berpakaian kemeja hitam dan seluar putih. Aku yang duduk di birai katil hanya memandang ke arahnya sambil menunggu dia bersiap.

Lama aku memerhatikannya sejak dari dia mengenakan pakaiannya. Ku perhatikan lengannya apabila dia melipat lengan bajunya ke paras siku. Dadaku berombak kencang. Terasa hangat nafasku.

Fariz yang sedari tadi bersiap sambil membetulkan rambutnya memandang ke arahku. Dia tersenyum lalu mengucup bibirku lembut. Aku membalas kucupannya. Dia menolak badanku lembut. Kami baring sambil dia menidihku. Kucupan kami semakin hangat sebelum aku menolak badannya.

“malam nantilah abang. Kata nak pergi makan dulu” bicaraku.

Dia mengeluh sambil menggosok-gosokkan kepalanya.

Tanganku diraut. Kami berpegangan tangan sambil berjalan ke arah kereta. Kami singgah di Restoran X. Sementara menunggu makanan sampai aku memerhatikan keadaan sekeliling. Melihat beberapa buah keluarga yang makan bersama. Pandanganku terhenti pada si anak kecil yang ligat bermain lari-lari dengan adiknya.

Dia tersandung si sebelahku. Aku mengangkatnya. Dia tersenyum ke arahku sambil mengucapkan terima kasih. Ibunya memanggilnya dan menunduk ke arahku. Mungkin meminta maaf barangkali.

“awak tak nak anak ke?” soal Fariz seakan berbisik di telingaku.

Aku memandangnya hairan.

“how?” soalku

“kita ambil anak angkat. Abang tengok sayang macam sukakan budak-budak” bicara Fariz lagi.

“tak naklah. Saya tak nak dia jadi macam kita.” Bicaraku

“maksud sayang?” soalnya hairan

“eyalah. Bersembunyi di bawah bayang-bayang sendiri. Saya tak nak dia jadi keliru. Biarlah kita saja begini. Hanya ada abang dan saya” bicaraku lagi.

Sepanjang kami berada di dalam kereta, aku meraut lengannya. Melentokkan kepalaku dibahunya. Aku terlalu sayangkan dia. Mencintainya seluruh jiwaku.

Dia bukan cinta pertamaku tapi dia cinta yang mengajar aku erti setia dan kasih antara insan walaupun sesama jantina. Aku terlalu menyayanginya.

Kereta yang dipandu Fariz meluncur laju membelah kepekatan malam. Pegangan kami aku eratkan. Aku terlalu takut kehilangannya.

***

Deringan telefon menganggu tidurku. Aku mencapai telefon yang berada di atas meja bersebelahan katilku. Ku perhatikan nama pemanggil dalam keadaan mata yang masih samar-samar akibat pancaran cahaya yang keluar darinya. Kelihatan perkataan ‘mak’ tertera di skrin telefonku.

“Assalamualaikum, mak. Ada apa call pagi-pagi ni?” soalku dalam serak suara orang yang baru bangun tidur.

“adik sibuk tak hujung minggu ni? Mak ada perkara penting nak bagitahu adik ni” bicara makku.

“Benda apanya mak? Bagitahu jelah kat sini. Adik dengar” bicaraku pula.

“adik balik rumah sekejap. Nanti kita bincangkan hal ini dengan ayah sekali” bicara makku lalu mematikan panggilan.

Faham sangat aku dengan perangai mak aku. Suka sangat matikan panggilan sebelum aku sempat membuat sebarang keputusan. Membiarkan aku terkapai-kapai tanpa mampu memberikan kata putus. 

Nak atau tidak aku terpaksa balik pada hujung minggu tersebut. Fariz tidak dapat menemani ku pada kali ini kerana outstation di utara tanah air. Aku terpaksa pulang sendiri walaupun jiwaku tak rela(konon tak nak jauh-jauh dengan buah hati).

Sampai sahaja aku di rumah, kelihatan banyak kereta berada di halaman rumahku. Aku memandang hairan dengan pandangan luar biasa yang berada di depanku ini.

“ada orang meninggal ke?”desis hatiku.

Koleksi lagu naruto yang bermain di radio keretaku sejak aku bertolak ke sini ku perlahankan. Cermin tingkap aku turunkan untuk mencari-cari sekiranya masih ada tempat kosong untuk aku parkingkan kereta kecilku ini.

Kelihatan di bawah pokok rambutan tempat aku main sewaktu kecil dulu masih kosong di bawahnya. Aku memilih untuk parkingkan kereta ku di situ sahaja. Mudah untuk kereta yang banyak-banyak ini keluar nanti bila habis urusan mereka di rumahku.

