Diukir oleh: Batu Jalanan
Aku berjalan
perlahan-lahan menaiki tangga ke tingkat atas menuju ke bumbung. Tempat yang
dulunya sering menjadi tempat untuk aku lepak dan merehatkan diri. Hari ini aku
datang lagi tapi dengan luka yang parah. Perlahan kakiku menampak sebaik sahaja
tiba di atas bumbung tersebut. Aku memandang ke atas, melihat langit biru yang
mentarinya ditutupi awan petang. Tenang dan mendamaikan, air mataku mengalir.
Tanpa aku sedari, aku telahpun terbaring di situ tidak sedarkan diri.
###
8 tahun sebelumnya.
“Hoi, sini. Sini. Pass
bola tu kat aku” jerit salah seorang budak-budak yang sedang bermain bola sepak
di padang tidak jauh dari tempatku.
Aku yang sedang
baring-baring di atas bumbung tidak langsung terkesan dengan jerit pekik
mereka-mereka yang sedang bermain bola sepak itu. Aku terasa tenang di atas ini
berseorangan.
Angin petang yang
meniup lembut, aku biarkan ianya menampar-nampar tubuhku. Baju sekolah ku
beralun mengikut pergerakkan angin. Langit biru yang menutupi cahaya mentari
menjadikan petang tersebut terasa sejuk dan mendamaikan.
Aku terlelap seketika
sebelum pintu ke atas bumbung terbuka secara tiba-tiba. Seseorang yang aku kira
lelaki dewasa keluar dari pintu tersebut. Aku terbangun dari perbaringanku,
memandang lelaki dewasa tersebut untuk seketika dan kemudian membaringkan
badanku semula.
“Oh, ada orang
rupanya” bicara lelaki dewasa tersebut.
Aku hanya diam membisu
lalu mengambil topi yang sering aku pakai membawa ke wajahku lalu menutupinya.
Seolah-olah memberitahu kepada lelaki dewasa tersebut bahawa aku tidak mahu
diganggu.
Lelaki dewasa tersebut
berjalan perlahan-lahan menghampiriku lalu duduk di sebelahku. Aku masih
begitu, tidak langsung berganjak. Mataku ku tutup serapatnya, memaksa diriku
untuk terlena tanpa menghiraukan lelaki asing yang tiba-tiba sahaja menjelma di
tempat yang seingatku hanya aku sahaja yang perasan akan kewujudan tempat ini.
“tak sangka ya ada
orang yang jumpa tempat ini juga” bicara lelaki dewasa tersebut yang cuba untuk
beramah mesra denganku.
Aku memusingkan badan
ke arah bertentangan dengan lelaki dewasa tersebut. Berbual dengan orang dewasa
apatah lagi orang asing yang terlalu asing denganku bukan minatku. Aku tak suka.
“dulu pak cik suka
juga lepak kat sini. Baring-baring sambil baca manga. Kekadang pak cik lepak
kat sini bila rasa mengantuk dalam kelas atau bila pak cik tak ada mood nak
belajar. Merata cikgu pak cik time tu cari pak cik ke hulu ke hilir. Pak cik
kat atas ni cuma gelakkan je tengok cikgu pak cik cari pak cik” bicara lelaki
dewasa tersebut.
“ada satu hari tu, pak
cik tertidur sampai ke malam…” bicara lelaki dewasa tersebut terhenti.
Dia kemudiannya
menghampiriku lalu mengambil topi yang menutupi wajahku. Aku pantas bangun
untuk merampasnya semula namun belum sempat aku berbuat demikian, lelaki dewasa
tersebut terlebih dahulu menyembunyikan topi tersebut di belakang badannya. Aku
memandangnya dengan raut wajah yang menahan marah. Marah kerana tidurku
diganggu.
Lelaki dewasa itu
tersenyum ke arahku lalu berkata, “jom, malam ni datang lagi ke sini. Pak
cik tunggu sampai awak datang. Ada sesuatu yang pak cik nak tunjukkan”.
Aku memandangnya
seketika tanpa sebarang jawapan lalu pantas membaringkan tubuhku. Malas melayan
orang asing yang tidak pandai berlakon asing dengan orang asing yang baru
dikenalinya.
“datang, jangan tak
datang” bicaranya sambil memakaikan semula aku topi kepunyaan aku.
Lelaki dewasa tersebut
kemudiannya berlalu meninggalkan aku keseorangan di situ. Aku hanya mengekori
langkahnya dengan ekor mataku.
