Thursday, 31 December 2015

Kisah Si Aku 04: Aku Juga Bukan Malaikat

scroll2 fb ternampak lak tajuk "Abang Sado Gay, Kakak Cantik Lesbian?" dari page tarbiah sentap..
so, tangan aq pun gatal2 tekan "read more"..hahaha..ambik ko..
ok, just nak cakap..
kalau hari ini tuhan takdirkan aq baca benda ni..why not korang pun ditakdirkan baca..
sharing is caring..ha..gitu..
nah,layan~

###

Sebelum saya mulakan, ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan yang insyaAllah akan ke pasaran pada Januari 2016. Nantikan hebahan di FB, Twitter dan Telegram Tarbiah Sentap.

Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan.

Bukan nak riya' or berlagak, tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak tegur penulis tersebut (dalam kes ni, tegur Shukery Azizan). Dan juga at least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)

Semoga bermanfaat :)

Bismillah...

----------

Ini satu lagi masalah yang kritikal melanda masyarakat Islam khususnya Melayu di Malaysia, iaitu masalah gay dan lesbian. Mengenai bab Biseksual (boleh melakukan hubungan dengan lelaki dan perempuan) dan transeksual (tukar jantina) ini, saya tak nak ulas dalam buku ini. Sebab lagi rumit nak selesaikan masalah ini.

Dan dalam bab ini saya tidak menceritakan bagaimana gay dan lesbian ini boleh berlaku, kajian saintifik segala bagai, tidak. Saya tak tulis semua itu. Dalam bab ini, saya cuma bagi solusi apa yang perlu kau buat berdasarkan apa yang saya tahu dan mahu kau buat.

Cumanya saya beritahu, kalau kau buat solusi ini, bukan kau confirm 100% akan berubah. Tetapi sekurangnya ada usaha untuk berubah.

Sepanjang kami tubuhkan Tarbiah Sentap sejak ogos 2014, beratus-ratus persoalan selain daripada berzina, minum arak dan sebagainya, persoalan mengenai penyakit suka sesama jantina. Kalau suka itu satu masalah, bahkan lebih masalah adalah apabila dilayan dengan tindakan, iaitu meliwat sesama jantina.

Punca berlaku gay dan lesbian ini antara faktornya adalah keluarga iaitu mak ayah nak anak lelaki, tetapi asyik dapat perempuan. Lalu dilayan anak perempuan seperti lelaki. Ada juga nak anak perempuan, tetapi asyik dapat lelaki. Akhirnya dilayan seorang anak lelaki macam perempuan seperti bagi patung, belikan beg perempuan dan sebagainya.

Malah ada juga kes yang berkongsi, masa umur 11 tahun dia diliwat oleh pakciknya sendiri. Mula-mula marah, akhirnya ketagih bersetubuh dengan lelaki sampai bertahun-tahun lamanya.

Ada juga berlaku sebab pengalaman hitam diliwat sama ada oleh keluarga atau orang luar, lelaki atau perempuan. Atau ada pengalaman hitam seperti bercinta lepas tu putus, akhirnya tertekan dan pilih untuk bercinta sesama jantina. Malah ada juga berlaku sejak di universiti, dapat roommate gay atau lesbian yang asyik peluk saja, dia pun melayan dan ke laut.

Dan lebih sedih dari itu, ada juga kes yang dah ikut tarbiah, ikut usrah, sekali kakak naqibah itu lesbian rupanya. Patutlah selalu tidur sama dengan seorang anak usrah, sekali kantoi dengan anak usrah yang lain.

Kemudian ada juga kes yang dah lama berkahwin, rupanya suami dia adalah gay. Atau isterinya adalah lesbian. Dan ada beratus-ratus lagi faktor yang menjadi penyebab masalah ini. Dan ini semua kes real yang kami dapat dari soalan-soalan yang ada.

Untuk pengetahuan kau, gay dan lesbian ini bukan saja datang dari rupa lelaki lembut dan perempuan keras seperti pengkid, tomboy dan sebagainya, malah ada juga lelaki yang sasa, badan sado tetapi gay. Dan ada juga perempuan lembut, ayu tetapi lesbian. Argh! Apakah yang berlaku pada dunia ini!

Dan kalau kau nak tahu, TIDAK SEMUA lelaki lembut adalah gay, dan TIDAK SEMUA perempuan tegas keras macam tomboy itu adalah lesbian. Tidak semestinya. Ini bermakna, memang SUSAH kita nak kenal pasti siapa gay siapa lesbian, melainkan kalau dia mengaku.

Moga Allah pelihara keturunan aku dan kau semua daripada gay dan lesbian atau penyakit songsang ini. Amin.

Apa Perlu Buat?

Penyakit ini sebenarnya sangat sukar nak rawat. Serius. Bayangkanlah dah la kena jaga ikhtilat dengan berlainan jantina, tetapi dalam masa yang sama tengok sesama jantina pun bernafsu. Memang ujian besar untuk mereka. Moga Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh nak berubah ini Syurga atas usaha mereka nak taat perintah Allah.

Apa pun, kalau kau ada kesungguhan, insyaAllah boleh berubah. Apa pun, saya cuba beri solusi mana yang saya tahu. Solusi ini paling tidak pun boleh MENGURANGKAN keinginan kau untuk homoseksual. Dan kena ingat, ia BUKAN usaha yang hari ni buat, esok sembuh. Ia usaha yang mengambil masa lama malah cecah bertahun-tahun lamanya sampai mereput jadi mayat.

Kalau tidak membantu walaupun satu, saya minta maaf. Inilah usaha saya membantu kau, moga Allah beri kau kekuatan untuk berubah.

1) Ketahuilah bahawa kau TIDAK dihukum kerana perasaan kau. Walaupun perasaan kau mungkin tidak normal, tetapi kau tidak berdosa sebab itu. Yang menjadi dosa adalah TINDAKAN kau.

Kau berdosa sebab kau liwat sesama jantina. Kalau kau ada perasaan suka kepada sesama jantina, itu belum lagi jadi dosa. Cuma kau kena kawal nafsu tu, sebab bila mula suka sesama jantina, itu dah ada kecenderungan yang tinggi.

Setiap kali datang perasaan itu, JANGAN LAYAN. Istighfar banyak kali, dan jangan layan. Tolonglah, jangan layan. Tiga kali saya ulang ni.

2) Letak dan TANAM dalam mindset kau bahawa, gay dan lesbian ini BUKAN semulajadi, naluri ataupun fitrah kau sejak kecil. Tidak, ini bukan fitrah kau. Kau cuma kecelaruan identiti disebabkan faktor sekeliling yang membuat kau begini. Sebab Rasulullah sebut,

"Setiap‫ anak dilahirkan dalam keadaan fitrah.”

(Riwayat Bukhari)

Kau hanyalah mangsa keadaan, lalu kau terkeliru dalam pilihan kau, membuatkan kau menjadi seperti yang kau jadi hari ini, gay atau lesbian. Hari-hari sebut pada diri kau bahawa, fitrah kau bukan gay dan lesbian.

Kau hanya terperangkap dalam emosi dan perasaan kau sahaja. Ingat, TANAM sungguh-sungguh mindset ini. Sebab ia juga merupakan satu doa.

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Kau kembali kepada Allah dengan cara menjaga amal soleh yang lain seperti solat 5 waktu berjemaah untuk lelaki dan awal waktu untuk perempuan. Kemudian baca al Quran dan terjemahannya setiap hari sekurangnya 1 muka surat. Kemudian rajinkan berpuasa sunat isnin khamis. Jaga solat tahajjud sekurangnya 3 hari sekali dan sebagainya.

Dan paling penting sekali adalah doa sungguh-sungguh setiap hari. Berdoalah minta pada Allah agar dibetulkan semula nafsu dan perasaan kau, dan jadikan kau seperti sediakala sebagaimana fitrah sepatutnya.

Ketahuilah, Allahlah yang memegang hati-hati kita semua. Dan kepada Allah kita kembali. Dan ketahui juga, nak berubah bukan ambil masa 1,2 hari. Bahkan bertahun. Penyakit kanser nak sembuh pun ambil masa berbulan, kadang kala bertahun.

Inikan pula penyakit dalaman yang tak nampak lukanya. Ambil masa, yang penting kau bersabar dan sangka baik dengan Allah.

4) Jangan layan perasaan suka tersebut. Kau mungkin ada perasaan suka kepada sesama jenis kau. Kau mula rasa sayang, tergoda dan sebagainya. Perkara itu tak boleh halang sebab ia datang dengan tiba-tiba tanpa kemahuan kau.

Tetapi apa pilihan yang kau ada adalah JANGAN LAYAN perasaan tersebut dengan tindakan. Maksudnya, kau suka itu perasaan, lalu kau layan guna tindakan dengan cara kau kacau orang tu, kau tidur sebelah dia, pegang-pegang dia, calling dia setiap malam dan sebagainya. Jangan layan perasaan itu!

5) Tinggalkan TEMPAT yang boleh merangsang nafsu sejenis kau. Kalau lelaki, biasanya dia akan terangsang nafsu sejenisnya bila nampak lelaki sado atau kacak. Dan biasanya mudah dijumpai di gym. Oleh itu, tak perlu pergi gym sampai kau dah normal semula. Tak berdosa pun tak pergi gym atau badan tak sado. Kalau kau biasa terangsang di padang, kau pergilah padang lain. Dan sebagainya.

Kalau perempuan biasanya dengan roommate, housemate atau sebagainya. Tukar roommate lain, atau housemate lain. Biar dia cakap kau sombong, tetapi apa nak buat, kau nak bertaubat dan berubah. Bersusah payahlah kerana nak taat perintah Allah, insyaAllah besar pahala.

Apa pun, yang penting tinggalkan TEMPAT yang boleh merangsang nafsu sejenis kau. Tak kisahlah di mana-mana sekalipun.

6) Kalau di tempat kerja pula? Ini pun kritikal juga. Takkan nak suruh kau berhenti kerja pula. Jadi solusinya adalah, tundukkan pandangan. Kau mungkin tak bernafsu tengok berlainan jantina dengan kau, tetapi kau kena bersusah payah dengan tundukkan pandangan daripada melihat sesama jantina yang kau SUKA.

Tundukkan pandangan ni maksudnya kawal pandangan. Bukannya 24 jam jalan tunduk ke bawah. Kawal. Setiap kali terasa nafsu syahwat naik, kawal pandangan!

Saya yakin, tak semua sesama jantina yang kau suka. Biasanya kau akan suka kepada orang yang hensem bagi lelaki, ataupun yang caring, lemah lembut, suka dengar masalah dan sebagainya untuk perempuan.

Tundukkan pandangan sebaik mungkin. Setiap kali datang perasaan itu, istighfar secepat mungkin dan JANGAN layan perasaan tersebut.

7) Jangan pernah tidur sekatil denga sesama jantina. Elakkan tidur lagi-lagi dengan orang yang kau suka atau mudah terangsang. Bahaya !

8) Elakkan bersentuhan kulit, terutama kawasan yang mudah buat kau terangsang. Kalau sentuh pipi boleh menaikkan nafsu syahwat sesama jantina kau, jangan sentuh pipi!