Aku mematikan enjin keretaku lalu keluar dari keretaku. Kelihatan seorang wanita sedang membaca buku di dalam salah sebuah kereta yang banyak di halaman rumahku.

“cantik” desis hatiku lagi.

Sekiranya perasaan aku wujud pada seseorang yang bernama wanita sudah pasti wanita itu akan aku nikahinya. Kerana dengan reaksi dirinya yang pantas menyembunyikan wajahnya di sebalik buku yang dibaca apabila aku terpandang wajahnya membuatkan aku yakin, dia wanita yang baik-baik.

Aku kemudiannya meneruskan langkahku, mencari-cari pintu belakang untuk masuk melaluinya. Sebaik sahaja kaki aku memasuki pintu belakang yang menghubungkan aku dengan dapur, aku pantas membuka tudung saji.

Kelihatan pisang goreng dengan sambal kicap di dalam pinggan menarik minatku. Perlahan-lahan aku menarik kerusi agar tak kedengaran bunyi geserannya. Sepantas itu aku duduk dan memakannya dengan penuh selera.

Tetamu mula beransur-ansur balik dan kedengaran tapak kaki menghampiri ruang dapur. Aku membiarkan saja bunyi tersebut dan terus melahap makanan yang berada di depanku ini.

“bertuah punya anak. Bukan nak guna pintu depan. Masuk rumah sendiri pun dah macam pencuri” rungut mak ku.

Aku sekadar membiarkan saja mak ku membebel sambil berjalan menghampiri mak ku lalu bersalam dengannya. Aku memeluknya lalu mencium pipinya kiri dan kanan sambil mulut ku penuh dengan pisang goreng bersalut sambal kicap.

“ada apa mak ramai-ramai datang tu?”soalku hairan.

Aku kembali ke meja makan sambil memasukkan lagi pisang goreng cicah sambal kicap ke mulutku.

“malam nanti mak cerita. Pergilah mandi-mandi dulu. Rehatkan diri. Mak nak masak untuk makan malam dulu” bicara mak ku sambil mengambil periuk nasi yang berada di atas meja.

***

Pada malamnya sedang aku enak-enak menonton cerita naruto di tv yang telah aku download ke dalam cd, tertiba mak aku datang lalu mematikannya. Terpegun aku sekejap kerana naruto baru sahaja nak mula bertarung dengan sasuke.

Aku pantas memandang mak aku, mak aku memandang aku dengan wajah serius. Bermakna tiada kata ‘sekejap’, ‘nanti dulu’ mahupun ‘ lepas habis bab tu’. Ya, aku faham sangat dengan wajah itu. Wajah-wajah yang tidak memberi peluang untuk aku bertangguh.

Aku bangun lalu duduk di kerusi. Mak dan ayahku duduk di kerusi yang sama yang mempunyai dua tempat duduk. Aku memandang wajah mak dan ayahku silih berganti. Dadaku tertiba sahaja berombak kencang. Seperti ada sesuatu yang penting yang bakal diberitahu kepadaku pada malam itu.

“tadi. Siang tadi ada keluarga yang datang merisik.” bicara mak ku memulakan perbualan.

Kepalaku mula mengalirkan peluh. Aku sedikit keliru kerana setahu aku hanya aku seorang yang belum berkahwin dan aku tidak ada adik perempuan yang perlu dirisik oleh sesiapa memandangkan aku adalah anak bongsu.

“mak tak kenal mereka tapi mereka kata anak perempuan mereka kenal adik. Jadi, mereka datang untuk tawarkan tali pertunangan antara adik dengan anak perempuan mereka.” Bicara mak ku.

Mindaku seolah-olah tidak dapat menghadam apa yang mak aku baru sahaja beritahu. Terketar-ketar suaraku bertanya kepada mak aku, “mak..mak cakap apa dengan mereka?”

“mak dan ayah setuju. Adik pun sehingga sekarang tak pernah bagitahu kami sama ada adik ada sesiapa yang adik suka atau tidak” bicara mak ku yang membuatkan bicaraku seakan mati disitu.

Bayang-bayang wajah Fariz bermain-main di mindaku. Ketakutan mula menyelubungi jiwaku. Aku terlalu takut untuk kehilangan Fariz. Tidak pada saat aku telah terlalu mencintainya.

“mak..mak tolong batalkan pertunangan ini” rayuku menahan sebak

“kenapa? Adik dah ada pilihan adik sendiri ke? Bawa jumpa mak dan ayah, baru kami akan putuskan pertunangan ini” bicara mak ku memberi kata putus.