“gila” bicaraku
sebelum aku melelapkan mata untuk menyambung tidurku.
***
Aku memandang ke atas,
melihat bumbung tempat aku selalu lepak ketika waktu petang.
Nafasku yang turun
naik disebabkan bermain kerja-kerja dengan pak cik pengawal sekolah tadi ku
biarkan begitu. Aku kemudiannya, menampak kaki menaiki satu persatu tangga
menunju ke atas bumbung tersebut.
Sebenarnya, aku
sendiri tidak menyangka bahawa aku akan datang ke sini pada waktu malam malah
dapat pakej bermain kerja-kerja dengan pak cik pengawal sekolah. Terima kasih
kepada lelaki dewasa asing yang aku jumpa siang tadi memberi idea untuk aku
datang ke sini.
Well, sebenarnya aku
lari dari rumah apabila melihat ibu bapaku bergaduh kerana kesilapan mereka
yang telah mereka lakukan sedari aku kecil dibangkitkan semula pada hari ini
hanya semata-mata sekeping resit yang terjatuh dari kocek baju. Aku sebenarnya
dah lama tahu bahawa kedua ibubapaku mempunyai teman istimewa di sebalik
kehidupan mereka yang nampak normal.
Namun, seperti
menyembunyikan sampah yang busuk. Akhirnya bau tersebut dapat dihidu. Ternyata
masing-masing termakan umpan sendiri. Aku yang ketika itu baru berumur 12 tahun
menjadi mangsa kebencian mereka.
Aku dibiarkan
sendirian. Perasaan kekeluargaan yang aku miliki selama ini hancur sekelip mata
hanya disebabkan sekeping tiket wayang. Aku kehilangan kasih seorang ibu. Aku
kehilangan pelindungan seorang ayah. Masing-masing membuat haluan sendiri.
Walaupun mereka tak bercerai, namun pergaduhan sering terjadi.
Aku kemudiannya
membuka pintu yang menjadi pemisah antara aku dan bumbung. Entah bila aku dah
sampai ke sini pun aku tak sedar. Aku berjalan keluar dari pintu tersebut.
Memandang ke atas dan melihat bintang-bintang di langit.
Mataku terbuka luas,
mulutku terkunci. Permandangan yang indah telah mengkagumkan aku. Aku
seolah-olah sedang terapung di cendiakawan di kelilingi oleh kedipan
bintang-bintang. Lantai yang masih basah dengan air hujan petang tadi
menjadikan tempat aku berpijak memantulkan semula cahaya bintang tersebut
menyebabkan seolah-olah aku benar-benar terapung-apung di angkasawan.
“Bang” bunyi pintu
terbuka dengan kuat dan nafas orang yang tercungap-cungap mengembalikan aku ke
alam sedar. Badanku pantas berpaling ke arah pintu yang terbuka secara
tiba-tiba.
Lelaki dewasa tersebut
keluar darinya dengan termengah-mengah. Mungkin dia juga dikejar pak cik
pengawal sekolahku, agakku.
“Fuh” bicaranya sambil
mengibas-ngibas bajunya yang basah dengan peluh.
Dia kemudiannya
memandangku sambil tersenyum lalu berkata, “awal sampai”.
Aku pantas memandang
ke arah lain. Menyembunyikan wajahku yang berona merah menahan malu. Dadaku
berombak kencang. Entah kenapa aku rasa gembira dengan saat ini. Melihat wajah
lelaki dewasa tersebut yang kepenatan menyebabkan aku ingin tergelak namun aku
tahannya di dalam hati.
Aku pantas duduk di
tempat yang telah kering dari air hujan. Lelaki dewasa tersebut yang telah
stabil nafasnya berjalan menghampiriku lalu duduk sambil meletakkan barang
seperti bakul di hadapanku.
Sebaik sahaja dia
membuka bakul tersebut, kelihatan di dalamnya berterabur dengan air kopi yang
tertumpah dan roti yang telah basah dengan rendaman air kopi. Aku dapat
bayangkan bagaimana dia bermain kejar-kejar dengan pak cik pengawal sambil di
tangannya tergenggam bakul berisi makanan.
Buat pertama kalinya,
aku tergelak dengan kehadiran orang asing ini.
“eh, orang tua. Apa
yang kau nak buat sebenarnya” bicaraku sambil menyambung ketawaku yang masih
berbaki.