9) Pergi ke program atau kem-kem yang dianjurkan oleh jabatan agama, NGO Islam dan sebagainya yang berusaha untuk membantu golongan gay dan lesbian. Antaranya program yang dilaksanakan oleh JAKIM sebelum ini kalau saya tak silap mukhayyam apa entah.

Tetapi apa pun, saya yakin, jabatan agama, NGO Islam dan persatuan-persatuan Islam yang lain berusaha sungguh-sungguh untuk membantu golongan macam kau.

10)Selain itu, kau pun boleh guna kaedah penulisan artikel atau jurnal. Maksudnya, kau tulis apa saja pengalaman dan luahan perasaan dan harapan kau dalam bentuk penulisan. Luahkan segalanya dalam tulisan kau. Keinginan kau untuk menjauhkan diri dari penyakit songsang ini pun boleh kau tulis sekali.

11)Kau terlibat dengan usaha berbentuk kemasyarakatan seperti gotong royong, kenduri, program, dan sebagainya yang boleh mengurangkan perasaan tersebut. Tetapi kalau kau jumpa orang yang kau berkenan semasa program tersebut, jangan layan perasaan tersebut.

12)Paling penting, jangan pernah putus asa dan jangan berhenti untuk cari solusi supaya kau berubah dan kembali normal. Orang yang kena penyakit AIDS pun, walaupun dia tahu yang tiada ubat lain untuk merayu, masih lagi berusaha cari solusi lain mana tahu at least boleh kurangkan kesakitan ataupun boleh panjangkan sedikit hayat.

Seperti juga kau, kena usaha cari kaedah untuk berubah dan kembali normal. Mungkin kau akan ambil masa lama untuk berubah, sehingga bertahun-tahun lamanya. Tetapi kalau kau ada usaha, Allah pandang usaha kau.

Mungkin kau jadi mati dalam keadaan kau masih lagi gay dan lesbian, tetapi kalau masa hidup kau pilih untuk berubah dan berusaha cari solusi untuk normal, insyaAllah Allah terima amal kau dan masukkan kau ke Syurga. Amin.

Tetapi kalau masa hidup pun kau malas nak cari solusi, dan tak bersungguh nak cari, malah kau beri alasan yang kau takkan berubah. Macam mana kau nak jawab depan Allah nanti?

Ingat, Allah tak tengok hasil kau, tetapi Allah tengok usaha kau. Sebab itu dalam bab takdir, saya ada sebut bahawa,

“Hanya orang buat usaha yang TEPAT sahaja berjaya, walaupun nampak macam tidak berjaya.”

Buat usaha yang tepat itu maksudnya kau cari jalan, alternatif dan usaha untuk berubah menjadi normal semula selari dengan syarak walaupun nampak macam tak berjaya apabila kau mati dalam keadaan kau masih lagi gay atau lesbian.

Tetapi buat usaha yang TIDAK tepat maksudnya kau langsung tak buat apa-apa, dan “usaha” kau hanyalah terus menerus bagi alasan bahawa ini semua takdir, ini semua naluri sejak kecil, ini semua semulajadi dan sebagainya.

Merayu.

Wahai kawan-kawan yang diuji dengan penyakit gay dan lesbian ini, saya merayu, saya menyeru, dan melutut pada kau.

Kembalilah pada ALLAH dan bersabarlah dengan sebenar-benar sabar serta TINGGALKANLAH seks sejenis.

Serius, Allah sayang kau. Sebab itu Allah beri kau peluang untuk baca bab ini, Allah beri kau peluang hidup lagi, Allah beri kau peluang untuk cari solusi lagi untuk bertaubat dan berubah. Usahalah untuk berubah, jangan putus asa untuk berubah walaupun ambil masa bertahun-tahun lamanya.

Ujian kau sangat besar dan hebat, dan kalau kau bersungguh-sungguh bermujahadah[2] melawan serta menundukkan nafsu songsang kau, boleh jadi kau punya amal lagi dahsyat dari kami. Kami tak berhadapan dengan situasi dan kepayahan kau, dan mungkin kalau kami kena pun, kami tak mampu untuk tanggung.

Kau memang hebat! Sebab itu Allah uji setiap orang lain-lain, berdasarkan kemampuan yang orang tu sebenarnya boleh buat.

Dan ingat, kita semua masuk Syurga atau Neraka itu telah ditakdirkan. Tetapi takdir kita masuk Syurga atau Neraka itu ditentukan oleh pilihan hati kau sendiri masa di dunia, iaitu sama ada nak berubah lalu berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah, ataupun kau buat tak tahu lalu memberi pelbagai alasan untuk mempertahankan perbuatan kau dengan alasan ini semua takdir, ini semua fitrah, ini semua naluri dan sebagainya.

Wallahu’alam.

- Shukery Azizan -

Sumber : Dipetik dari Bab 12 buku Aku Bukan Malaikat karya Shukery Azizan. Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)

###

Dah habis baca??
Renung-renungkan dan selamat beramal..hehehe
Last but not least..
Selamat Menyambut Tahun Baru, my dear frienzz..
Semoga persahabatan kita semua kekal ke Jannahnya~

Sunday, 13 December 2015

Cerpen 04: Harapan Yang Tersisa


Diukir pada: 12/12/2015
Diukir oleh: Batu Jalanan

Aku membuka tirai jendela. Memandang ke luar tingkap. Melihat budak-budak kecil sedang bermain bola sepak antara mereka. Aku tersenyum sendiri. Aku sukakan budak-budak tapi keadaan aku menghalang aku dari memiliki mereka. Bukan kerana aku mandul. Bukan juga kerana aku tak mampu. Tapi kerana…

Seseorang berjalan di belakangku lalu memelukku. Mencium leher ku lalu menggigit manja. Aku melentokkan kepalaku. Membawa kepalaku ke bahunya. Pelukkan kekasihku semakin erat.

“sayang pandang apa tu?” soal Fariz kekasihku.

“tengok budak-budak main bola”ujarku.

Aku dan dia, kami sama-sama lelaki. Kami juga merupakan pasangan kekasih sejak 2 tahun yang lepas. Itulah rahsia terbesarku yang aku cuba sembunyikan dari pengetahuan semua orang termasuklah keluargaku. Itulah juga antara penyebab aku tak mungkin perolehi anak.

“sayang nak keluar malam ni?” soal Fariz lagi.

“pergi mana?” soalku pula.

“pergi jumpa kawan-kawan kita. Lepak-lepak kat kelab” jawap Fariz.

“ok. Sayang ikut abang malam ni” jawapku.

Kami berkucupan buat sementara waktu sebelum masing-masing menyiapkan diri untuk ke tempat kerja.

Malamnya kami bersiap-siap seawal 8 malam. Aku mengenakan t-shirt putih dan jeans hitam manakala Fariz berpakaian kemeja hitam dan seluar putih. Aku yang duduk di birai katil hanya memandang ke arahnya sambil menunggu dia bersiap.

Lama aku memerhatikannya sejak dari dia mengenakan pakaiannya. Ku perhatikan lengannya apabila dia melipat lengan bajunya ke paras siku. Dadaku berombak kencang. Terasa hangat nafasku.

Fariz yang sedari tadi bersiap sambil membetulkan rambutnya memandang ke arahku. Dia tersenyum lalu mengucup bibirku lembut. Aku membalas kucupannya. Dia menolak badanku lembut. Kami baring sambil dia menidihku. Kucupan kami semakin hangat sebelum aku menolak badannya.

“malam nantilah abang. Kata nak pergi makan dulu” bicaraku.

Dia mengeluh sambil menggosok-gosokkan kepalanya.

Tanganku diraut. Kami berpegangan tangan sambil berjalan ke arah kereta. Kami singgah di Restoran X. Sementara menunggu makanan sampai aku memerhatikan keadaan sekeliling. Melihat beberapa buah keluarga yang makan bersama. Pandanganku terhenti pada si anak kecil yang ligat bermain lari-lari dengan adiknya.

Dia tersandung si sebelahku. Aku mengangkatnya. Dia tersenyum ke arahku sambil mengucapkan terima kasih. Ibunya memanggilnya dan menunduk ke arahku. Mungkin meminta maaf barangkali.

“awak tak nak anak ke?” soal Fariz seakan berbisik di telingaku.

Aku memandangnya hairan.

“how?” soalku

“kita ambil anak angkat. Abang tengok sayang macam sukakan budak-budak” bicara Fariz lagi.

“tak naklah. Saya tak nak dia jadi macam kita.” Bicaraku

“maksud sayang?” soalnya hairan

“eyalah. Bersembunyi di bawah bayang-bayang sendiri. Saya tak nak dia jadi keliru. Biarlah kita saja begini. Hanya ada abang dan saya” bicaraku lagi.

Sepanjang kami berada di dalam kereta, aku meraut lengannya. Melentokkan kepalaku dibahunya. Aku terlalu sayangkan dia. Mencintainya seluruh jiwaku.

Dia bukan cinta pertamaku tapi dia cinta yang mengajar aku erti setia dan kasih antara insan walaupun sesama jantina. Aku terlalu menyayanginya.

Kereta yang dipandu Fariz meluncur laju membelah kepekatan malam. Pegangan kami aku eratkan. Aku terlalu takut kehilangannya.

***

Deringan telefon menganggu tidurku. Aku mencapai telefon yang berada di atas meja bersebelahan katilku. Ku perhatikan nama pemanggil dalam keadaan mata yang masih samar-samar akibat pancaran cahaya yang keluar darinya. Kelihatan perkataan ‘mak’ tertera di skrin telefonku.

“Assalamualaikum, mak. Ada apa call pagi-pagi ni?” soalku dalam serak suara orang yang baru bangun tidur.

“adik sibuk tak hujung minggu ni? Mak ada perkara penting nak bagitahu adik ni” bicara makku.

“Benda apanya mak? Bagitahu jelah kat sini. Adik dengar” bicaraku pula.

“adik balik rumah sekejap. Nanti kita bincangkan hal ini dengan ayah sekali” bicara makku lalu mematikan panggilan.

Faham sangat aku dengan perangai mak aku. Suka sangat matikan panggilan sebelum aku sempat membuat sebarang keputusan. Membiarkan aku terkapai-kapai tanpa mampu memberikan kata putus. 

Nak atau tidak aku terpaksa balik pada hujung minggu tersebut. Fariz tidak dapat menemani ku pada kali ini kerana outstation di utara tanah air. Aku terpaksa pulang sendiri walaupun jiwaku tak rela(konon tak nak jauh-jauh dengan buah hati).

Sampai sahaja aku di rumah, kelihatan banyak kereta berada di halaman rumahku. Aku memandang hairan dengan pandangan luar biasa yang berada di depanku ini.

“ada orang meninggal ke?”desis hatiku.

Koleksi lagu naruto yang bermain di radio keretaku sejak aku bertolak ke sini ku perlahankan. Cermin tingkap aku turunkan untuk mencari-cari sekiranya masih ada tempat kosong untuk aku parkingkan kereta kecilku ini.

Kelihatan di bawah pokok rambutan tempat aku main sewaktu kecil dulu masih kosong di bawahnya. Aku memilih untuk parkingkan kereta ku di situ sahaja. Mudah untuk kereta yang banyak-banyak ini keluar nanti bila habis urusan mereka di rumahku.

Aku mematikan enjin keretaku lalu keluar dari keretaku. Kelihatan seorang wanita sedang membaca buku di dalam salah sebuah kereta yang banyak di halaman rumahku.