Sebak terasa olehku. Bagaimana harusku bagitahu mak ayahku bahawa anaknya ini berbeza? Menyukai dan menyintai seseorang yang sama jantina dengannya. Bagaimana harusku berkata? Anaknya ini telah lama derita dengan perasaannya. Telah lama cuba menempis dan menjauh tapi tetap juga rasa-rasa itu datang. Lalu anaknya telah menemui sebuah cinta. Cinta yang berjaya menenteramkan pemberontakkan di dalam jiwanya.

Aku pantas melutut di hadapan mak dan ayahku. Air mata yang aku cuba tahan sedari tadi mula mengalir perlahan menuruni wajahku.

“mak, ayah. Tolong adik. Adik tak boleh teruskan pertunangan ini. Mak dan ayah mungkin tak faham apa yang adik rasa tapi adik memang tak boleh. Adik tak boleh, mak, ayah” pintaku.

Mak bangun dari duduknya.

“adik jangan nak buat perangai. Selagi adik tak ada sebab yang kukuh untuk batalkan pertunangan ini. Mak dan ayah akan teruskan juga. Adik dah berumur 28 tahun. Sampai bila adik nak terus hidup bujang dan tengok cerita naruto sepanjang masa?” soal mak ku dalam nada yang menahan marah.

Mak ku pantas berjalan ke bilik. Langsung tidak mahu cuba memahami aku. Ayahku yang berwajah belas kasihan melihat tingkahku, meletakkan tangannya di bahu kananku. Menenteramkan perasaanku barangkali.

“apa masalah adik yang adik sampai tak boleh nak bagitahu sangat kepada kami?” soal ayahku

“adik tak boleh. Bukan adik tak nak bagitahu. Tapi adik tak mampu. Ayah maafkan adik”bicaraku sambil mengambil tangan kanan ayahku lalu menciumnya.

Ayahku menggosok lembut kepalaku.

“adik fikirlah baik-baik. Minta pertolongan pada Allah. Apa jalan ini yang terbaik atau pilihan adik yang terbaik. Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan rancangan Allah jugalah sebaik-baik perancangan”bicara ayahku lalu turut masuk ke dalam bilik membiarkan aku di ruang tamu sendiri.

Memberi masa untuk aku bersendirian bagi memikirkan semula apa yang sedang terjadi sekarang. Mencari kebaikkan di dalam setiap ujian ciptaan-Nya.

Esoknya aku pulang semula ke rumahku. Rumah aku dan Fariz. Rumah yang kami beli bersama sebagai tanda kesetiaan kepada cinta kami. Rumah yang menjadi perhubung agar aku dan Fariz kekal bersama.

Perlahan-lahan kakiku melangkah memasuki rumah kami. Teringat saat pertama kali kami melangkah masuk ke dalam rumah ini.

“saya akan selama-lamanya cintakan abang seorang. Tidak akan ada orang lain selain abang selepas ini” bicaraku.

“abang akan cintakan sayang selama-lamanya sehingga maut memisahkan kita. Itu janji abang” bicara Fariz pula.

Kami saling berpelukkan. Ikrar yang termeterai antara kami saat menjejaki ke rumah ini masih segar di dalam ingatanku. Aku menangis sendiri. Ujian ini terlalu berat untukku. Lebih-lebih lagi setelah Fariz datang ke dalam hidupku lalu memberi ketenangan di jiwaku setelah lama aku menderita dan memberontak sendirian.

Aku berlari ke tingkat atas. Menyelumbungi diri di dalam selimut. Baring di atas katil yang menjadi saksi cinta kami. Sekali lagi aku menangis dan menjerit sendirian. Melepaskan segala terkanan yang terbuku di hati

Untuk apakah ujian ini setelah Engkau uji aku dengan rasa yang tak mampu aku tempis walau sekuat mana aku cuba menidakkannya?

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Enjin kereta dimatikan dan bunyi tapak kaki yang menghampiri ruang bilik semakin kedengaran. Seseorang membuka pintu.

“sayang kenapa ni?” soal Fariz apabila melihat aku baring sambil menyelebungi seluruh tubuhku dengan selimut.

Fariz berjalan perlahan menghampiriku lalu duduk di sebelahku. Menarik sedikit selimut agar kelihatan wajahku. Aku pantas bangun lalu memeluknya erat.

“abang. Jom kita pergi dari sini. Lari dari sini. Keluar negara dan tak akan kembali semula ke sini” bicaraku dalam serak suara akibat tangisanku tadi.

“kenapa ni sayang? Cuba sayang bertenang. Terangkan kepada abang satu persatu. Apa yang dah terjadi bila sayang balik kampung?” soal Fariz risau.

“mak. Mak suruh saya berkahwin dengan perempuan yang datang merisik saya”bicaraku

Fariz diam buat seketika. Dia memandang wajahku lama. Tangannya mula menyentuh wajahku. Mengusapnya lembut. Ada air mata yang bertakung di wajahnya.