Sejak dari hari itu,
seminggu sekali kami akan berjumpa di tempat yang sama iaitu di atas bumbung
ini. Aku senang bercerita dan berbual dengan lelaki dewasa asing ini. Dia
tidaklah sekolot seperti seseorang yang seumur dengannya. Dia juga pandai
membuatkan aku ketawa dengan caranya yang tersendiri.
Pada satu hari, aku
menelefonnya pada pukul 2 pagi. Meminta agar dia menemuiku pada waktu itu. Aku
tahu itu adalah waktu yang tidak wajar bagi aku menelefon seseorang yang telah
berkeluarga.
Namun, ketika itu aku
sangat terdesak memerlukan seseorang. Ibu bapaku yang sering bergaduh pada
setiap malam akhirnya menemui titik nokhtah. Mereka tekad membuat keputusan
untuk berpisah.
Aku yang keliru dan
tidak tahu pada siapa harus ku hamparkan kesedihanku hanya terfikir tentang
lelaki dewasa itu. Lelaki dewasa itu yang tidak banyak bertanya pantas keluar
dari rumahnya dan menemui aku di simpang jalan sambil bersandar pada
tiang-tiang pembahagi jalan.
Dia berlari
menghampiriku, tidak bertanya atau berbuat apa-apa. Sekadar berdiri sambil
memandangku. Aku masih begitu, menundukkan wajahku. Langsung tidak memandang ke
arah lelaki dewasa tersebut walaupun dia telah berlari ke sini hanya kerana aku
menelefonnya tadi.
Kami berdua diam
sebelum air mataku perlahan-lahan tumpah membasahi wajahku. Dia pantas meraut
tubuhku dan memelukku erat. Sambil berkata, “tak mengapa. Lepaskan
segala-galanya. Dah terlalu lama iqmal bertahan”.
Hanya dengan bicara
seringkas itu membuatkan tangisku semakin kedengaran. Aku meraut baju lelaki
dewasa itu erat. Merapatkan lagi wajahku ke bahunya. Menangis semahunya.
Melepaskan segalanya. Segala-gala yang aku pendam semenjak semuanya bukan milik
aku lagi.
Malam itu dia
menghabiskan masanya dengan menemani aku. Memastikan bahawa aku tidak
berseorangan pada malam penuh luka itu.
Setelah perasaanku
reda buat seketika, kami seperti biasa pergi ke atas bumbung tempat kegemaranku
dan juga lelaki dewasa itu. Kami tidak berborak hanya sekadar duduk-duduk
sahaja dan tanpa ku sedar, aku telahpun terlelap di bahunya.
Semenjak peristiwa
malam itu, lelaki dewasa itu sentiasa mengambil berat akan perihalku. Menjaga
dan mendidikku seperti anaknya sendiri. Aku terasa bahagia sehinggalah pada hari
aku dan anaknya tamat persekolahan.
Aku menjenguk ke
bawah, melihat ibu bapa berpeluk-pelukkan dengan anak mereka setelah keputusan
SPM diumumkan. Aku memandang tanpa perasaan. Slip peperiksaan yang tertera 10
A+ ditanganku, ku lipat-lipat dan memasukkannya ke dalam poket. Tidak pernah
sesekali slip seperti itu mempunyai nilai bagi keluargaku. Sekali lagi aku
hanya memandang tanpa perasaan.
Pandangan liarku
terhenti pada sesusuk tubuh yang aku kenali. Lelaki dewasa itu bersama dengan
anaknya yang juga sedang menunggu giliran untuk mengambil slip peperiksaan SPM.
Aku melihat mereka sedang berbisik-bisik dan kemudiannya saling tergelak.
Menunjukkan betapa bahagianya mereka sekeluarga. Aku memandang tanpa perasaan
yang jelas.
Lelaki dewasa itu
kemudiannya memandang ke atas. Mata kami bertembung. Dia tersenyum ke arah ku
sambil melambai-lambai ke arahku. Aku memandang tanpa sebarang reaksi. Tidak
langsung membalas lambaian lelaki dewasa tersebut.
Anaknya disebelah
menjeling tajam ke arahku. Menarik tangan ayahnya untuk ke tempat mengambil slip
keputusan SPM. Sekali lagi aku mengekori tingkah mereka tanpa sebarang perasaan.
Sebaik sahaja
keputusan peperiksaan berada di tangan anak perempuan lelaki dewasa tersebut.
Mereka saling berpelukkan. Lelaki dewasa itu kemudiannya mengusap lembut kepala
anak perempuannya. Sekali lagi lelaki dewasa itu memandang ke atas , tempat aku
berada lalu tersenyum ke arahku.