“cantik” desis hatiku lagi.

Sekiranya perasaan aku wujud pada seseorang yang bernama wanita sudah pasti wanita itu akan aku nikahinya. Kerana dengan reaksi dirinya yang pantas menyembunyikan wajahnya di sebalik buku yang dibaca apabila aku terpandang wajahnya membuatkan aku yakin, dia wanita yang baik-baik.

Aku kemudiannya meneruskan langkahku, mencari-cari pintu belakang untuk masuk melaluinya. Sebaik sahaja kaki aku memasuki pintu belakang yang menghubungkan aku dengan dapur, aku pantas membuka tudung saji.

Kelihatan pisang goreng dengan sambal kicap di dalam pinggan menarik minatku. Perlahan-lahan aku menarik kerusi agar tak kedengaran bunyi geserannya. Sepantas itu aku duduk dan memakannya dengan penuh selera.

Tetamu mula beransur-ansur balik dan kedengaran tapak kaki menghampiri ruang dapur. Aku membiarkan saja bunyi tersebut dan terus melahap makanan yang berada di depanku ini.

“bertuah punya anak. Bukan nak guna pintu depan. Masuk rumah sendiri pun dah macam pencuri” rungut mak ku.

Aku sekadar membiarkan saja mak ku membebel sambil berjalan menghampiri mak ku lalu bersalam dengannya. Aku memeluknya lalu mencium pipinya kiri dan kanan sambil mulut ku penuh dengan pisang goreng bersalut sambal kicap.

“ada apa mak ramai-ramai datang tu?”soalku hairan.

Aku kembali ke meja makan sambil memasukkan lagi pisang goreng cicah sambal kicap ke mulutku.

“malam nanti mak cerita. Pergilah mandi-mandi dulu. Rehatkan diri. Mak nak masak untuk makan malam dulu” bicara mak ku sambil mengambil periuk nasi yang berada di atas meja.

***

Pada malamnya sedang aku enak-enak menonton cerita naruto di tv yang telah aku download ke dalam cd, tertiba mak aku datang lalu mematikannya. Terpegun aku sekejap kerana naruto baru sahaja nak mula bertarung dengan sasuke.

Aku pantas memandang mak aku, mak aku memandang aku dengan wajah serius. Bermakna tiada kata ‘sekejap’, ‘nanti dulu’ mahupun ‘ lepas habis bab tu’. Ya, aku faham sangat dengan wajah itu. Wajah-wajah yang tidak memberi peluang untuk aku bertangguh.

Aku bangun lalu duduk di kerusi. Mak dan ayahku duduk di kerusi yang sama yang mempunyai dua tempat duduk. Aku memandang wajah mak dan ayahku silih berganti. Dadaku tertiba sahaja berombak kencang. Seperti ada sesuatu yang penting yang bakal diberitahu kepadaku pada malam itu.

“tadi. Siang tadi ada keluarga yang datang merisik.” bicara mak ku memulakan perbualan.

Kepalaku mula mengalirkan peluh. Aku sedikit keliru kerana setahu aku hanya aku seorang yang belum berkahwin dan aku tidak ada adik perempuan yang perlu dirisik oleh sesiapa memandangkan aku adalah anak bongsu.

“mak tak kenal mereka tapi mereka kata anak perempuan mereka kenal adik. Jadi, mereka datang untuk tawarkan tali pertunangan antara adik dengan anak perempuan mereka.” Bicara mak ku.

Mindaku seolah-olah tidak dapat menghadam apa yang mak aku baru sahaja beritahu. Terketar-ketar suaraku bertanya kepada mak aku, “mak..mak cakap apa dengan mereka?”

“mak dan ayah setuju. Adik pun sehingga sekarang tak pernah bagitahu kami sama ada adik ada sesiapa yang adik suka atau tidak” bicara mak ku yang membuatkan bicaraku seakan mati disitu.

Bayang-bayang wajah Fariz bermain-main di mindaku. Ketakutan mula menyelubungi jiwaku. Aku terlalu takut untuk kehilangan Fariz. Tidak pada saat aku telah terlalu mencintainya.

“mak..mak tolong batalkan pertunangan ini” rayuku menahan sebak

“kenapa? Adik dah ada pilihan adik sendiri ke? Bawa jumpa mak dan ayah, baru kami akan putuskan pertunangan ini” bicara mak ku memberi kata putus.

Sebak terasa olehku. Bagaimana harusku bagitahu mak ayahku bahawa anaknya ini berbeza? Menyukai dan menyintai seseorang yang sama jantina dengannya. Bagaimana harusku berkata? Anaknya ini telah lama derita dengan perasaannya. Telah lama cuba menempis dan menjauh tapi tetap juga rasa-rasa itu datang. Lalu anaknya telah menemui sebuah cinta. Cinta yang berjaya menenteramkan pemberontakkan di dalam jiwanya.

Aku pantas melutut di hadapan mak dan ayahku. Air mata yang aku cuba tahan sedari tadi mula mengalir perlahan menuruni wajahku.

“mak, ayah. Tolong adik. Adik tak boleh teruskan pertunangan ini. Mak dan ayah mungkin tak faham apa yang adik rasa tapi adik memang tak boleh. Adik tak boleh, mak, ayah” pintaku.

Mak bangun dari duduknya.

“adik jangan nak buat perangai. Selagi adik tak ada sebab yang kukuh untuk batalkan pertunangan ini. Mak dan ayah akan teruskan juga. Adik dah berumur 28 tahun. Sampai bila adik nak terus hidup bujang dan tengok cerita naruto sepanjang masa?” soal mak ku dalam nada yang menahan marah.

Mak ku pantas berjalan ke bilik. Langsung tidak mahu cuba memahami aku. Ayahku yang berwajah belas kasihan melihat tingkahku, meletakkan tangannya di bahu kananku. Menenteramkan perasaanku barangkali.

“apa masalah adik yang adik sampai tak boleh nak bagitahu sangat kepada kami?” soal ayahku

“adik tak boleh. Bukan adik tak nak bagitahu. Tapi adik tak mampu. Ayah maafkan adik”bicaraku sambil mengambil tangan kanan ayahku lalu menciumnya.

Ayahku menggosok lembut kepalaku.

“adik fikirlah baik-baik. Minta pertolongan pada Allah. Apa jalan ini yang terbaik atau pilihan adik yang terbaik. Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan rancangan Allah jugalah sebaik-baik perancangan”bicara ayahku lalu turut masuk ke dalam bilik membiarkan aku di ruang tamu sendiri.

Memberi masa untuk aku bersendirian bagi memikirkan semula apa yang sedang terjadi sekarang. Mencari kebaikkan di dalam setiap ujian ciptaan-Nya.

Esoknya aku pulang semula ke rumahku. Rumah aku dan Fariz. Rumah yang kami beli bersama sebagai tanda kesetiaan kepada cinta kami. Rumah yang menjadi perhubung agar aku dan Fariz kekal bersama.

Perlahan-lahan kakiku melangkah memasuki rumah kami. Teringat saat pertama kali kami melangkah masuk ke dalam rumah ini.

“saya akan selama-lamanya cintakan abang seorang. Tidak akan ada orang lain selain abang selepas ini” bicaraku.

“abang akan cintakan sayang selama-lamanya sehingga maut memisahkan kita. Itu janji abang” bicara Fariz pula.

Kami saling berpelukkan. Ikrar yang termeterai antara kami saat menjejaki ke rumah ini masih segar di dalam ingatanku. Aku menangis sendiri. Ujian ini terlalu berat untukku. Lebih-lebih lagi setelah Fariz datang ke dalam hidupku lalu memberi ketenangan di jiwaku setelah lama aku menderita dan memberontak sendirian.

Aku berlari ke tingkat atas. Menyelumbungi diri di dalam selimut. Baring di atas katil yang menjadi saksi cinta kami. Sekali lagi aku menangis dan menjerit sendirian. Melepaskan segala terkanan yang terbuku di hati

Untuk apakah ujian ini setelah Engkau uji aku dengan rasa yang tak mampu aku tempis walau sekuat mana aku cuba menidakkannya?

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Enjin kereta dimatikan dan bunyi tapak kaki yang menghampiri ruang bilik semakin kedengaran. Seseorang membuka pintu.

“sayang kenapa ni?” soal Fariz apabila melihat aku baring sambil menyelebungi seluruh tubuhku dengan selimut.

Fariz berjalan perlahan menghampiriku lalu duduk di sebelahku. Menarik sedikit selimut agar kelihatan wajahku. Aku pantas bangun lalu memeluknya erat.

“abang. Jom kita pergi dari sini. Lari dari sini. Keluar negara dan tak akan kembali semula ke sini” bicaraku dalam serak suara akibat tangisanku tadi.

“kenapa ni sayang? Cuba sayang bertenang. Terangkan kepada abang satu persatu. Apa yang dah terjadi bila sayang balik kampung?” soal Fariz risau.

“mak. Mak suruh saya berkahwin dengan perempuan yang datang merisik saya”bicaraku

Fariz diam buat seketika. Dia memandang wajahku lama. Tangannya mula menyentuh wajahku. Mengusapnya lembut. Ada air mata yang bertakung di wajahnya.

“bukankah doa sayang selama ini telah dijawap oleh Allah kini?” soalnya tenang

“apa maksud abang? Saya tak faham” soalku keliru.

“abang tahu. Sayang selalu bangun tengah malam. Berdoa pada Allah agar Allah berikan sayang harapan untuk mengecap kebahagian yang sayang cari selama ini.” bicara Fariz lagi

“ya, saya tahu. Tapi abanglah jawapan Allah untuk saya. Abang beri saya kebahagiaan yang saya cari”bicaraku sedikit memberontak.

“tak. Sayang silap. Kebahagiaan ini hanya pura-pura. Sayang mungkin tak akan faham sekarang tapi sayang akan faham suatu hari nanti” bicara Fariz sambil menyentuh lembut bibirku dengan ibu jarinya.

Aku menepis tangannya. Jiwaku sedikit memberontak. Fariz seolah-olah tidak mencintaiku selama ini. Cinta yang pernah dilontarkan kepadaku selama ini seakan satu pembohongan.

“jadi selama ini abang tak cintakan saya? Cinta abang selama ini hanyalah satu kepura-puraan” marahku.

“tidak. Abang terlalu cintakan sayang. Terlalu sangat sehingga sanggup melepaskan sayang untuk sesuatu yang lebih baik buat sayang” bicara Fariz jujur.

“jadi kenapa dengan mudah abang lepaskan saya begitu saja?” soalku marah

“siapa kata mudah untuk abang lepaskan sayang? Sejak abang kenal sayang. Abang mula belajar apa itu cinta yang sebenar”

“cinta adalah untuk bersama-sama sehingga ke Jannah maka apa-apa yang membawa perasaan cinta lari dari tujuan itu, itu bukan cinta tapi nafsu. Abang terlalu sayangkan sayang. Cinta kita benar tapi tindakkan kita salah. Abang sayangkan sayang. Abang ingin bawa sayang ke Jannah-Nya tapi Allah lebih mengetahui bahawa jalan ini salah”

Sekali lagi air mataku tumpah. Aku menangis di bahunya. Dia memelukku erat. Kami saling berpelukkan. Cinta itu terlalu mahal harganya untuk orang seperti kami.