“bukankah doa sayang selama ini telah dijawap oleh Allah kini?” soalnya tenang

“apa maksud abang? Saya tak faham” soalku keliru.

“abang tahu. Sayang selalu bangun tengah malam. Berdoa pada Allah agar Allah berikan sayang harapan untuk mengecap kebahagian yang sayang cari selama ini.” bicara Fariz lagi

“ya, saya tahu. Tapi abanglah jawapan Allah untuk saya. Abang beri saya kebahagiaan yang saya cari”bicaraku sedikit memberontak.

“tak. Sayang silap. Kebahagiaan ini hanya pura-pura. Sayang mungkin tak akan faham sekarang tapi sayang akan faham suatu hari nanti” bicara Fariz sambil menyentuh lembut bibirku dengan ibu jarinya.

Aku menepis tangannya. Jiwaku sedikit memberontak. Fariz seolah-olah tidak mencintaiku selama ini. Cinta yang pernah dilontarkan kepadaku selama ini seakan satu pembohongan.

“jadi selama ini abang tak cintakan saya? Cinta abang selama ini hanyalah satu kepura-puraan” marahku.

“tidak. Abang terlalu cintakan sayang. Terlalu sangat sehingga sanggup melepaskan sayang untuk sesuatu yang lebih baik buat sayang” bicara Fariz jujur.

“jadi kenapa dengan mudah abang lepaskan saya begitu saja?” soalku marah

“siapa kata mudah untuk abang lepaskan sayang? Sejak abang kenal sayang. Abang mula belajar apa itu cinta yang sebenar”

“cinta adalah untuk bersama-sama sehingga ke Jannah maka apa-apa yang membawa perasaan cinta lari dari tujuan itu, itu bukan cinta tapi nafsu. Abang terlalu sayangkan sayang. Cinta kita benar tapi tindakkan kita salah. Abang sayangkan sayang. Abang ingin bawa sayang ke Jannah-Nya tapi Allah lebih mengetahui bahawa jalan ini salah”

Sekali lagi air mataku tumpah. Aku menangis di bahunya. Dia memelukku erat. Kami saling berpelukkan. Cinta itu terlalu mahal harganya untuk orang seperti kami.

Sejak aku menikahi wanita yang merisikku itu, aku mula menutup pintu hatiku pada mana-mana lelaki. Seperti janji kami dulu, aku akan mencintainya seorang. Tiada selepasnya.

Aku tak nak mempertaruhkan cintaku antara sesama jantina pada mana-mana lelaki selain dia. Cukuplah dia seorang. Walau bukan yang pertama namun cukup untuk yang terakhir. Aku mencintainya. Sungguh. Biar Allah sahaja yang tahu sedalam mana cintaku padanya.

Kerna itu, aku memaksa diriku untuk berhenti dari mencintai mana-mana lelaki selepas perkahwinan kami. Aku akan setia. Pada si dia(Fariz) yang melepasku kerana cinta kami pada-Nya dan pada si dia(isteriku) yang selamanya tidak akan mengetahui masa silamku.

Aku akan tetap terus mencintai Fariz walaupun kami tidak lagi berhubung sejak kali terakhir kami berjumpa di majlis persandingan aku. Manakala isteriku, akan ku berikan sepenuh kasih sayangku kepadanya. Menyayanginya atas dasar tanggungjawap yang harus aku pertanggungjawapkan di akhirat kelak.

***

Terasa lama olehku menunggu di luar sementara isteriku di wad bersalin. Sedang mempertaruhkan nyawanya demi sebuah nyawa baru yang bakal lahir ke dunia ini. Aku diminta tunggu di luar memandangkan masalah aku yang selalu pitam apabila melihat darah.

Zikir dan doa tidak pernah terlepas dari mulutku. Aku terlalu risau memikirkan keadaan isteri dan anakku yang bakal di lahirkan di dunia ini. Doa ku panjangkan kepada Illahi agar segala-galanya selamat.

Tidak lama kemudian, keluar jururawat yang meminta aku masuk ke wad bersalin. Bau darah menusuk hidungku membuatkan aku pening sendiri.

Seorang jururawat wanita yang memakai penutup mulut di wajahnya menyerahkan aku sesuatu yang dibungkus dengan kain putih. Kelihatan sesusuk tubuh kecil dengan mata masih terpejam berada di dalam bungkusan kain putih itu.

Menggeletar tanganku ingin mengambilnya dari jururawat tersebut. Hatiku terasa sebak. Sebuah nyawa baru kini berada di dalam pelukkanku. Sebuah anugerah yang tidak pernah terfikir olehku untuk memilikinya dulu.