Lelaki dewasa itu
kemudiannya berkata sesuatu kepada anak perempuannya lalu berjalan pergi
meninggalkannya. Entah apa yang mereka berbualkan pun aku tak tahu, tapi yang
pasti sebaik sahaja lelaki dewasa tersebut beredar, anak perempuannya sekali
lagi memandang ku dengan pandangan marah.
‘dah, ko kenapa
perempuan?” desis hatiku.
Tanpa sebarang reaksi,
langsung tak terkesan dengan tingkah laku anak perempuan lelaki dewasa itu, aku
pantas mengalihkan wajahku. Berjalan pergi untuk turun dari tempat ini sebelum
langkahku terhenti apabila pintu ke bumbung tersebut tiba-tiba sahaja terbuka.
Keluar lelaki dewasa
itu dari situ. Aku tersenyum sinis.
“eh, orang tua. Kenapa
tak kasi pecah je pintu tu” ngomel ku.
Seperti biasa lelaki
dewasa tersebut hanya tersenyum, berjalan menghampiriku lalu dengan tidak
semena-menanya memelukku.
“Tahniah, tahniah”
ucap lelaki dewasa itu beberapa kali.
Dia kemudiannya
mengusap halus kepalaku, perilaku yang sama yang dilakukan kepada anak
perempuannya. Aku memandangnya pelik.
“eh, lelaki tua. Dari
mana kau tahu result aku?” soalku hairan
“tak tahu pun sebenarnya.
Tapi apapun resultnya, iqmal dah cuba yang terbaik. Dan itulah yang terbaik
dari yang terbaik” bicara lelaki dewasa itu menyebabkan aku pula pening nak
fahamkan maksudnya.
“well, apa result
iqmal?” soal lelaki dewasa itu.
Aku mengeluarkan kertas
yang telah ku lipat-lipatkan di dalam kocek seluarku lalu ku hulurkan kepadanya.
Sekali lagi ucapan
tahniah dilontarkan kepadaku.
“hebat iqmal. Anak pak
cik pun kalah. Dapat 6 A+ tapi Alhamdulillah” bicara lelaki dewasa tersebut
lalu sekali lagi mengusap kepalaku.
“ok, baiklah pak cik
pergi dulu. Semoga kita akan berjumpa di masa hadapan” bicara lelaki dewasa itu
setelah menyerahkan semula slip keputusan SPM itu kepada ku.
Lelaki dewasa itu
memelukku seketika tanda salam perpisahan sebelum beredar dari situ. Aku
memandangnya pergi tanpa sebarang perasaan sebelum kakiku secara tiba-tiba
berlari ke pagar yang mengelilingi kawasan bumbung tersebut.
Aku melihatnya pergi
bersama keluarganya. Sisa ketawa masih merekah di bibir mereka. Jiwaku meruntun
cemburu. Aku juga ingin begitu. Punyai seseorang yang bahagia dengan
kebahagianku. Punyai seseorang yang duka dengan kesedihaku. Seseorang yang
dapat aku kongsikan rasa.
Melihat lelaki dewasa
itu beredar, membuatkan jiwaku pedih. Aku seolah-olah kehilangan
segalanya-galanya. Segalanya-galanya yang semenjak dari awal sememangnnya bukan
milik aku. Jiwaku melontar permintaan yang tamak. Aku memandang mereka dengan
matlamat yang jelas.
Ya, suatu hari nanti
aku pasti akan rampas lelaki dewasa itu dari mereka. Tidak peduli pada kesan
yang bakal aku cipta. Kerna mindaku punya satu tujuan. Lelaki dewasa itu harus
aku miliki. Aku tak mahu keseorangan. Tidak sekali lagi!
“berbahagialah orang
tua. Suatu hari nanti kau milik aku” desis suara kegelapan yang menyelumbungi
diriku.
***
“hoi, orang tua” tegur
ku.
Hari ini hari pertama
aku berdaftar di universiti X ini, begitu juga dengan anak perempuannya.
Sebenarnya dari jauh lagi aku perasan akan kehadirannya, tapi sengaja memilih
ketika lelaki dewasa itu sendirian baru aku menegurnya.
Semenjak dari hari
itu, aku mula mengorak langkah. Sengaja aku menelefonnya setiap hari dan
kemudian berhenti menelefonnya untuk beberapa minggu. Itu cara aku membuat
hidupnya terganggu tanpa aku.