Sejak aku menikahi wanita yang merisikku itu, aku mula menutup pintu hatiku pada mana-mana lelaki. Seperti janji kami dulu, aku akan mencintainya seorang. Tiada selepasnya.

Aku tak nak mempertaruhkan cintaku antara sesama jantina pada mana-mana lelaki selain dia. Cukuplah dia seorang. Walau bukan yang pertama namun cukup untuk yang terakhir. Aku mencintainya. Sungguh. Biar Allah sahaja yang tahu sedalam mana cintaku padanya.

Kerna itu, aku memaksa diriku untuk berhenti dari mencintai mana-mana lelaki selepas perkahwinan kami. Aku akan setia. Pada si dia(Fariz) yang melepasku kerana cinta kami pada-Nya dan pada si dia(isteriku) yang selamanya tidak akan mengetahui masa silamku.

Aku akan tetap terus mencintai Fariz walaupun kami tidak lagi berhubung sejak kali terakhir kami berjumpa di majlis persandingan aku. Manakala isteriku, akan ku berikan sepenuh kasih sayangku kepadanya. Menyayanginya atas dasar tanggungjawap yang harus aku pertanggungjawapkan di akhirat kelak.

***

Terasa lama olehku menunggu di luar sementara isteriku di wad bersalin. Sedang mempertaruhkan nyawanya demi sebuah nyawa baru yang bakal lahir ke dunia ini. Aku diminta tunggu di luar memandangkan masalah aku yang selalu pitam apabila melihat darah.

Zikir dan doa tidak pernah terlepas dari mulutku. Aku terlalu risau memikirkan keadaan isteri dan anakku yang bakal di lahirkan di dunia ini. Doa ku panjangkan kepada Illahi agar segala-galanya selamat.

Tidak lama kemudian, keluar jururawat yang meminta aku masuk ke wad bersalin. Bau darah menusuk hidungku membuatkan aku pening sendiri.

Seorang jururawat wanita yang memakai penutup mulut di wajahnya menyerahkan aku sesuatu yang dibungkus dengan kain putih. Kelihatan sesusuk tubuh kecil dengan mata masih terpejam berada di dalam bungkusan kain putih itu.

Menggeletar tanganku ingin mengambilnya dari jururawat tersebut. Hatiku terasa sebak. Sebuah nyawa baru kini berada di dalam pelukkanku. Sebuah anugerah yang tidak pernah terfikir olehku untuk memilikinya dulu.

Kini Allah anugerahkan dia. Memberi aku sebuah harapan. Agar aku bisa mendidik dia mengenal tuhannya. Tuhannya yang tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Yang memahami penderitaan hamba-Nya lebih dari hamba-Nya sendiri.

Ya. Aku menangis pada saat aku mengazankan si kecil ini. Mungkin pada pandangan mereka yang melihatku, aku menangis kesyukuran tapi jauh di sudut hatiku. Ada bermacam rasa yang mula menjengah. Si kecil ini seolah-olah memberitahu kepadaku. Bahawa Allah sekali lagi telah menjawap soalanku selama ini.

Allahu Akbar(4x)
-Allah Yang Maha Besar-

Asyhadu alla Illahaillallah(2x)
-daku  mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah-

Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah(2x)
-daku mengaku bahawasanya , Nabi Muhammad itu pesuruh Allah-

Haiyaalas solah(2x)
-marilah mendirikan solat-

Haiyaalal falah(2x)
-marilah menuju kejayaan-

Allahu Akbar(2x)
-Allah Yang Maha Besar-

La Ilahaillallah(1x)
-tiada Tuhan melainkan Allah-


AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan.


Catatan: Cerpen ini aq mulakan dengan penuh tekanan. Menghentak jiwaku sendiri. Sebuah harapan yang aq sendiri tidak yakin kewujudannya dan setelah cuba untuk menenteramkan diri aq untuk beberapa hari. Akhirnya, aq berjaya juga siapkan.
Bagi penulis, setiap penulisannya akan menghubungkan karyanya dengan jiwa penulisnya sendiri. Apa-apa yang bercanggah dengan minda penulisnya akan menghentam penulisnya sendiri(konon.. :p )


Kisah Si Aku 03: Amaran Kepada Pembaca

seharusnya aq memberikan amaran terlebih dahulu bagi sesiapa yang membaca cerpen2 kepunyaanku ini,
yups,
cerpen2 aq bukanlah untuk menggalakkan lagi kegiatan plu ini,
ia lebih kepada membuat kita berfikir sejenak,
mengkaitkan plu dengan sebuah ujian,
menghubungkan ujian dengan penciptanya,
memberi sebuah harapan,
yang aq sendiri tidak yakin mampu mencapainya,

kerana bagi aq,
setiap yang menulis akan dipertanggungjawapkan di akhirat kelak,
setiap penulis, sedikit atau banyak akan menyentuh jiwa pembacanya,
menjadikan pembacanya berfikir untuk bertindak atau tidak,
so, aq tak nak tulisan ku menjadi asbab untuk aq ke nerakanya,
kerana aq juga pendosa,
telah terlalu banyak dosa yang aq lakukan,
so, setiap perakhiran cerita aq,
ia tak pernah berpihak pada sebuah kisah yang happy ending,
well, at least untuk kisah antara dua jiwa yang terlarang,

sekali lagi aku memberi amaran,
ini hanya kisah imaginasiku,
sebuah imaginasi pada kisah yang tenat,
semoga ada jiwa yang tersentuh.
semoga dengannya ada yang memperolehi harapan,
walau untuk diri aq sendiri itu mustahil,
aq berharap,
akan ada nanti,
pembaca cerpenku,
memiliki sebuah harapan,
untuk terus berjihad dengan hidupnya...

Wednesday, 2 December 2015

Cerpen 03: Jiwa Yang Terpelihara


Diukir pada: 1/12/2015
Diukir oleh: Batu Jalanan


“Arghhhh” aku menjerit sebaik sahaja aku terbangun dari tidurku.

Mana tidaknya. Mimpi basah aku adalah bersama dengan lelaki. Kau rasa?

Aku pantas menyambar telefon yang berada di atas meja belajar yang berdekatan denganku.
Mendail satu nombor yang telah lama aku simpan di dalam senarai panggilan.

Bunyi yang keluar dari panggilan menandakan aku perlu menunggu sebelum penerima disebelah sana mengangkat telefonnya membuatkan aku tertiba terasa panas hati.

Lama terasa oleh aku untuk menunggu bunyi itu berhenti.

“nombor yang anda…” belum sempat suara operator yang telah diprogramkan itu habis aku pantas mematikan panggilan.

Jiwaku panas lalu aku menyambar tuala yang sengaja aku sangkutkan di belakang pintu sambil berjalan ke bilik air. Aku perlu mandi.

Sampai sahaja di sekolah, aku pantas berjumpa dengan kawanku yang juga menjadi punca aku menjadi panas dari sejak aku bangun tidur lagi.

Sebaik sahaja aku ternampak kelibatnya sedang duduk-duduk di kerusi, aku pantas berjalan ke arahnya. Menarik kolar bajunya dan membawa wajahnya dekat dengan aku.

“wey, video apa kau bagi semalam,sial?” marahku dengan suara yang tertahan-tahan.

“well, you know what” bicara kawan aku dengan loghat english pelatnya.

Aish, ni aku bagi sedas memang k.o juga budak ni.

“yang kau nak marah-marah ni dah kenapa?” soal kawan aku pula.

“sebab…” bicaraku terhenti.

Semua orang di dalam kelas sedang memandang ke arah kami.

“Dan itulah permulaan aku mula tahu apa itu dunia PLU. Full stop” bicaraku sambil menamatkan ceritaku.

Semua orang yang asyik mendengar ceritaku mengeluh. Nampak macam suspen rupanya hampeh.

Tiba-tiba satu tangan memukul kepalaku kasar.

“apa ni,abang?” soalku tak puas hati kepada senior yang telah aku anggap macam abangku sendiri.

Namanya Adam (bukan nama sebenar).

“ko jangan nak main-mainlah. Ko ingat dunia PLU ni ko boleh main masuk dan keluar sesuka hati ko?” soal abang dengan wajahnya yang serius sambil menatap wajahku.

“relaxlah abang. Kalau saya main-main tak adalah saya join abang dengan kawan-kawan kat sini” bicaraku pula.

“aku bukannya apa. Mostly mereka yang PLU ni dambakan kasih sayang seorang lelaki. Tapi bila kau masuk terlalu dalam, kau akan mula keliru. Antara cinta dan nafsu pun kau dah tak tahu bezakan. Ketika itu kau tak akan sedar yang kau dah kehilangan sesuatu” bicara abang sambil berjalan menutup tingkap yang terbuka.

“kenapa abang cakap macam tu?” soal aku keliru.

“sebab aku sayangkan ko” bicara abang sambil mengosok-gosok kepalaku.

Aku pantas membetulkan rambutku yang kusut disebabkan tindakan abang. Well,bagi aku penampilan sangat penting. Aku pun nak nampak smart depan rakanku yang PLU.

***

“wey, apa ni?!!” soal abang Adam dengan suara marah yang bagiku agak kuat.

Gugup jantungku.  Aku pantas memandang ke arah abang Adam. Ditangannya terdapat telefon milikku. Tahulah aku yang abang Adam telah membaca mesej di dalam telefonku.

“kenapa apa? Apa yang abang marah-marah sangatkan ni?” soalku hairan.

“kau berwhatassp dengan sapa ni? Sampai nak keluar jumpa bagai. Kau kenal dia pun tak sampai seminggu.” Bicara abang Adam sambil duduk di birai katil aku.

Barangkali bagi menenangkan dirinya sendiri.

“kawan je lah abang. Kenal kat pr. Relaxlah abang. Jumpa untuk borak-borak kosong je” bicaraku sambil membetulkan bajuku.

Abang Adam pantas menarik tanganku. Membawa wajahku ke arahnya. Memaksa aku memberi perhatian kepada apa yang ingin dia sampaikan.

“kau ni masih muda. Umur baru 22 tahun. Kau tak tahu lagi dunia PLU ni sebenarnya macam mana. Kau mungkin rasa seronok. Tak perlu risau-risau macam dunia normal. Tapi kau tahu tak bahaya dia hampir sama dengan dunia normal?” soal abang Adam serius.

“abang ni suka cakap sekerat-sekeratlah. Saya tak faham” soalku memberontak.

“kau tahu tak selain keluar tengok wayang, borak-borak and etc. Apa sebenarnya yang PLU nak?” soal abang Adam lagi.

“saya tahulah yang itu!” soalku marah.

Abang Adam terlalu mengongkong hidup aku.

“so, kau nak serahkan maruah kau macam tu saja?” soal abang Adam sambil menarik daguku memaksa aku mendongak sambil memandangnya.

“apa maruah-maruah ni. Saya bukan perempuanlah” jawapku sambil menepis tangan abang Adam.

Abang Adam tergelak kecil.

“apa kau ingat lelaki tak ada maruah? Eh, muka jambu macam kau mungkin ramai PLU yang rebut nak kau tapi kau perlu ingat, jika kau terlalu banyak menerima, kau akan kehilangan diri kau. Tak ada beza lelaki dan perempuan apabila ianya melibatkan maruah cuma bezanya perempuan boleh mengandung tapi kau tak. Macam mana pun itu bukan alasan kau untuk kau serahkan maruah kau macam “touch n go”.” bicara abang Adam serius.