Kini Allah anugerahkan dia. Memberi aku sebuah harapan. Agar aku bisa mendidik dia mengenal tuhannya. Tuhannya yang tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Yang memahami penderitaan hamba-Nya lebih dari hamba-Nya sendiri.

Ya. Aku menangis pada saat aku mengazankan si kecil ini. Mungkin pada pandangan mereka yang melihatku, aku menangis kesyukuran tapi jauh di sudut hatiku. Ada bermacam rasa yang mula menjengah. Si kecil ini seolah-olah memberitahu kepadaku. Bahawa Allah sekali lagi telah menjawap soalanku selama ini.

Allahu Akbar(4x)
-Allah Yang Maha Besar-

Asyhadu alla Illahaillallah(2x)
-daku  mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah-

Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah(2x)
-daku mengaku bahawasanya , Nabi Muhammad itu pesuruh Allah-

Haiyaalas solah(2x)
-marilah mendirikan solat-

Haiyaalal falah(2x)
-marilah menuju kejayaan-

Allahu Akbar(2x)
-Allah Yang Maha Besar-

La Ilahaillallah(1x)
-tiada Tuhan melainkan Allah-


AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan.


Catatan: Cerpen ini aq mulakan dengan penuh tekanan. Menghentak jiwaku sendiri. Sebuah harapan yang aq sendiri tidak yakin kewujudannya dan setelah cuba untuk menenteramkan diri aq untuk beberapa hari. Akhirnya, aq berjaya juga siapkan.
Bagi penulis, setiap penulisannya akan menghubungkan karyanya dengan jiwa penulisnya sendiri. Apa-apa yang bercanggah dengan minda penulisnya akan menghentam penulisnya sendiri(konon.. :p )


Kisah Si Aku 03: Amaran Kepada Pembaca

seharusnya aq memberikan amaran terlebih dahulu bagi sesiapa yang membaca cerpen2 kepunyaanku ini,
yups,
cerpen2 aq bukanlah untuk menggalakkan lagi kegiatan plu ini,
ia lebih kepada membuat kita berfikir sejenak,
mengkaitkan plu dengan sebuah ujian,
menghubungkan ujian dengan penciptanya,
memberi sebuah harapan,
yang aq sendiri tidak yakin mampu mencapainya,

kerana bagi aq,
setiap yang menulis akan dipertanggungjawapkan di akhirat kelak,
setiap penulis, sedikit atau banyak akan menyentuh jiwa pembacanya,
menjadikan pembacanya berfikir untuk bertindak atau tidak,
so, aq tak nak tulisan ku menjadi asbab untuk aq ke nerakanya,
kerana aq juga pendosa,
telah terlalu banyak dosa yang aq lakukan,
so, setiap perakhiran cerita aq,
ia tak pernah berpihak pada sebuah kisah yang happy ending,
well, at least untuk kisah antara dua jiwa yang terlarang,

sekali lagi aku memberi amaran,
ini hanya kisah imaginasiku,
sebuah imaginasi pada kisah yang tenat,
semoga ada jiwa yang tersentuh.
semoga dengannya ada yang memperolehi harapan,
walau untuk diri aq sendiri itu mustahil,
aq berharap,
akan ada nanti,
pembaca cerpenku,
memiliki sebuah harapan,
untuk terus berjihad dengan hidupnya...

Wednesday 2 December 2015

Cerpen 03: Jiwa Yang Terpelihara


Diukir pada: 1/12/2015
Diukir oleh: Batu Jalanan


“Arghhhh” aku menjerit sebaik sahaja aku terbangun dari tidurku.

Mana tidaknya. Mimpi basah aku adalah bersama dengan lelaki. Kau rasa?

Aku pantas menyambar telefon yang berada di atas meja belajar yang berdekatan denganku.
Mendail satu nombor yang telah lama aku simpan di dalam senarai panggilan.

Bunyi yang keluar dari panggilan menandakan aku perlu menunggu sebelum penerima disebelah sana mengangkat telefonnya membuatkan aku tertiba terasa panas hati.

Lama terasa oleh aku untuk menunggu bunyi itu berhenti.

“nombor yang anda…” belum sempat suara operator yang telah diprogramkan itu habis aku pantas mematikan panggilan.

Jiwaku panas lalu aku menyambar tuala yang sengaja aku sangkutkan di belakang pintu sambil berjalan ke bilik air. Aku perlu mandi.

Sampai sahaja di sekolah, aku pantas berjumpa dengan kawanku yang juga menjadi punca aku menjadi panas dari sejak aku bangun tidur lagi.

Sebaik sahaja aku ternampak kelibatnya sedang duduk-duduk di kerusi, aku pantas berjalan ke arahnya. Menarik kolar bajunya dan membawa wajahnya dekat dengan aku.