Aku juga
memastikan bahawa setiap hujung minggu kami akan berjumpa. Apabila cuti
semester bermula, ada sahaja alasan yang aku berikan kepada lelaki dewasa itu
untuk bercuti bersama denganku. Itu pula cara aku untuk kurangkan masanya
bersama keluarga. Membawa hubungan lelaki dewasa itu lebih jauh dari
keluarganya.
Perkara ini berulang
sehinggalah aku hampir tamat belajar. Dan kemuncaknya apabila aku dengan
sengaja menelefonnya pada waktu malam meminta dia datang ke satu tempat. Dia
yang seperti biasa tidak banyak bertanya pantas datang ke tempat yang
diberitahu.
Aku duduk di birai
katil sambil menunggu lelaki dewasa itu datang. Kedengaran seseorang membuka
pintu bilik hotel yang sengaja aku tempah untuk malam itu. Muncul lelaki dewasa
itu dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku dapat agak bahawa dia berlari ke
sini.
Pandanganku ku tunduk.
Seolah-olah aku punyai masalah yang tak dapat diungkap. Lelaki dewasa itu
kemudiannya melabuhkan kedua belah lututnya dihadapanku. Diam dan tidak berkata
apa-apa sambil memandang ke arahku.
Aku kemudiannya
memeluknya secara tiba-tiba. Berpura-pura mengalirkan air mata. Lelaki dewasa
itu kemudiannya membalas pelukkan ku. Dia keliru dan aku. Aku tersenyum jahat.
Perlahan-lahan ku bawa bibirku ke bibirnya. Kami bercium buat seketika sebelum
dia menolak kasar bahuku. Aku terkejut sedikit walau hakikatnya aku dah
bersedia untuk itu.
Lelaki dewasa itu
pantas bangun untuk beredar dari situ sebelum kakinya terhenti untuk mendengar
bicaraku.
“kenapa? Kenapa semua
orang nak tinggalkan aku? Kenapa semua orang benci aku?” soalku dengan linangan
air mata.
“bukan semua orang
bencikan iqmal. Akan ada nanti seseorang yang tak akan tinggalkan iqmal” bicara
lelaki dewasa itu.
“bila nanti tu?
Setahun? Dua tahun? Sampai bila aku perlu tunggu?” soalku lagi
“iqmal perlu banyak
bersabar” bicara lelaki dewasa itu lagi.
“bersabar?” soalku
sambil tergelak kecil
“kenapa kau, orang tua
tak boleh bersabar dengan aku?!” soalku marah
Lelaki dewasa itu
kemudiannya berjalan menghampiriku semula. Memandangku yang sedang terbaring
sambil menutup wajahku dengan kedua belah tangan.
“jadi iqmal mahu apa?”
soal lelaki dewasa itu pula
Aku bangun lalu
memeluknya erat.
“tidur bersama aku.
Atleast untuk sekali ini sahaja. Sebagai bukti bahawa kau, orang tua tak akan
tinggalkan aku. Tak akan biarkan aku sendirian seperti ibu bapa ku” rayu ku di
dalam pelukkannya.
“tapi iqmal…” bicara
lelaki dewasa itu tanpa membalas pelukkanku
“kenapa? Sebab aku
lelaki. Aku tak boleh layan kau macam perempuan layan kau?” soalku
memandang wajahnya
tepat ke dalam berbola matanya.
“tak cuma..”bicara
lelaki dewasa itu terputus apabila aku menciumnya
“jangan tinggalkan
aku. Aku tak ada sesiapa selain kau, orang tua” pintaku.
Dengan reaksi penuh
rasa bersalah, lelaki dewasa itu membawa tubuhku ke katil. Malam itu menjadi
saksi buat pertama kali kami bersama. Suara kegelapan aku menyuarakan rasa
ghairah. Pertama kali aku dan lelaki dewasa itu berhubung secara fizikal.
Akhirnya, air mataku mengalir kebahagiaan.
Untuk hari-hari
seterusnya, aku tak melepaskan lelaki dewasa itu begitu sahaja. Ya, malam itu
malam pertama kami tapi bukan malam terakhir kerana untuk hal-hal yang
seterusnya, aku membolak-balikkan perasaannya agar kami tidur bersama lagi.
Bukan sekali, bukan 2 kali tapi entah ke berapa kali. Aku memastikan bahawa dia
ketagih dengan tubuhku.
Hal ini berterusan
sehinggalah pada kisah aku dipertemukan dengan anak perempuan lelaki dewasa itu.
Selepas bersama dengan
lelaki dewasa itu pada malamnya, dia kemudiannya meminta diri untuk pulang ke
rumahnya pada siangnya. Aku menghantarnya ke muka pintu. Kami berkucupan
sebelum dia beredar dari situ.
Tidak lama kemudian,
seseorang mengetuk pintu rumahku. Aku membukanya tanpa rasa curiga. Kelihatan
anak perempuan lelaki dewasa itu berdiri di hadapan rumahku. Matanya ku lihat
merah dengan kesan tangis. Entah berapa lama dia menangis, aku pun tak dapat
nak menganggarkannya kerana sebaik sahaja dia melihat wajahku. Pantas sahaja satu
tumbukan tepat mengenai mukaku. Aku jatuh terduduk sambil mengeran kesakitan.
“kau dah kenapa,gila?”
soalku marah
Dia mencampak beberapa
keping gambar tepat ke wajahku. Kelihatan gambar-gambar tersebut terdapat aku
dan lelaki dewasa itu sedang berjalan bersama. Salah satu gambar tersebut
menampakkan keadaan dimana kami berkucupan di dalam kereta. Ok, yang itu gempak.
“so?” soalku tergelak.
Well, aku sebenarnya
agak takut sekiranya gambar ini tersebar. Bukan kerana persepsi orang ramai
terhadap hubungan kami tapi kerana aku yakin lelaki dewasa itu pasti akan pergi
dalam hidup aku.
Perempuan itu
kemudiannya duduk di atas badanku menyebabkan aku rasa senak. Kolar bajuku di
genggam erat lalu ditarik menghampirinya. Aku menutup mataku sebagai persediaan
sekiranya dia hendak menumbuk mukaku untuk kali ke-2.
“kau, kahwin dengan
aku” bicara perempuan itu membuatkan mataku terbuka luas. Aku terkejut.
“kahwin dengan kau?”
soalku tergelak.
Permintaan yang bagi
aku sangat pelik.
“Ya, kahwin dengan aku.
Itu adalah balas dendam yang terbaik untuk korang” marah perempuan itu.
“aku tak paham” ujarku
keliru.
“ya, balas dendam.
Supaya kau. Kau yang perampas kebahagian orang lain ni boleh belajar untuk
melihat tanpa menyentuh. Mencintai tanpa memiliki. Aku akan pastikan kau
merasai sakitnya dengan hanya melihat” bicaranya penuh marah.
Perempuan itu
kemudiannya menyambung lagi, “dan aku akan pastikan ayah aku akan rasa bersalah
sepanjang hidupnya. Melihat anaknya bersama dengan lelaki perampas macam kau ni”
“aku akan pastikan
korang rasa apa yang aku rasa sehingga korang mati” bicara perempuan itu dengan
amarah yang tak tertahan lalu melepaskan kolar bajuku.
Dia kemudiannya bangun
untuk beredar dari situ sebelum langkahnya terhenti.
“kalau aku tak setuju”
bicaraku sengaja memprovoknya.
“aku akan pastikan
hidup kau sehancur-hancurnya.” Bicara perempuan itu lalu berlalu keluar dari
rumahku.
Aku tergelak kecil.
“apa kau ingat dengan
mengahwini kau akan membuatkan aku berhenti dari lakukan apa yang aku sedang
lakukan. Kau silap. Itu satu peluang untuk aku” desis suara kegelapanku.
Aku kemudiannya ketawa
seperti orang gila. Seolah-olah pengembala yang menjumpai air di padang pasir.
###
Ya, itulah apa yang
aku fikirkan ketika itu. Satu peluang sehinggakan aku pengsan di atas bumbung setelah
mengetahui sebuah hakikat. Hakikat yang menghentam aku keseluruhannya.
Perlahan-lahan aku
membuka mataku, sinar cahaya dari lampu kalimantan menusuk memasuki mataku
membuatkan aku silau untuk seketika. Aku memerhati sekeliling untuk memastikan
dimana aku berada.
Setelah memerhatikan
keadaan sekeliling, tahulah aku bahawa aku berada di wad pesakit.
Seseorang berada di kerusi sebelah katil ku, lelaki dewasa itu
memandangku dengan cemas.
“iqmal macam mana, ok
k?” soal lelaki dewasa itu
Aku cuba membangunkan
diriku, bersandar pada palang katil beralaskan batal. Lelaki dewasa itu
membantuku.
Aku memandang ke
bawah. Lama kami berdiam. Peristiwa beberapa jam yang lepas masih memberi kesan
kepada kami. Aku dan lelaki dewasa itu sedang berasmara di rumah aku. Atau
lebih tepat lagi rumah aku dan anak perempuannya memandangkan kami dah 3 tahun
kahwin.
Hakikatnya kami dah
lama buat projek yang sama walaupun setelah aku menikahi anak perempuannya.
Lelaki dewasa tersebut pada asalnya menolak namun kerana layanan aku kepadanya
membuatkan dia cair dengan tubuhku.
Kami bersama entah ke
berapa kali semenjak aku dan anak perempuannya disatukan. Kami pandai merancang
peluang. Tidak pernah hubungan kami disyaki oleh sesiapa sehinggalah pada hari
ini.
Pada waktu petang
ketika aku mahu keluar dari bilikku untuk membasahkan tekak yang kekeringan.
Aku terperanjat,
begitu juga lelaki dewasa itu. Anak perempuannya berdiri terpacak di hadapan
bilik. Mukanya penuh dengan reaksi marah.
“tak guna” marah perempuan
itu sambil tangannya di angkat untuk menumbukku.
Aku pantas menahan.
“What? What?!” marahku
semula.
“kau yang nak sangat
kahwin dengan aku kan? Kau yang nak sangat balas dendam kan? Kenapa? Sekarang
kau rasa menyesal sebab aku gunakan peluang ni untuk mengintimkan hubungan
kitaorang”soalku bertubi-tubi kepada perempuan itu.
Perempuan itu terduduk
manakala lelaki dewasa itu walaupun aku tak melihat wajahnya tapi aku tahu
bertapa terkejutnya dia. Lebih-lebih lagi mengetahui bahawa anaknya telah lama
tahu tentang hubungan kami. Dan lebih membuatnya pedih apabila anaknya sanggup
berkahwin dengan aku walaupun mengetahui perkara sebenar. Lelaki dewasa itu
terpaku. Tidak mampu berkata apa-apa.
Hanya aku yang
mengawal keadaan kerana ini semua apa yang aku inginkan. Aku tak mahu
keseorangan lagi. Tidak apabila kedua ibu bapaku telahpun melepaskan aku
semenjak aku habis sekolah.
“balas dendam?” bicara
perempuan itu lalu tergelak kecil.
“itu jer ke yang awak
rasa apa yang saya buat selama ini adalah untuk balas dendam? Pernah tak awak
terfikir kenapa saya sanggup pertaruhkan kehidupan saya semata-mata hanya untuk
balas dendam?” soal perempuan itu.
Pandangannya masih
kebawah. Menunduk sambil tangannya digenggam. Seolah-olah cuba untuk tak
berkata sesuatu yang sepatutnya dia perkatakan dah lama dulu. Menahan agar
tiada sesiapa yang terluka. Mungkin dah tiba masanya untuk aku tahu isi
hatinya. Merungkai persoalan yang bermain di mindaku semenjak aku menikahinya
lalu sekali lagi aku mencabar kesabarannya.
“sebab kau bodoh”
jawapku kasar.
Sengaja aku tidak
berlaku lembut dengannya. Kali ini aku ingin membiarkan dia meluahkan
segala-galanya. Segala-gala perkara yang aku tak pernah paham semenjak dia
memilih aku menjadi suaminya. Untuk apa?
Dia tergelak kecil
sebelum menjawab, “ya, sebab aku bodoh”.
“bodoh untuk
menanggung kesilapan korang. Aku terlalu sayangkan ayah aku. Dia seorang ayah
yang baik sebelum jumpa kau. Tapi semenjak dia jumpa kau, hubungan ayah dan ibu
retak. Hampir setiap hari bergaduh. Pada awalnya aku tak paham kenapa mereka
bergaduh sehinggalah aku lihat sendiri bagaimana ayahku gembira apabila melihat
kau ketika result SPM dulu. Wajah kegembiraan yang tak pernah lagi terpancar
untuk kami sekeluarga. Tahniah, kau berjaya merampasnya dari kami”
“ayah aku walaupun
seorang ayah yang baik tapi dia tak terlepas dari kesilapan. Dan kesilapannya
adalah bertemu kau. Aku yakin jauh di sudut hatinya, jiwanya penuh penyesalan
atas dosa-dosa yang dia lakukan. Buktinya hampir setiap malam dia akan bangun
dan menangis di tikar sejadah tapi aku tahu, sekuat manapun dia cuba. Dia tak
akan boleh tinggalkan kau sebab…”
“kau tahu? Semenjak
ayahku jumpa kau, dia sering ceritakan pasal kau dekat aku. Sebabnya mudah.
Kita sekelas. Dia sering menyuruh aku berborak-borak dengan kau kerana katanya
kau seorang yang sunyi dan tidak punya sesuatu yang aku miliki. Mula-mula aku
tak paham tapi lama-lama aku mulai tahu keadaan keluarga kau.”
“dan itulah kebodohan
aku yang kedua. Memisahkan kau dengan ayah aku akan membawa kau ke ambang
kesunyian yang amat. Aku tahu tiada siapa mahu ditinggalkan sendirian di dunia
ini. Jadi aku memilih untuk berkahwin dengan kau dengan harapan kau faham
bahawa kau tidak keseorangan. Menanggung kesilapan kau agar kau boleh memahami
bahawa dunia tidak terlalu kejam untuk kau. Kalaulah kau boleh memahami tetapi
aku silap… “
“balas dendam. Ya,
balas dendam ini menjadikan luka antara kita semua semakin parah. Betul kata
kau, aku seorang yang bodoh”
Aku terpaku, tidak
mampu berbuat apa-apa. Sukar untuk aku menghadam semua yang berlaku ini. Semua
perkara yang aku buat adalah semata-mata untuk memiliki sesuatu yang aku tak
boleh miliki. Aku merasakan dunia ini terlalu kejam kerana hanya membiarkan
mereka yang terpilih merasai nikmat yang tak pernah dapat aku capai. Lalu aku
merosakkan kebahagian seseorang. Menghancurkan mereka sehancurnya.
Aku kira perbuatanku
tak salah. Bukankah semua orang berhak untuk berusaha memiliki sesuatu yang
mereka inginkan. Lalu aku mulai lupa, ada perkara yang tak mungkin aku perolehi
walau aku berusaha kuat ke arahnya. Ya, perempuan di depanku ini faham pada
saat fikiran ku masih budak-budak. Lalu dia memilih untuk menanggung semua
kesilapanku. Kesilapan ayahnya.
Tanpa arah tujuan, aku
berjalan keluar dari rumah tersebut. Jujur, aku tak sanggup berhadapan dengan
kesilapanku sendiri. Tanpa aku sedar, aku telahpun disini. Di wad pesakit.
“aku.. aku minta maaf”
bicaraku memulakan perbualan.
“tak..”bicara lelaki
dewasa itu sedikit terperanjat.
“aku minta maaf dan
aku juga nak minta izin untuk bawa dia pergi. Kalau dia masih sudi. Aku tak
tahu berapa lama mungkin setahun, mungkin 5 tahun, mungkin bertahun-tahun. Aku
tak boleh janji. Selagi mana aku tak bersedia, aku tak akan kembali” bicaraku
Lelaki dewasa itu
sekadar mengangguk. Merestui tindakanku. Mungkin lelaki dewasa itu faham bahawa
aku perlukan waktu. Lelaki dewasa itu kemudiannya keluar lalu masuk anak
perempuannya.
Dia memandangku tanpa
emosi lalu duduk di tempat lelaki dewasa tadi.
“awak. Saya minta
maaf” bicaraku sambil mencapai tangannya.
“saya akan pergi jauh
dari sini. Saya tak tahu berapa lama. Mungkin bertahun-tahun. Dan untuk itu,
saya perlukan awak. Sekiranya awak sudi. Masih kuat untuk bersama saya. Saya
mahu bawa awak pergi. Agar kita nanti boleh sama-sama kembali semula ke sini”
bicaraku lalu mencium tangannya.
Kelihatan air matanya
mengalir dari pelupuk matanya. Membasahi wajahnya. Dia tersenyum ke arahku.
Lalu mengangguk tanda setuju.
Aku pantas memeluknya
lalu tanpa ku paksa, air mataku mengalir membasahi bajunya.
Dia perempuan yang
kuat. Sanggup menanggung kesilapan kami. Melihat realiti dengan rasa simpati.
Memahami tanpa perlu dipaksa. Lalu memilih untuk tetap bersama aku. Kerna dia
juga merasai. Memahami. Kesilapan-kesilapan aku dan ayahnya.
“terima kasih. Terima
kasih kerna menjadi kuat. Menanggung segala kesilapan kami.”
AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan.
sedih plak baca... hmmmm x suka ada rasa sunyi..
ReplyDeleteala,shin..jgn sedih2.. *nah tisu..hehehe
Deleteapepn shin..biasalh sunyi tu..smua org akn mengalami rasa sunyi..cuma kena kawal n kmbali kpd tuhan semula.. Dia yg memegang hati kita smua~