“ah, abang tak faham saya. Tak faham perasaan saya yang sangat inginkan kasih sayang dari lelaki” bicaraku sayu.

“aku terlalu faham. Sangat faham sebab tu aku tahu. Sebab tu aku nasihatkan kau” bicara abang Adam pula.

“abang bukan saya!” bicaraku memberontak.

Abang Adam memandang wajahku lama sebelum berkata, “ abang pernah berharap. Abang adalah kau. Berada di tempat kau sekarang yang mempunyai seseorang yang akan menegur abang sebelum semuanya terlambat. I always wish I was you”.

“tapi kenapa?” soal aku sebelum abang Adam beredar dari situ.

“ sebab aku HIV positive. Tapi bukan sebab itu yang membuat aku menyesal sehingga sekarang tapi disebabkan apa yang aku dah kehilangan dulu” bicara abang Adam lalu keluar dari bilikku.

Aku terduduk di birai katil. Mengambil telefonku lalu menaipkan sesuatu.

‘sorry, saya tak dapat datang’

Kelihatan blue tick dihujung mesej tersebut. Ada perkataan typing di atasnya. Aku tidak menunggu. Segera mencampak semula telefon tersebut di atas katil lalu berjalan ke tandas.  


***

Beberapa bulan berlalu sejak aku dapat tahu abang Adam ada virus di dalam badan dia. Mula-mula aku terkesan dengan nasihat abang Adam tapi lama-lama perangai gatal aku datang semula.

PLU jambu macam aku mana boleh solo lama-lama. Terasa sunyi(konon).

Aku mula kenal dengan seseorang ini di tempat aku belajar. Dia pun PLU macam aku. Dia kata dia dah lama usha aku. Aku pun on jerlah memandangkan kami belajar di tempat yang sama. Setidak-tidaknya dia bukanlah orang asing yang aku kenal di mana-mana laman PLU. Bagiku tak salah sekiranya aku mahu ada seseorang yang istimewa yang akan menemaniku sepanjang hidupku.

Lalu aku menerimanya, aku kira ini cinta. Itu apa yang aku fikir bahawa itu adalah apa yang aku rasa. Ya, cuma rasa. Rasa yang tak pasti. Rasa yang ya atau tidak. Rasa-rasa biasa itu yang aku tidak sedar bakal menjerumuskan aku ke lembah kebinasaan.

Aku dibawa ke rumahnya. Aku kira aku dah bersedia untuk berikan segala-galanya pada seseorang yang aku rasa dia adalah insan teristimewaku. Masuk sahaja ke rumahnya, aku terperanjat. Ada 2 lagi kawannya sedang berdiri sambil memandang ke arahku.

Entah kenapa badanku menjadi seram sejuk. Seolah-olah aku tahu apa yang bakal berlaku terhadap diriku. Aku masih teruna. Untuk menerima daripada 3 orang lelaki sekaligus. Aku kira itu dah cukup membuatkan aku belajar apa itu maruah dan kecewa.

Badanku mengeletar dengan sendirinya. Aku cuba melarikan diri namun pintu telah dikunci rapat oleh teman lelakiku itu. Aku cuba berfikiran waras dalam keadaan badanku diramas oleh 3 orang lelaki.

Nafasku tersekat-sekat apabila 3 bibir bergilir-gilir menciumku rakus. Aku cuba mencuri nafas untuk bersuara.

“tan…das” bicaraku sukar.

“kenapa?”soal kekasihku itu

“saya nak mandi dulu. Nak wangi-wangi sebelum bersama dengan awak dan rakan-rakan awak” jawapku pantas.

Mereka semua tergelak kecil lalu mula melepaskan aku.

“ok tapi jangan lama-lama. Nanti kami rindu” bicara kekasihku.

Aku pantas memasuki bilik air yang terdapat di ruang bawah rumah mereka.

Tanganku yang mengeletar ku paksa untuk menekan-nekan nombor yang menghubungkan aku dengan abang Adam.

Panggilan bersahut, “abang..abang..tolong saya abang” rayuku sukar.

Terasa tekakku kering. Aku semakin sukar untuk bersuara.

“kau kat mana?” soal abang Adam risau.

“tak tahu. Saya tak tahu, saya kat mana” jawapku.

Fikiran aku terlalu serabut untuk mengingat semula dimana aku berada sekarang.

“kau hantar lokasi kat aku” bicara abang Adam.

Pintu bilik air tiba-tiba diketuk.

“lama lagi ke,sayang?” soal suara dari luar

“sekejap” bicaraku sambil menamatkan talian.

Aku pantas menghantar lokasi ke abang Adam. Berdoa agar abang Adam dapat mencariku dengan pantas. Ya, aku berdoa untuk perkara yang aku tak nak sedangkan dulu inilah yang aku inginkan.

Aku keluar dari bilik air dalam keadaan badan masih basah kerana kekasihku tidak menyediakan tuala untuk aku(tak guna punya kekasih). Baju aku,aku pakai semula menyebabkan baju aku turut basah dengan air yang menitik-nitik dari rambutku.

Aku lihat mereka bertiga sedang menunggu ku di ruang tamu. Narita berwarna merah bercorak kulit kuda belang terbuka luas. Kekasihku membawa aku ke ruang tamu. Sekali lagi bibirku diratah 3 orang sekaligus. Penat aku melayan 3 orang sekaligus. Badanku dibaringkan sebelum pintu rumah tiba-tiba diketuk kasar.

Aku menolak mereka yang berada di atas badanku lalu pantas berlari ke arah pintu. Sebaik sahaja pintu tersebut dibuka, kelihatan abang Adam berdiri tegak sambil memandang ke arahku dalam keadaan marah. Dia menarik tanganku kasar.

“sorry, aku bawa budak tak guna ni balik dulu” bicara abang Adam kepada mereka-mereka yang melihat abang Adam dengan wajah takut.

Sebenarnya aku nak marah dengan ayat ‘budak tak guna’ tapi aku lebih takutkan dengan reaksi abang Adam. Aku hanya mengikuti abang Adam ke keretanya. Sepanjang perjalanan kami hanya mendiamkan diri.

“kau ni, bodoh ke apa?”soal abang Adam dalam nada menahan marah

“maaf, saya bersalah” jawapku.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak jawap aku ni apa. Nak kata aku ni bodoh, cgpa aku 3.5 above setiap sem.

“kau ni dah kenapa? Kau rasa dunia PLU ni sekadar hubungan fizikal antara lelaki dengan lelaki ke? Kalau macam tu lah pandangan kau, baik kau jadi pelacur je. Tak ada beza kau dengan mereka” bicara abang Adam lagi.

Dadaku terasa sebak. Kata-kata abang Adam menguris perasaanku. Aku hanya mendambakan kasih sayang dari seorang lelaki. Salah ke?

“kau perlu tahu. Pandai bezakan. Perasaan kau tu sebab kau suka lelaki atau sekadar mahu puaskan nafsu. Aku tahu, susah untuk kau bezakan. Bagi manusia normal, mereka boleh di ikat dengan perkahwinan tapi bagi PLU tak ada ikatan yang nyata. So, boleh tak kau jadi bijak sikit?” bicara abang Adam

“bab maruah sama saja antara lelaki dengan perempuan. Mereka yang normal ada je yang tak kahwin. Menahan nafsu. Kita ni hidup bukan sekadar PLU atau straight. Banyak lagi perkara yang perlu kita fikirkan. Sedangkan hidup kita ni sekejap sahaja. Kalau kau tak boleh tahan, puasalah. Anggap itu sedekah kau untuk diri kau. Sedekah yang paling sukar tapi besar manfaatnya untuk kau. Kau ingat Allah tak kira itu sebagai jihad?”

“lagi satu aku nak nasihatkan kat kau. Jangan jadikan perkahwinan sebagai satu cara untuk kau lari dari realiti sekiranya kau tak bersedia. Itu namanya zalim. Kau sendiri tahu bukan bagaimana Allah membalas mereka yang zalim terhadap binatang,inikan pula manusia”

“Dah, aku malas nak cakap panjang-panjang. Kau fikir-fikirkanlah” bicara abang Adam lalu memasang koleksi nyanyian lagu Naruto di radio kereta miliknya.

Aku memandang ke luar tingkap, termenung sambil mengingati semula peristiwa hari ini. Kata-kata abang Adam masih bermain-main di mindaku. Kedengaran abang Adam menyanyi kuat lagu-lagu Naruto tersebut.

***

“so, mana abang Adam sekarang?”soal junior ku

“dia dah meninggal. Bukan sebab penyakit dia tapi sebab kemalangan 3 tahun lepas” jawapku.

“macam mana dengan hidup abang sekarang?” soal juniorku lagi

Aku tersenyum ikhlas,

“abang masih berjihad dengan hidup abang” bicaraku sambil berlalu meninggalkan mereka.

Earphone ku pasangkan di kiri dan kanan telingaku. Lagu ‘Pasti Sempurna’ nyanyian Kristal feat Hyper Act mula kedengaran.

Ada waktu sukar mengejar mu
Moga tabah sabar bersama mu
Jauh ku diluar sana
Mendoa dikau bahagia
Yakini dirimu
Pasti sempurna
Harapan semoga dirimu dilindungi
Sinar rahmat bahagia
Jalan mu lurus dan
Kekal berjaya di redhai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini
Diperlukan namun tiada
Doa dan harapan
Hanya mampu ku utus bersama
Kusematkan azimat kenangan
Menemani jiwa kehilangan
Menghapus segala resah
Mendorong dikala hiba
Teguhlah jiwamu
Selama-lama



AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan. 




Saturday, 28 November 2015

Kisah Si Aku 02: Hati Yang Tersentuh

td aq keluar, gi jln2 di mall..
sementara menunggu azan mahgrib, aq duduk diluar surau mall..
melihat-lihat mnusia yg sedang sibuk dgn urusan dunia mreka..
kekadang hatiku mnjerit..
meminta ada antara mreka perasan akn kehadiranku..
xlama cuma sebentar..
skdar mahu mreka tahu bahawa aq juga insan yg wujud..
lalu hatiku terdetik..
mungkin itu juga apa yg Allah rsa..
melihat hambanya..
yg sibuk dgn urusan dunia..
sesekali Dia mahu hambanya 'memandang' ke arahNya semula..
kerna Allah terlalu rindu kpd kita smua..
terlalu sngt rindu..
mungkin sbb itu Dia beri kita ujian..
agar kita memandang kepadaNya setelah terlalu lama kita memandang kebawah..
ya, mungkin juga..

***





Wednesday, 11 November 2015

Cerpen 02: Kesilapan

Terukir pada: 10/11/2015
Diukir oleh: Batu Jalanan

Aku berjalan perlahan-lahan menaiki tangga ke tingkat atas menuju ke bumbung. Tempat yang dulunya sering menjadi tempat untuk aku lepak dan merehatkan diri. Hari ini aku datang lagi tapi dengan luka yang parah. Perlahan kakiku menampak sebaik sahaja tiba di atas bumbung tersebut. Aku memandang ke atas, melihat langit biru yang mentarinya ditutupi awan petang. Tenang dan mendamaikan, air mataku mengalir. Tanpa aku sedari, aku telahpun terbaring di situ tidak sedarkan diri.

###

8 tahun sebelumnya.

“Hoi, sini. Sini. Pass bola tu kat aku” jerit salah seorang budak-budak yang sedang bermain bola sepak di padang tidak jauh dari tempatku.

Aku yang sedang baring-baring di atas bumbung tidak langsung terkesan dengan jerit pekik mereka-mereka yang sedang bermain bola sepak itu. Aku terasa tenang di atas ini berseorangan.

Angin petang yang meniup lembut, aku biarkan ianya menampar-nampar tubuhku. Baju sekolah ku beralun mengikut pergerakkan angin. Langit biru yang menutupi cahaya mentari menjadikan petang tersebut terasa sejuk dan mendamaikan.

Aku terlelap seketika sebelum pintu ke atas bumbung terbuka secara tiba-tiba. Seseorang yang aku kira lelaki dewasa keluar dari pintu tersebut. Aku terbangun dari perbaringanku, memandang lelaki dewasa tersebut untuk seketika dan kemudian membaringkan badanku semula.

“Oh, ada orang rupanya” bicara lelaki dewasa tersebut.

Aku hanya diam membisu lalu mengambil topi yang sering aku pakai membawa ke wajahku lalu menutupinya. Seolah-olah memberitahu kepada lelaki dewasa tersebut bahawa aku tidak mahu diganggu.

Lelaki dewasa tersebut berjalan perlahan-lahan menghampiriku lalu duduk di sebelahku. Aku masih begitu, tidak langsung berganjak. Mataku ku tutup serapatnya, memaksa diriku untuk terlena tanpa menghiraukan lelaki asing yang tiba-tiba sahaja menjelma di tempat yang seingatku hanya aku sahaja yang perasan akan kewujudan tempat ini.  

“tak sangka ya ada orang yang jumpa tempat ini juga” bicara lelaki dewasa tersebut yang cuba untuk beramah mesra denganku.

Aku memusingkan badan ke arah bertentangan dengan lelaki dewasa tersebut. Berbual dengan orang dewasa apatah lagi orang asing yang terlalu asing denganku bukan minatku. Aku tak suka.

“dulu pak cik suka juga lepak kat sini. Baring-baring sambil baca manga. Kekadang pak cik lepak kat sini bila rasa mengantuk dalam kelas atau bila pak cik tak ada mood nak belajar. Merata cikgu pak cik time tu cari pak cik ke hulu ke hilir. Pak cik kat atas ni cuma gelakkan je tengok cikgu pak cik cari pak cik” bicara lelaki dewasa tersebut.

“ada satu hari tu, pak cik tertidur sampai ke malam…” bicara lelaki dewasa tersebut terhenti.

Dia kemudiannya menghampiriku lalu mengambil topi yang menutupi wajahku. Aku pantas bangun untuk merampasnya semula namun belum sempat aku berbuat demikian, lelaki dewasa tersebut terlebih dahulu menyembunyikan topi tersebut di belakang badannya. Aku memandangnya dengan raut wajah yang menahan marah. Marah kerana tidurku diganggu.

Lelaki dewasa itu tersenyum ke arahku  lalu berkata, “jom, malam ni datang lagi ke sini. Pak cik tunggu sampai awak datang. Ada sesuatu yang pak cik nak tunjukkan”.

Aku memandangnya seketika tanpa sebarang jawapan lalu pantas membaringkan tubuhku. Malas melayan orang asing yang tidak pandai berlakon asing dengan orang asing yang baru dikenalinya.

“datang, jangan tak datang” bicaranya sambil memakaikan semula aku topi kepunyaan aku.

Lelaki dewasa tersebut kemudiannya berlalu meninggalkan aku keseorangan di situ. Aku hanya mengekori langkahnya dengan ekor mataku.

“gila” bicaraku sebelum aku melelapkan mata untuk menyambung tidurku.

***

Aku memandang ke atas, melihat bumbung tempat aku selalu lepak ketika waktu petang.

Nafasku yang turun naik disebabkan bermain kerja-kerja dengan pak cik pengawal sekolah tadi ku biarkan begitu. Aku kemudiannya, menampak kaki menaiki satu persatu tangga menunju ke atas bumbung tersebut.

Sebenarnya, aku sendiri tidak menyangka bahawa aku akan datang ke sini pada waktu malam malah dapat pakej bermain kerja-kerja dengan pak cik pengawal sekolah. Terima kasih kepada lelaki dewasa asing yang aku jumpa siang tadi memberi idea untuk aku datang ke sini.

Well, sebenarnya aku lari dari rumah apabila melihat ibu bapaku bergaduh kerana kesilapan mereka yang telah mereka lakukan sedari aku kecil dibangkitkan semula pada hari ini hanya semata-mata sekeping resit yang terjatuh dari kocek baju. Aku sebenarnya dah lama tahu bahawa kedua ibubapaku mempunyai teman istimewa di sebalik kehidupan mereka yang nampak normal.

Namun, seperti menyembunyikan sampah yang busuk. Akhirnya bau tersebut dapat dihidu. Ternyata masing-masing termakan umpan sendiri. Aku yang ketika itu baru berumur 12 tahun menjadi mangsa kebencian mereka.

Aku dibiarkan sendirian. Perasaan kekeluargaan yang aku miliki selama ini hancur sekelip mata hanya disebabkan sekeping tiket wayang. Aku kehilangan kasih seorang ibu. Aku kehilangan pelindungan seorang ayah. Masing-masing membuat haluan sendiri. Walaupun mereka tak bercerai, namun pergaduhan sering terjadi.

Aku kemudiannya membuka pintu yang menjadi pemisah antara aku dan bumbung. Entah bila aku dah sampai ke sini pun aku tak sedar. Aku berjalan keluar dari pintu tersebut. Memandang ke atas dan melihat bintang-bintang di langit.

Mataku terbuka luas, mulutku terkunci. Permandangan yang indah telah mengkagumkan aku. Aku seolah-olah sedang terapung di cendiakawan di kelilingi oleh kedipan bintang-bintang. Lantai yang masih basah dengan air hujan petang tadi menjadikan tempat aku berpijak memantulkan semula cahaya bintang tersebut menyebabkan seolah-olah aku benar-benar terapung-apung di angkasawan.

“Bang” bunyi pintu terbuka dengan kuat dan nafas orang yang tercungap-cungap mengembalikan aku ke alam sedar. Badanku pantas berpaling ke arah pintu yang terbuka secara tiba-tiba.

Lelaki dewasa tersebut keluar darinya dengan termengah-mengah. Mungkin dia juga dikejar pak cik pengawal sekolahku, agakku.

“Fuh” bicaranya sambil mengibas-ngibas bajunya yang basah dengan peluh.

Dia kemudiannya memandangku sambil tersenyum lalu berkata, “awal sampai”.

Aku pantas memandang ke arah lain. Menyembunyikan wajahku yang berona merah menahan malu. Dadaku berombak kencang. Entah kenapa aku rasa gembira dengan saat ini. Melihat wajah lelaki dewasa tersebut yang kepenatan menyebabkan aku ingin tergelak namun aku tahannya di dalam hati.

Aku pantas duduk di tempat yang telah kering dari air hujan. Lelaki dewasa tersebut yang telah stabil nafasnya berjalan menghampiriku lalu duduk sambil meletakkan barang seperti bakul di hadapanku.

Sebaik sahaja dia membuka bakul tersebut, kelihatan di dalamnya berterabur dengan air kopi yang tertumpah dan roti yang telah basah dengan rendaman air kopi. Aku dapat bayangkan bagaimana dia bermain kejar-kejar dengan pak cik pengawal sambil di tangannya tergenggam bakul berisi makanan.
Buat pertama kalinya, aku tergelak dengan kehadiran orang asing ini.

“eh, orang tua. Apa yang kau nak buat sebenarnya” bicaraku sambil menyambung ketawaku yang masih berbaki.

Sejak dari hari itu, seminggu sekali kami akan berjumpa di tempat yang sama iaitu di atas bumbung ini. Aku senang bercerita dan berbual dengan lelaki dewasa asing ini. Dia tidaklah sekolot seperti seseorang yang seumur dengannya. Dia juga pandai membuatkan aku ketawa dengan caranya yang tersendiri.

Pada satu hari, aku menelefonnya pada pukul 2 pagi. Meminta agar dia menemuiku pada waktu itu. Aku tahu itu adalah waktu yang tidak wajar bagi aku menelefon seseorang yang telah berkeluarga. 

Namun, ketika itu aku sangat terdesak memerlukan seseorang. Ibu bapaku yang sering bergaduh pada setiap malam akhirnya menemui titik nokhtah. Mereka tekad membuat keputusan untuk berpisah.

Aku yang keliru dan tidak tahu pada siapa harus ku hamparkan kesedihanku hanya terfikir tentang lelaki dewasa itu. Lelaki dewasa itu yang tidak banyak bertanya pantas keluar dari rumahnya dan menemui aku di simpang jalan sambil bersandar pada tiang-tiang pembahagi jalan.

Dia berlari menghampiriku, tidak bertanya atau berbuat apa-apa. Sekadar berdiri sambil memandangku. Aku masih begitu, menundukkan wajahku. Langsung tidak memandang ke arah lelaki dewasa tersebut walaupun dia telah berlari ke sini hanya kerana aku menelefonnya tadi.

Kami berdua diam sebelum air mataku perlahan-lahan tumpah membasahi wajahku. Dia pantas meraut tubuhku dan memelukku erat. Sambil berkata, “tak mengapa. Lepaskan segala-galanya. Dah terlalu lama iqmal bertahan”.

Hanya dengan bicara seringkas itu membuatkan tangisku semakin kedengaran. Aku meraut baju lelaki dewasa itu erat. Merapatkan lagi wajahku ke bahunya. Menangis semahunya. Melepaskan segalanya. Segala-gala yang aku pendam semenjak semuanya bukan milik aku lagi.

Malam itu dia menghabiskan masanya dengan menemani aku. Memastikan bahawa aku tidak berseorangan pada malam penuh luka itu.

Setelah perasaanku reda buat seketika, kami seperti biasa pergi ke atas bumbung tempat kegemaranku dan juga lelaki dewasa itu. Kami tidak berborak hanya sekadar duduk-duduk sahaja dan tanpa ku sedar, aku telahpun terlelap di bahunya.

Semenjak peristiwa malam itu, lelaki dewasa itu sentiasa mengambil berat akan perihalku. Menjaga dan mendidikku seperti anaknya sendiri. Aku terasa bahagia sehinggalah pada hari aku dan anaknya tamat persekolahan.

Aku menjenguk ke bawah, melihat ibu bapa berpeluk-pelukkan dengan anak mereka setelah keputusan SPM diumumkan. Aku memandang tanpa perasaan. Slip peperiksaan yang tertera 10 A+ ditanganku, ku lipat-lipat dan memasukkannya ke dalam poket. Tidak pernah sesekali slip seperti itu mempunyai nilai bagi keluargaku. Sekali lagi aku hanya memandang tanpa perasaan.