“wey, video apa kau bagi semalam,sial?” marahku dengan suara yang tertahan-tahan.

“well, you know what” bicara kawan aku dengan loghat english pelatnya.

Aish, ni aku bagi sedas memang k.o juga budak ni.

“yang kau nak marah-marah ni dah kenapa?” soal kawan aku pula.

“sebab…” bicaraku terhenti.

Semua orang di dalam kelas sedang memandang ke arah kami.

“Dan itulah permulaan aku mula tahu apa itu dunia PLU. Full stop” bicaraku sambil menamatkan ceritaku.

Semua orang yang asyik mendengar ceritaku mengeluh. Nampak macam suspen rupanya hampeh.

Tiba-tiba satu tangan memukul kepalaku kasar.

“apa ni,abang?” soalku tak puas hati kepada senior yang telah aku anggap macam abangku sendiri.

Namanya Adam (bukan nama sebenar).

“ko jangan nak main-mainlah. Ko ingat dunia PLU ni ko boleh main masuk dan keluar sesuka hati ko?” soal abang dengan wajahnya yang serius sambil menatap wajahku.

“relaxlah abang. Kalau saya main-main tak adalah saya join abang dengan kawan-kawan kat sini” bicaraku pula.

“aku bukannya apa. Mostly mereka yang PLU ni dambakan kasih sayang seorang lelaki. Tapi bila kau masuk terlalu dalam, kau akan mula keliru. Antara cinta dan nafsu pun kau dah tak tahu bezakan. Ketika itu kau tak akan sedar yang kau dah kehilangan sesuatu” bicara abang sambil berjalan menutup tingkap yang terbuka.

“kenapa abang cakap macam tu?” soal aku keliru.

“sebab aku sayangkan ko” bicara abang sambil mengosok-gosok kepalaku.

Aku pantas membetulkan rambutku yang kusut disebabkan tindakan abang. Well,bagi aku penampilan sangat penting. Aku pun nak nampak smart depan rakanku yang PLU.

***

“wey, apa ni?!!” soal abang Adam dengan suara marah yang bagiku agak kuat.

Gugup jantungku.  Aku pantas memandang ke arah abang Adam. Ditangannya terdapat telefon milikku. Tahulah aku yang abang Adam telah membaca mesej di dalam telefonku.

“kenapa apa? Apa yang abang marah-marah sangatkan ni?” soalku hairan.

“kau berwhatassp dengan sapa ni? Sampai nak keluar jumpa bagai. Kau kenal dia pun tak sampai seminggu.” Bicara abang Adam sambil duduk di birai katil aku.

Barangkali bagi menenangkan dirinya sendiri.

“kawan je lah abang. Kenal kat pr. Relaxlah abang. Jumpa untuk borak-borak kosong je” bicaraku sambil membetulkan bajuku.

Abang Adam pantas menarik tanganku. Membawa wajahku ke arahnya. Memaksa aku memberi perhatian kepada apa yang ingin dia sampaikan.

“kau ni masih muda. Umur baru 22 tahun. Kau tak tahu lagi dunia PLU ni sebenarnya macam mana. Kau mungkin rasa seronok. Tak perlu risau-risau macam dunia normal. Tapi kau tahu tak bahaya dia hampir sama dengan dunia normal?” soal abang Adam serius.

“abang ni suka cakap sekerat-sekeratlah. Saya tak faham” soalku memberontak.

“kau tahu tak selain keluar tengok wayang, borak-borak and etc. Apa sebenarnya yang PLU nak?” soal abang Adam lagi.

“saya tahulah yang itu!” soalku marah.

Abang Adam terlalu mengongkong hidup aku.

“so, kau nak serahkan maruah kau macam tu saja?” soal abang Adam sambil menarik daguku memaksa aku mendongak sambil memandangnya.

“apa maruah-maruah ni. Saya bukan perempuanlah” jawapku sambil menepis tangan abang Adam.

Abang Adam tergelak kecil.

“apa kau ingat lelaki tak ada maruah? Eh, muka jambu macam kau mungkin ramai PLU yang rebut nak kau tapi kau perlu ingat, jika kau terlalu banyak menerima, kau akan kehilangan diri kau. Tak ada beza lelaki dan perempuan apabila ianya melibatkan maruah cuma bezanya perempuan boleh mengandung tapi kau tak. Macam mana pun itu bukan alasan kau untuk kau serahkan maruah kau macam “touch n go”.” bicara abang Adam serius.

“ah, abang tak faham saya. Tak faham perasaan saya yang sangat inginkan kasih sayang dari lelaki” bicaraku sayu.

“aku terlalu faham. Sangat faham sebab tu aku tahu. Sebab tu aku nasihatkan kau” bicara abang Adam pula.

“abang bukan saya!” bicaraku memberontak.

Abang Adam memandang wajahku lama sebelum berkata, “ abang pernah berharap. Abang adalah kau. Berada di tempat kau sekarang yang mempunyai seseorang yang akan menegur abang sebelum semuanya terlambat. I always wish I was you”.

“tapi kenapa?” soal aku sebelum abang Adam beredar dari situ.

“ sebab aku HIV positive. Tapi bukan sebab itu yang membuat aku menyesal sehingga sekarang tapi disebabkan apa yang aku dah kehilangan dulu” bicara abang Adam lalu keluar dari bilikku.

Aku terduduk di birai katil. Mengambil telefonku lalu menaipkan sesuatu.

‘sorry, saya tak dapat datang’

Kelihatan blue tick dihujung mesej tersebut. Ada perkataan typing di atasnya. Aku tidak menunggu. Segera mencampak semula telefon tersebut di atas katil lalu berjalan ke tandas.  


***

Beberapa bulan berlalu sejak aku dapat tahu abang Adam ada virus di dalam badan dia. Mula-mula aku terkesan dengan nasihat abang Adam tapi lama-lama perangai gatal aku datang semula.

PLU jambu macam aku mana boleh solo lama-lama. Terasa sunyi(konon).

Aku mula kenal dengan seseorang ini di tempat aku belajar. Dia pun PLU macam aku. Dia kata dia dah lama usha aku. Aku pun on jerlah memandangkan kami belajar di tempat yang sama. Setidak-tidaknya dia bukanlah orang asing yang aku kenal di mana-mana laman PLU. Bagiku tak salah sekiranya aku mahu ada seseorang yang istimewa yang akan menemaniku sepanjang hidupku.

Lalu aku menerimanya, aku kira ini cinta. Itu apa yang aku fikir bahawa itu adalah apa yang aku rasa. Ya, cuma rasa. Rasa yang tak pasti. Rasa yang ya atau tidak. Rasa-rasa biasa itu yang aku tidak sedar bakal menjerumuskan aku ke lembah kebinasaan.

Aku dibawa ke rumahnya. Aku kira aku dah bersedia untuk berikan segala-galanya pada seseorang yang aku rasa dia adalah insan teristimewaku. Masuk sahaja ke rumahnya, aku terperanjat. Ada 2 lagi kawannya sedang berdiri sambil memandang ke arahku.

Entah kenapa badanku menjadi seram sejuk. Seolah-olah aku tahu apa yang bakal berlaku terhadap diriku. Aku masih teruna. Untuk menerima daripada 3 orang lelaki sekaligus. Aku kira itu dah cukup membuatkan aku belajar apa itu maruah dan kecewa.

Badanku mengeletar dengan sendirinya. Aku cuba melarikan diri namun pintu telah dikunci rapat oleh teman lelakiku itu. Aku cuba berfikiran waras dalam keadaan badanku diramas oleh 3 orang lelaki.

Nafasku tersekat-sekat apabila 3 bibir bergilir-gilir menciumku rakus. Aku cuba mencuri nafas untuk bersuara.

“tan…das” bicaraku sukar.

“kenapa?”soal kekasihku itu

“saya nak mandi dulu. Nak wangi-wangi sebelum bersama dengan awak dan rakan-rakan awak” jawapku pantas.

Mereka semua tergelak kecil lalu mula melepaskan aku.

“ok tapi jangan lama-lama. Nanti kami rindu” bicara kekasihku.

Aku pantas memasuki bilik air yang terdapat di ruang bawah rumah mereka.

Tanganku yang mengeletar ku paksa untuk menekan-nekan nombor yang menghubungkan aku dengan abang Adam.

Panggilan bersahut, “abang..abang..tolong saya abang” rayuku sukar.

Terasa tekakku kering. Aku semakin sukar untuk bersuara.

“kau kat mana?” soal abang Adam risau.

“tak tahu. Saya tak tahu, saya kat mana” jawapku.

Fikiran aku terlalu serabut untuk mengingat semula dimana aku berada sekarang.

“kau hantar lokasi kat aku” bicara abang Adam.

Pintu bilik air tiba-tiba diketuk.

“lama lagi ke,sayang?” soal suara dari luar

“sekejap” bicaraku sambil menamatkan talian.

Aku pantas menghantar lokasi ke abang Adam. Berdoa agar abang Adam dapat mencariku dengan pantas. Ya, aku berdoa untuk perkara yang aku tak nak sedangkan dulu inilah yang aku inginkan.

Aku keluar dari bilik air dalam keadaan badan masih basah kerana kekasihku tidak menyediakan tuala untuk aku(tak guna punya kekasih). Baju aku,aku pakai semula menyebabkan baju aku turut basah dengan air yang menitik-nitik dari rambutku.

Aku lihat mereka bertiga sedang menunggu ku di ruang tamu. Narita berwarna merah bercorak kulit kuda belang terbuka luas. Kekasihku membawa aku ke ruang tamu. Sekali lagi bibirku diratah 3 orang sekaligus. Penat aku melayan 3 orang sekaligus. Badanku dibaringkan sebelum pintu rumah tiba-tiba diketuk kasar.

Aku menolak mereka yang berada di atas badanku lalu pantas berlari ke arah pintu. Sebaik sahaja pintu tersebut dibuka, kelihatan abang Adam berdiri tegak sambil memandang ke arahku dalam keadaan marah. Dia menarik tanganku kasar.

“sorry, aku bawa budak tak guna ni balik dulu” bicara abang Adam kepada mereka-mereka yang melihat abang Adam dengan wajah takut.

Sebenarnya aku nak marah dengan ayat ‘budak tak guna’ tapi aku lebih takutkan dengan reaksi abang Adam. Aku hanya mengikuti abang Adam ke keretanya. Sepanjang perjalanan kami hanya mendiamkan diri.

“kau ni, bodoh ke apa?”soal abang Adam dalam nada menahan marah

“maaf, saya bersalah” jawapku.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak jawap aku ni apa. Nak kata aku ni bodoh, cgpa aku 3.5 above setiap sem.

“kau ni dah kenapa? Kau rasa dunia PLU ni sekadar hubungan fizikal antara lelaki dengan lelaki ke? Kalau macam tu lah pandangan kau, baik kau jadi pelacur je. Tak ada beza kau dengan mereka” bicara abang Adam lagi.

Dadaku terasa sebak. Kata-kata abang Adam menguris perasaanku. Aku hanya mendambakan kasih sayang dari seorang lelaki. Salah ke?

“kau perlu tahu. Pandai bezakan. Perasaan kau tu sebab kau suka lelaki atau sekadar mahu puaskan nafsu. Aku tahu, susah untuk kau bezakan. Bagi manusia normal, mereka boleh di ikat dengan perkahwinan tapi bagi PLU tak ada ikatan yang nyata. So, boleh tak kau jadi bijak sikit?” bicara abang Adam

“bab maruah sama saja antara lelaki dengan perempuan. Mereka yang normal ada je yang tak kahwin. Menahan nafsu. Kita ni hidup bukan sekadar PLU atau straight. Banyak lagi perkara yang perlu kita fikirkan. Sedangkan hidup kita ni sekejap sahaja. Kalau kau tak boleh tahan, puasalah. Anggap itu sedekah kau untuk diri kau. Sedekah yang paling sukar tapi besar manfaatnya untuk kau. Kau ingat Allah tak kira itu sebagai jihad?”

“lagi satu aku nak nasihatkan kat kau. Jangan jadikan perkahwinan sebagai satu cara untuk kau lari dari realiti sekiranya kau tak bersedia. Itu namanya zalim. Kau sendiri tahu bukan bagaimana Allah membalas mereka yang zalim terhadap binatang,inikan pula manusia”

“Dah, aku malas nak cakap panjang-panjang. Kau fikir-fikirkanlah” bicara abang Adam lalu memasang koleksi nyanyian lagu Naruto di radio kereta miliknya.

Aku memandang ke luar tingkap, termenung sambil mengingati semula peristiwa hari ini. Kata-kata abang Adam masih bermain-main di mindaku. Kedengaran abang Adam menyanyi kuat lagu-lagu Naruto tersebut.

***

“so, mana abang Adam sekarang?”soal junior ku

“dia dah meninggal. Bukan sebab penyakit dia tapi sebab kemalangan 3 tahun lepas” jawapku.

“macam mana dengan hidup abang sekarang?” soal juniorku lagi

Aku tersenyum ikhlas,

“abang masih berjihad dengan hidup abang” bicaraku sambil berlalu meninggalkan mereka.

Earphone ku pasangkan di kiri dan kanan telingaku. Lagu ‘Pasti Sempurna’ nyanyian Kristal feat Hyper Act mula kedengaran.

Ada waktu sukar mengejar mu
Moga tabah sabar bersama mu
Jauh ku diluar sana
Mendoa dikau bahagia
Yakini dirimu
Pasti sempurna
Harapan semoga dirimu dilindungi
Sinar rahmat bahagia
Jalan mu lurus dan
Kekal berjaya di redhai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini
Diperlukan namun tiada
Doa dan harapan
Hanya mampu ku utus bersama
Kusematkan azimat kenangan
Menemani jiwa kehilangan
Menghapus segala resah
Mendorong dikala hiba
Teguhlah jiwamu
Selama-lama



AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan.