Saturday, 5 March 2016

Kisah Si Aku 06: Bahagia Dengan Apa Adanya



Assalamualaikum and hai.. (sambil lambai2 tangan kat depan laptop.. seems crazy right?? haha)
Hari ini aq sengaja nak bercerita..
Sengaja + suka-suka bukan untuk serius..

Bukan untuk bagitahu hidup aq bahagia dan orang lain tak..
Bukan juga untuk bercerita hidup aq penuh derita dan orang lain bahagia..Tidak..
Hidup dalam keluarga sederhana miskin + masalah family..
Sejak kecil aq belajar apa itu kecewa dan amarah..
Dibuli tanpa pernah membuli..
Menyimpan dendam tanpa mampu membalas..

Aku membesar menjadi manusia yang penuh dendam..
Segala kecewa dan marah,
Ku pendam dan himpunkan,
Lama kelamaan,
Tanpa aq sedari,
Aq mula menjadi manusia yang suka memblame seseorang..
Menyalahkan orang lain atas apa jadinya terhadap diri aq..
Tipulah kalau sesekali aq tak pernah terdetik,
Untuk memarahi tuhan atas segala yang berlaku terhadap diriku..

Kau mahu tahu?
Hidup menyalahkan orang lain tak pernah ada penghujungnya..
Aq still menjadi aq yang itu..
Yang rosak..
Yang pendendam..
Yang dibenci barangkali..

Seakan dunia ini tiada bahagia untuk aq,
Seakan aq sahaja yang derita..
Tapi satu hari Allah takdirkan aq berhijrah..
Ke sini, ke tempat aq belajar..

Di sini aq belajar apa itu rindu pada masalah..
Cuba-cuba untuk tidak lagi menyalahkan sesiapa..
Memaafkan walau tidak boleh melupakan..
Bukan untuk kebaikkan mereka tapi aku..
Kerna,
Memori yang indah ini mula kelihatan lebih bermakna..
Dengan adanya kenangan silam lepas..

Tanpa aq sedar,
Aku mula belajar untuk bahagia,
Bahagia dengan apa adanya aku..
Dan entah kenapa,
Untuk sesuatu yang sekecil dengan sekadar memerhatikan langit,
Buat bibirku mengukir senyuman..

Aku mula memahami,
Bahagia itu bukan setelah aq memiliki semua,
Tetapi saat aq boleh tersenyum dengan benda sesimple melihat awan,

Sekali lagi aq tekankan,
Aq bukan manusia yang baik,
Dosa-dosa aq seharusnya tidak membenarkan aq merasai bahagia walau sekejap cuma,
Cuma di sini aq yakin,
Bahagia itu kita yang pilih..

Jadi bagaimana dengan cerita bahagia korang??
Bahagia korang yang datang walau untuk sesuatu yang simple~

4 comments:

  1. Saya bahagia bila bersama abam izz.ehhhh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      abg pn gmbira bila adk Aries menyapa~

      Delete
  2. bahagia shin sbb dpt nengok mak depan mata.. hari hari dpt dengar suara dia.. bebelan dia.. dpt nengok dia semakin sehat.. dengar dia ketawa ceria itu la kebahagiaan dunia yak Allah pinjamkan sekejap sementara hayat ni ada..

    bahagia cinta.. hmm dah lama xde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..bg kita yg msh punya mak..
      itu juga sebahgian dr bahagia cnta sbnrnya..
      cinta dan kash pd mak..
      smoga mak shin kekal sihat dn shin kekal bhagia..

      Delete