Pandangan liarku terhenti pada sesusuk tubuh yang aku kenali. Lelaki dewasa itu bersama dengan anaknya yang juga sedang menunggu giliran untuk mengambil slip peperiksaan SPM. Aku melihat mereka sedang berbisik-bisik dan kemudiannya saling tergelak. Menunjukkan betapa bahagianya mereka sekeluarga. Aku memandang tanpa perasaan yang jelas.

Lelaki dewasa itu kemudiannya memandang ke atas. Mata kami bertembung. Dia tersenyum ke arah ku sambil melambai-lambai ke arahku. Aku memandang tanpa sebarang reaksi. Tidak langsung membalas lambaian lelaki dewasa tersebut.

Anaknya disebelah menjeling tajam ke arahku. Menarik tangan ayahnya untuk ke tempat mengambil slip keputusan SPM. Sekali lagi aku mengekori tingkah mereka tanpa sebarang perasaan.

Sebaik sahaja keputusan peperiksaan berada di tangan anak perempuan lelaki dewasa tersebut. Mereka saling berpelukkan. Lelaki dewasa itu kemudiannya mengusap lembut kepala anak perempuannya. Sekali lagi lelaki dewasa itu memandang ke atas , tempat aku berada lalu tersenyum ke arahku.

Lelaki dewasa itu kemudiannya berkata sesuatu kepada anak perempuannya lalu berjalan pergi meninggalkannya. Entah apa yang mereka berbualkan pun aku tak tahu, tapi yang pasti sebaik sahaja lelaki dewasa tersebut beredar, anak perempuannya sekali lagi memandang ku dengan pandangan marah.

‘dah, ko kenapa perempuan?” desis hatiku.

Tanpa sebarang reaksi, langsung tak terkesan dengan tingkah laku anak perempuan lelaki dewasa itu, aku pantas mengalihkan wajahku. Berjalan pergi untuk turun dari tempat ini sebelum langkahku terhenti apabila pintu ke bumbung tersebut tiba-tiba sahaja terbuka.

Keluar lelaki dewasa itu dari situ. Aku tersenyum sinis.

“eh, orang tua. Kenapa tak kasi pecah je pintu tu” ngomel ku.

Seperti biasa lelaki dewasa tersebut hanya tersenyum, berjalan menghampiriku lalu dengan tidak semena-menanya memelukku.

“Tahniah, tahniah” ucap lelaki dewasa itu beberapa kali.

Dia kemudiannya mengusap halus kepalaku, perilaku yang sama yang dilakukan kepada anak perempuannya. Aku memandangnya pelik.

“eh, lelaki tua. Dari mana kau tahu result aku?” soalku hairan

“tak tahu pun sebenarnya. Tapi apapun resultnya, iqmal dah cuba yang terbaik. Dan itulah yang terbaik dari yang terbaik” bicara lelaki dewasa itu menyebabkan aku pula pening nak fahamkan maksudnya.

“well, apa result iqmal?” soal lelaki dewasa itu.

Aku mengeluarkan kertas yang telah ku lipat-lipatkan di dalam kocek seluarku lalu ku hulurkan kepadanya.

Sekali lagi ucapan tahniah dilontarkan kepadaku.

“hebat iqmal. Anak pak cik pun kalah. Dapat 6 A+ tapi Alhamdulillah” bicara lelaki dewasa tersebut lalu sekali lagi mengusap kepalaku.

“ok, baiklah pak cik pergi dulu. Semoga kita akan berjumpa di masa hadapan” bicara lelaki dewasa itu setelah menyerahkan semula slip keputusan SPM itu kepada ku.

Lelaki dewasa itu memelukku seketika tanda salam perpisahan sebelum beredar dari situ. Aku memandangnya pergi tanpa sebarang perasaan sebelum kakiku secara tiba-tiba berlari ke pagar yang mengelilingi kawasan bumbung tersebut.

Aku melihatnya pergi bersama keluarganya. Sisa ketawa masih merekah di bibir mereka. Jiwaku meruntun cemburu. Aku juga ingin begitu. Punyai seseorang yang bahagia dengan kebahagianku. Punyai seseorang yang duka dengan kesedihaku. Seseorang yang dapat aku kongsikan rasa.

Melihat lelaki dewasa itu beredar, membuatkan jiwaku pedih. Aku seolah-olah kehilangan segalanya-galanya. Segalanya-galanya yang semenjak dari awal sememangnnya bukan milik aku. Jiwaku melontar permintaan yang tamak. Aku memandang mereka dengan matlamat yang jelas.

Ya, suatu hari nanti aku pasti akan rampas lelaki dewasa itu dari mereka. Tidak peduli pada kesan yang bakal aku cipta. Kerna mindaku punya satu tujuan. Lelaki dewasa itu harus aku miliki. Aku tak mahu keseorangan. Tidak sekali lagi!

“berbahagialah orang tua. Suatu hari nanti kau milik aku” desis suara kegelapan yang menyelumbungi diriku.

***

“hoi, orang tua” tegur ku.

Hari ini hari pertama aku berdaftar di universiti X ini, begitu juga dengan anak perempuannya. Sebenarnya dari jauh lagi aku perasan akan kehadirannya, tapi sengaja memilih ketika lelaki dewasa itu sendirian baru aku menegurnya.

Semenjak dari hari itu, aku mula mengorak langkah. Sengaja aku menelefonnya setiap hari dan kemudian berhenti menelefonnya untuk beberapa minggu. Itu cara aku membuat hidupnya terganggu tanpa aku.

 Aku juga memastikan bahawa setiap hujung minggu kami akan berjumpa. Apabila cuti semester bermula, ada sahaja alasan yang aku berikan kepada lelaki dewasa itu untuk bercuti bersama denganku. Itu pula cara aku untuk kurangkan masanya bersama keluarga. Membawa hubungan lelaki dewasa itu lebih jauh dari keluarganya.

Perkara ini berulang sehinggalah aku hampir tamat belajar. Dan kemuncaknya apabila aku dengan sengaja menelefonnya pada waktu malam meminta dia datang ke satu tempat. Dia yang seperti biasa tidak banyak bertanya pantas datang ke tempat yang diberitahu.

Aku duduk di birai katil sambil menunggu lelaki dewasa itu datang. Kedengaran seseorang membuka pintu bilik hotel yang sengaja aku tempah untuk malam itu. Muncul lelaki dewasa itu dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku dapat agak bahawa dia berlari ke sini.

Pandanganku ku tunduk. Seolah-olah aku punyai masalah yang tak dapat diungkap. Lelaki dewasa itu kemudiannya melabuhkan kedua belah lututnya dihadapanku. Diam dan tidak berkata apa-apa sambil memandang ke arahku.

Aku kemudiannya memeluknya secara tiba-tiba. Berpura-pura mengalirkan air mata. Lelaki dewasa itu kemudiannya membalas pelukkan ku. Dia keliru dan aku. Aku tersenyum jahat. Perlahan-lahan ku bawa bibirku ke bibirnya. Kami bercium buat seketika sebelum dia menolak kasar bahuku. Aku terkejut sedikit walau hakikatnya aku dah bersedia untuk itu.

Lelaki dewasa itu pantas bangun untuk beredar dari situ sebelum kakinya terhenti untuk mendengar bicaraku.

“kenapa? Kenapa semua orang nak tinggalkan aku? Kenapa semua orang benci aku?” soalku dengan linangan air mata.

“bukan semua orang bencikan iqmal. Akan ada nanti seseorang yang tak akan tinggalkan iqmal” bicara lelaki dewasa itu.

“bila nanti tu? Setahun? Dua tahun? Sampai bila aku perlu tunggu?” soalku lagi

“iqmal perlu banyak bersabar” bicara lelaki dewasa itu lagi.

“bersabar?” soalku sambil tergelak kecil

“kenapa kau, orang tua tak boleh bersabar dengan aku?!” soalku marah

Lelaki dewasa itu kemudiannya berjalan menghampiriku semula. Memandangku yang sedang terbaring sambil menutup wajahku dengan kedua belah tangan.

“jadi iqmal mahu apa?” soal lelaki dewasa itu pula

Aku bangun lalu memeluknya erat.

“tidur bersama aku. Atleast untuk sekali ini sahaja. Sebagai bukti bahawa kau, orang tua tak akan tinggalkan aku. Tak akan biarkan aku sendirian seperti ibu bapa ku” rayu ku di dalam pelukkannya.

“tapi iqmal…” bicara lelaki dewasa itu tanpa membalas pelukkanku

“kenapa? Sebab aku lelaki. Aku tak boleh layan kau macam perempuan layan kau?” soalku 
memandang wajahnya tepat ke dalam berbola matanya.

“tak cuma..”bicara lelaki dewasa itu terputus apabila aku menciumnya

“jangan tinggalkan aku. Aku tak ada sesiapa selain kau, orang tua” pintaku.

Dengan reaksi penuh rasa bersalah, lelaki dewasa itu membawa tubuhku ke katil. Malam itu menjadi saksi buat pertama kali kami bersama. Suara kegelapan aku menyuarakan rasa ghairah. Pertama kali aku dan lelaki dewasa itu berhubung secara fizikal. Akhirnya, air mataku mengalir kebahagiaan.

Untuk hari-hari seterusnya, aku tak melepaskan lelaki dewasa itu begitu sahaja. Ya, malam itu malam pertama kami tapi bukan malam terakhir kerana untuk hal-hal yang seterusnya, aku membolak-balikkan perasaannya agar kami tidur bersama lagi. Bukan sekali, bukan 2 kali tapi entah ke berapa kali. Aku memastikan bahawa dia ketagih dengan tubuhku.

Hal ini berterusan sehinggalah pada kisah aku dipertemukan dengan anak perempuan lelaki dewasa itu.

Selepas bersama dengan lelaki dewasa itu pada malamnya, dia kemudiannya meminta diri untuk pulang ke rumahnya pada siangnya. Aku menghantarnya ke muka pintu. Kami berkucupan sebelum dia beredar dari situ.

Tidak lama kemudian, seseorang mengetuk pintu rumahku. Aku membukanya tanpa rasa curiga. Kelihatan anak perempuan lelaki dewasa itu berdiri di hadapan rumahku. Matanya ku lihat merah dengan kesan tangis. Entah berapa lama dia menangis, aku pun tak dapat nak menganggarkannya kerana sebaik sahaja dia melihat wajahku. Pantas sahaja satu tumbukan tepat mengenai mukaku. Aku jatuh terduduk sambil mengeran kesakitan.

“kau dah kenapa,gila?” soalku marah

Dia mencampak beberapa keping gambar tepat ke wajahku. Kelihatan gambar-gambar tersebut terdapat aku dan lelaki dewasa itu sedang berjalan bersama. Salah satu gambar tersebut menampakkan keadaan dimana kami berkucupan di dalam kereta. Ok, yang itu gempak.

“so?” soalku tergelak.

Well, aku sebenarnya agak takut sekiranya gambar ini tersebar. Bukan kerana persepsi orang ramai terhadap hubungan kami tapi kerana aku yakin lelaki dewasa itu pasti akan pergi dalam hidup aku.

Perempuan itu kemudiannya duduk di atas badanku menyebabkan aku rasa senak. Kolar bajuku di genggam erat lalu ditarik menghampirinya. Aku menutup mataku sebagai persediaan sekiranya dia hendak menumbuk mukaku untuk kali ke-2.

“kau, kahwin dengan aku” bicara perempuan itu membuatkan mataku terbuka luas. Aku terkejut.

“kahwin dengan kau?” soalku tergelak.

Permintaan yang bagi aku sangat pelik.

“Ya, kahwin dengan aku. Itu adalah balas dendam yang terbaik untuk korang” marah perempuan itu.

“aku tak paham” ujarku keliru.

“ya, balas dendam. Supaya kau. Kau yang perampas kebahagian orang lain ni boleh belajar untuk melihat tanpa menyentuh. Mencintai tanpa memiliki. Aku akan pastikan kau merasai sakitnya dengan hanya melihat” bicaranya penuh marah.

Perempuan itu kemudiannya menyambung lagi, “dan aku akan pastikan ayah aku akan rasa bersalah sepanjang hidupnya. Melihat anaknya bersama dengan lelaki perampas macam kau ni”

“aku akan pastikan korang rasa apa yang aku rasa sehingga korang mati” bicara perempuan itu dengan amarah yang tak tertahan lalu melepaskan kolar bajuku.

Dia kemudiannya bangun untuk beredar dari situ sebelum langkahnya terhenti.

“kalau aku tak setuju” bicaraku sengaja memprovoknya.

“aku akan pastikan hidup kau sehancur-hancurnya.” Bicara perempuan itu lalu berlalu keluar dari rumahku.

Aku tergelak kecil.

“apa kau ingat dengan mengahwini kau akan membuatkan aku berhenti dari lakukan apa yang aku sedang lakukan. Kau silap. Itu satu peluang untuk aku” desis suara kegelapanku.

Aku kemudiannya ketawa seperti orang gila. Seolah-olah pengembala yang menjumpai air di padang pasir.

###

Ya, itulah apa yang aku fikirkan ketika itu. Satu peluang sehinggakan aku pengsan di atas bumbung setelah mengetahui sebuah hakikat. Hakikat yang menghentam aku keseluruhannya.

Perlahan-lahan aku membuka mataku, sinar cahaya dari lampu kalimantan menusuk memasuki mataku membuatkan aku silau untuk seketika. Aku memerhati sekeliling untuk memastikan dimana aku berada.

Setelah memerhatikan keadaan sekeliling, tahulah aku bahawa aku berada di wad pesakit.  Seseorang berada di kerusi sebelah katil ku, lelaki dewasa itu memandangku dengan cemas.

“iqmal macam mana, ok k?” soal lelaki dewasa itu

Aku cuba membangunkan diriku, bersandar pada palang katil beralaskan batal. Lelaki dewasa itu membantuku.

Aku memandang ke bawah. Lama kami berdiam. Peristiwa beberapa jam yang lepas masih memberi kesan kepada kami. Aku dan lelaki dewasa itu sedang berasmara di rumah aku. Atau lebih tepat lagi rumah aku dan anak perempuannya memandangkan kami dah 3 tahun kahwin.

Hakikatnya kami dah lama buat projek yang sama walaupun setelah aku menikahi anak perempuannya. Lelaki dewasa tersebut pada asalnya menolak namun kerana layanan aku kepadanya membuatkan dia cair dengan tubuhku.

Kami bersama entah ke berapa kali semenjak aku dan anak perempuannya disatukan. Kami pandai merancang peluang. Tidak pernah hubungan kami disyaki oleh sesiapa sehinggalah pada hari ini. 

Pada waktu petang ketika aku mahu keluar dari bilikku untuk membasahkan tekak yang kekeringan.
Aku terperanjat, begitu juga lelaki dewasa itu. Anak perempuannya berdiri terpacak di hadapan bilik. Mukanya penuh dengan reaksi marah.

“tak guna” marah perempuan itu sambil tangannya di angkat untuk menumbukku.

Aku pantas menahan.

“What? What?!” marahku semula.

“kau yang nak sangat kahwin dengan aku kan? Kau yang nak sangat balas dendam kan? Kenapa? Sekarang kau rasa menyesal sebab aku gunakan peluang ni untuk mengintimkan hubungan kitaorang”soalku bertubi-tubi kepada perempuan itu.

Perempuan itu terduduk manakala lelaki dewasa itu walaupun aku tak melihat wajahnya tapi aku tahu bertapa terkejutnya dia. Lebih-lebih lagi mengetahui bahawa anaknya telah lama tahu tentang hubungan kami. Dan lebih membuatnya pedih apabila anaknya sanggup berkahwin dengan aku walaupun mengetahui perkara sebenar. Lelaki dewasa itu terpaku. Tidak mampu berkata apa-apa.

Hanya aku yang mengawal keadaan kerana ini semua apa yang aku inginkan. Aku tak mahu keseorangan lagi. Tidak apabila kedua ibu bapaku telahpun melepaskan aku semenjak aku habis sekolah.

“balas dendam?” bicara perempuan itu lalu tergelak kecil.

“itu jer ke yang awak rasa apa yang saya buat selama ini adalah untuk balas dendam? Pernah tak awak terfikir kenapa saya sanggup pertaruhkan kehidupan saya semata-mata hanya untuk balas dendam?” soal perempuan itu.

Pandangannya masih kebawah. Menunduk sambil tangannya digenggam. Seolah-olah cuba untuk tak berkata sesuatu yang sepatutnya dia perkatakan dah lama dulu. Menahan agar tiada sesiapa yang terluka. Mungkin dah tiba masanya untuk aku tahu isi hatinya. Merungkai persoalan yang bermain di mindaku semenjak aku menikahinya lalu sekali lagi aku mencabar kesabarannya.

“sebab kau bodoh” jawapku kasar.

Sengaja aku tidak berlaku lembut dengannya. Kali ini aku ingin membiarkan dia meluahkan segala-galanya. Segala-gala perkara yang aku tak pernah paham semenjak dia memilih aku menjadi suaminya. Untuk apa?

Dia tergelak kecil sebelum menjawab, “ya, sebab aku bodoh”.

“bodoh untuk menanggung kesilapan korang. Aku terlalu sayangkan ayah aku. Dia seorang ayah yang baik sebelum jumpa kau. Tapi semenjak dia jumpa kau, hubungan ayah dan ibu retak. Hampir setiap hari bergaduh. Pada awalnya aku tak paham kenapa mereka bergaduh sehinggalah aku lihat sendiri bagaimana ayahku gembira apabila melihat kau ketika result SPM dulu. Wajah kegembiraan yang tak pernah lagi terpancar untuk kami sekeluarga. Tahniah, kau berjaya merampasnya dari kami” 

“tapi ketika itu aku masih tak paham sehinggalah satu hari ditakdirkan aku tersempak dengan korang. Itulah waktu aku tangkap gambar-gambar yang aku pernah lemparkan kat kau. Pada mulanya aku ingin mengugut hubungan korang supaya korang berhenti tapi aku ubah fikiran…”

“ayah aku walaupun seorang ayah yang baik tapi dia tak terlepas dari kesilapan. Dan kesilapannya adalah bertemu kau. Aku yakin jauh di sudut hatinya, jiwanya penuh penyesalan atas dosa-dosa yang dia lakukan. Buktinya hampir setiap malam dia akan bangun dan menangis di tikar sejadah tapi aku tahu, sekuat manapun dia cuba. Dia tak akan boleh tinggalkan kau sebab…”

“kau tahu? Semenjak ayahku jumpa kau, dia sering ceritakan pasal kau dekat aku. Sebabnya mudah. Kita sekelas. Dia sering menyuruh aku berborak-borak dengan kau kerana katanya kau seorang yang sunyi dan tidak punya sesuatu yang aku miliki. Mula-mula aku tak paham tapi lama-lama aku mulai tahu keadaan keluarga kau.”

“dan itulah kebodohan aku yang kedua. Memisahkan kau dengan ayah aku akan membawa kau ke ambang kesunyian yang amat. Aku tahu tiada siapa mahu ditinggalkan sendirian di dunia ini. Jadi aku memilih untuk berkahwin dengan kau dengan harapan kau faham bahawa kau tidak keseorangan. Menanggung kesilapan kau agar kau boleh memahami bahawa dunia tidak terlalu kejam untuk kau. Kalaulah kau boleh memahami tetapi aku silap… “

“balas dendam. Ya, balas dendam ini menjadikan luka antara kita semua semakin parah. Betul kata kau, aku seorang yang bodoh”

Aku terpaku, tidak mampu berbuat apa-apa. Sukar untuk aku menghadam semua yang berlaku ini. Semua perkara yang aku buat adalah semata-mata untuk memiliki sesuatu yang aku tak boleh miliki. Aku merasakan dunia ini terlalu kejam kerana hanya membiarkan mereka yang terpilih merasai nikmat yang tak pernah dapat aku capai. Lalu aku merosakkan kebahagian seseorang. Menghancurkan mereka sehancurnya.

Aku kira perbuatanku tak salah. Bukankah semua orang berhak untuk berusaha memiliki sesuatu yang mereka inginkan. Lalu aku mulai lupa, ada perkara yang tak mungkin aku perolehi walau aku berusaha kuat ke arahnya. Ya, perempuan di depanku ini faham pada saat fikiran ku masih budak-budak. Lalu dia memilih untuk menanggung semua kesilapanku. Kesilapan ayahnya.

Tanpa arah tujuan, aku berjalan keluar dari rumah tersebut. Jujur, aku tak sanggup berhadapan dengan kesilapanku sendiri. Tanpa aku sedar, aku telahpun disini. Di wad pesakit.

“aku.. aku minta maaf” bicaraku memulakan perbualan.

“tak..”bicara lelaki dewasa itu sedikit terperanjat.

“aku minta maaf dan aku juga nak minta izin untuk bawa dia pergi. Kalau dia masih sudi. Aku tak tahu berapa lama mungkin setahun, mungkin 5 tahun, mungkin bertahun-tahun. Aku tak boleh janji. Selagi mana aku tak bersedia, aku tak akan kembali” bicaraku

Lelaki dewasa itu sekadar mengangguk. Merestui tindakanku. Mungkin lelaki dewasa itu faham bahawa aku perlukan waktu. Lelaki dewasa itu kemudiannya keluar lalu masuk anak perempuannya.

Dia memandangku tanpa emosi lalu duduk di tempat lelaki dewasa tadi.

“awak. Saya minta maaf” bicaraku sambil mencapai tangannya.

“saya akan pergi jauh dari sini. Saya tak tahu berapa lama. Mungkin bertahun-tahun. Dan untuk itu, saya perlukan awak. Sekiranya awak sudi. Masih kuat untuk bersama saya. Saya mahu bawa awak pergi. Agar kita nanti boleh sama-sama kembali semula ke sini” bicaraku lalu mencium tangannya.

Kelihatan air matanya mengalir dari pelupuk matanya. Membasahi wajahnya. Dia tersenyum ke arahku. Lalu mengangguk tanda setuju.

Aku pantas memeluknya lalu tanpa ku paksa, air mataku mengalir membasahi bajunya.

Dia perempuan yang kuat. Sanggup menanggung kesilapan kami. Melihat realiti dengan rasa simpati. Memahami tanpa perlu dipaksa. Lalu memilih untuk tetap bersama aku. Kerna dia juga merasai. Memahami. Kesilapan-kesilapan aku dan ayahnya.

“terima kasih. Terima kasih kerna menjadi kuat. Menanggung segala kesilapan kami.”






AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan.