Diukir pada: 1/12/2015
Diukir oleh: Batu Jalanan
“Arghhhh” aku menjerit sebaik sahaja aku terbangun dari
tidurku.
Mana tidaknya. Mimpi basah aku adalah bersama dengan lelaki.
Kau rasa?
Aku pantas menyambar telefon yang berada di atas meja
belajar yang berdekatan denganku.
Mendail satu nombor yang telah lama aku simpan di dalam
senarai panggilan.
Bunyi yang keluar dari panggilan menandakan aku perlu
menunggu sebelum penerima disebelah sana mengangkat telefonnya membuatkan aku
tertiba terasa panas hati.
Lama terasa oleh aku untuk menunggu bunyi itu berhenti.
“nombor yang anda…” belum sempat suara operator yang telah
diprogramkan itu habis aku pantas mematikan panggilan.
Jiwaku panas lalu aku menyambar tuala yang sengaja aku
sangkutkan di belakang pintu sambil berjalan ke bilik air. Aku perlu mandi.
Sampai sahaja di sekolah, aku pantas berjumpa dengan kawanku
yang juga menjadi punca aku menjadi panas dari sejak aku bangun tidur lagi.
Sebaik sahaja aku ternampak kelibatnya sedang duduk-duduk di
kerusi, aku pantas berjalan ke arahnya. Menarik kolar bajunya dan membawa
wajahnya dekat dengan aku.
“wey, video apa kau bagi semalam,sial?” marahku dengan suara
yang tertahan-tahan.
“well, you know what” bicara kawan aku dengan loghat english
pelatnya.
Aish, ni aku bagi sedas memang k.o juga budak ni.
“yang kau nak marah-marah ni dah kenapa?” soal kawan aku
pula.
“sebab…” bicaraku terhenti.
Semua orang di dalam kelas sedang memandang ke arah kami.
“Dan itulah permulaan aku mula tahu apa itu dunia PLU. Full stop”
bicaraku sambil menamatkan ceritaku.
Semua orang yang asyik mendengar ceritaku mengeluh. Nampak macam
suspen rupanya hampeh.
Tiba-tiba satu tangan memukul kepalaku kasar.
“apa ni,abang?” soalku tak puas hati kepada senior yang
telah aku anggap macam abangku sendiri.
Namanya Adam (bukan nama sebenar).
“ko jangan nak main-mainlah. Ko ingat dunia PLU ni ko boleh
main masuk dan keluar sesuka hati ko?” soal abang dengan wajahnya yang serius
sambil menatap wajahku.
“relaxlah abang. Kalau saya main-main tak adalah saya join
abang dengan kawan-kawan kat sini” bicaraku pula.
“aku bukannya apa. Mostly mereka yang PLU ni dambakan kasih
sayang seorang lelaki. Tapi bila kau masuk terlalu dalam, kau akan mula keliru.
Antara cinta dan nafsu pun kau dah tak tahu bezakan. Ketika itu kau tak akan
sedar yang kau dah kehilangan sesuatu” bicara abang sambil berjalan menutup
tingkap yang terbuka.
“kenapa abang cakap macam tu?” soal aku keliru.
“sebab aku sayangkan ko” bicara abang sambil mengosok-gosok
kepalaku.
Aku pantas membetulkan rambutku yang kusut disebabkan
tindakan abang. Well,bagi aku penampilan sangat penting. Aku pun nak nampak smart
depan rakanku yang PLU.
***
“wey, apa ni?!!” soal abang Adam dengan suara marah yang
bagiku agak kuat.
Gugup jantungku. Aku pantas
memandang ke arah abang Adam. Ditangannya terdapat telefon milikku. Tahulah aku
yang abang Adam telah membaca mesej di dalam telefonku.
“kenapa apa? Apa yang abang marah-marah sangatkan ni?”
soalku hairan.
“kau berwhatassp dengan sapa ni? Sampai nak keluar jumpa
bagai. Kau kenal dia pun tak sampai seminggu.” Bicara abang Adam sambil duduk
di birai katil aku.
Barangkali bagi menenangkan dirinya sendiri.
“kawan je lah abang. Kenal kat pr. Relaxlah abang. Jumpa untuk
borak-borak kosong je” bicaraku sambil membetulkan bajuku.
Abang Adam pantas menarik tanganku. Membawa wajahku ke
arahnya. Memaksa aku memberi perhatian kepada apa yang ingin dia sampaikan.
“kau ni masih muda. Umur baru 22 tahun. Kau tak tahu lagi
dunia PLU ni sebenarnya macam mana. Kau mungkin rasa seronok. Tak perlu
risau-risau macam dunia normal. Tapi kau tahu tak bahaya dia hampir sama dengan
dunia normal?” soal abang Adam serius.
“abang ni suka cakap sekerat-sekeratlah. Saya tak faham”
soalku memberontak.
“kau tahu tak selain keluar tengok wayang, borak-borak and etc.
Apa sebenarnya yang PLU nak?” soal abang Adam lagi.
“saya tahulah yang itu!” soalku marah.
Abang Adam terlalu mengongkong hidup aku.
“so, kau nak serahkan maruah kau macam tu saja?” soal abang
Adam sambil menarik daguku memaksa aku mendongak sambil memandangnya.
“apa maruah-maruah ni. Saya bukan perempuanlah” jawapku
sambil menepis tangan abang Adam.
Abang Adam tergelak kecil.
“apa kau ingat lelaki tak ada maruah? Eh, muka jambu macam kau
mungkin ramai PLU yang rebut nak kau tapi kau perlu ingat, jika kau terlalu
banyak menerima, kau akan kehilangan diri kau. Tak ada beza lelaki dan
perempuan apabila ianya melibatkan maruah cuma bezanya perempuan boleh
mengandung tapi kau tak. Macam mana pun itu bukan alasan kau untuk kau serahkan
maruah kau macam “touch n go”.” bicara abang Adam serius.
“ah, abang tak faham saya. Tak faham perasaan saya yang
sangat inginkan kasih sayang dari lelaki” bicaraku sayu.
“aku terlalu faham. Sangat faham sebab tu aku tahu. Sebab tu
aku nasihatkan kau” bicara abang Adam pula.
“abang bukan saya!” bicaraku memberontak.
Abang Adam memandang wajahku lama sebelum berkata, “ abang
pernah berharap. Abang adalah kau. Berada di tempat kau sekarang yang mempunyai
seseorang yang akan menegur abang sebelum semuanya terlambat. I always wish I
was you”.
“tapi kenapa?” soal aku sebelum abang Adam beredar dari
situ.
“ sebab aku HIV positive. Tapi bukan sebab itu yang membuat
aku menyesal sehingga sekarang tapi disebabkan apa yang aku dah kehilangan dulu”
bicara abang Adam lalu keluar dari bilikku.
Aku terduduk di birai katil. Mengambil telefonku lalu
menaipkan sesuatu.
‘sorry, saya tak dapat datang’
Kelihatan blue tick dihujung mesej tersebut. Ada perkataan
typing di atasnya. Aku tidak menunggu. Segera mencampak semula telefon tersebut
di atas katil lalu berjalan ke tandas.
***
Beberapa bulan berlalu sejak aku dapat tahu abang Adam ada
virus di dalam badan dia. Mula-mula aku terkesan dengan nasihat abang Adam tapi
lama-lama perangai gatal aku datang semula.
PLU jambu macam aku mana boleh solo lama-lama. Terasa sunyi(konon).
Aku mula kenal dengan seseorang ini di tempat aku belajar. Dia
pun PLU macam aku. Dia kata dia dah lama usha aku. Aku pun on jerlah
memandangkan kami belajar di tempat yang sama. Setidak-tidaknya dia bukanlah orang
asing yang aku kenal di mana-mana laman PLU. Bagiku tak salah sekiranya aku mahu
ada seseorang yang istimewa yang akan menemaniku sepanjang hidupku.
Lalu aku menerimanya, aku kira ini cinta. Itu apa yang aku
fikir bahawa itu adalah apa yang aku rasa. Ya, cuma rasa. Rasa yang tak pasti. Rasa
yang ya atau tidak. Rasa-rasa biasa itu yang aku tidak sedar bakal menjerumuskan
aku ke lembah kebinasaan.
Aku dibawa ke rumahnya. Aku kira aku dah bersedia untuk
berikan segala-galanya pada seseorang yang aku rasa dia adalah insan
teristimewaku. Masuk sahaja ke rumahnya, aku terperanjat. Ada 2 lagi kawannya
sedang berdiri sambil memandang ke arahku.
Entah kenapa badanku menjadi seram sejuk. Seolah-olah aku
tahu apa yang bakal berlaku terhadap diriku. Aku masih teruna. Untuk menerima
daripada 3 orang lelaki sekaligus. Aku kira itu dah cukup membuatkan aku
belajar apa itu maruah dan kecewa.
Badanku mengeletar dengan sendirinya. Aku cuba melarikan
diri namun pintu telah dikunci rapat oleh teman lelakiku itu. Aku cuba
berfikiran waras dalam keadaan badanku diramas oleh 3 orang lelaki.
Nafasku tersekat-sekat apabila 3 bibir bergilir-gilir
menciumku rakus. Aku cuba mencuri nafas untuk bersuara.
“tan…das” bicaraku sukar.
“kenapa?”soal kekasihku itu
“saya nak mandi dulu. Nak wangi-wangi sebelum bersama dengan
awak dan rakan-rakan awak” jawapku pantas.
Mereka semua tergelak kecil lalu mula melepaskan aku.
“ok tapi jangan lama-lama. Nanti kami rindu” bicara
kekasihku.
Aku pantas memasuki bilik air yang terdapat di ruang bawah
rumah mereka.
Tanganku yang mengeletar ku paksa untuk menekan-nekan nombor
yang menghubungkan aku dengan abang Adam.
Panggilan bersahut, “abang..abang..tolong saya abang” rayuku
sukar.
Terasa tekakku kering. Aku semakin sukar untuk bersuara.
“kau kat mana?” soal abang Adam risau.
“tak tahu. Saya tak tahu, saya kat mana” jawapku.
Fikiran aku terlalu serabut untuk mengingat semula dimana
aku berada sekarang.
“kau hantar lokasi kat aku” bicara abang Adam.
Pintu bilik air tiba-tiba diketuk.
“lama lagi ke,sayang?” soal suara dari luar
“sekejap” bicaraku sambil menamatkan talian.
Aku pantas menghantar lokasi ke abang Adam. Berdoa agar
abang Adam dapat mencariku dengan pantas. Ya, aku berdoa untuk perkara yang aku
tak nak sedangkan dulu inilah yang aku inginkan.
Aku keluar dari bilik air dalam keadaan badan masih basah
kerana kekasihku tidak menyediakan tuala untuk aku(tak guna punya kekasih). Baju
aku,aku pakai semula menyebabkan baju aku turut basah dengan air yang
menitik-nitik dari rambutku.
Aku lihat mereka bertiga sedang menunggu ku di ruang tamu. Narita
berwarna merah bercorak kulit kuda belang terbuka luas. Kekasihku membawa aku
ke ruang tamu. Sekali lagi bibirku diratah 3 orang sekaligus. Penat aku melayan
3 orang sekaligus. Badanku dibaringkan sebelum pintu rumah tiba-tiba diketuk
kasar.
Aku menolak mereka yang berada di atas badanku lalu pantas
berlari ke arah pintu. Sebaik sahaja pintu tersebut dibuka, kelihatan abang
Adam berdiri tegak sambil memandang ke arahku dalam keadaan marah. Dia menarik
tanganku kasar.
“sorry, aku bawa budak tak guna ni balik dulu” bicara abang
Adam kepada mereka-mereka yang melihat abang Adam dengan wajah takut.
Sebenarnya aku nak marah dengan ayat ‘budak tak guna’ tapi
aku lebih takutkan dengan reaksi abang Adam. Aku hanya mengikuti abang Adam ke
keretanya. Sepanjang perjalanan kami hanya mendiamkan diri.
“kau ni, bodoh ke apa?”soal abang Adam dalam nada menahan
marah
“maaf, saya bersalah” jawapku.
Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak jawap aku ni apa. Nak kata
aku ni bodoh, cgpa aku 3.5 above setiap sem.
“kau ni dah kenapa? Kau rasa dunia PLU ni sekadar hubungan
fizikal antara lelaki dengan lelaki ke? Kalau macam tu lah pandangan kau, baik
kau jadi pelacur je. Tak ada beza kau dengan mereka” bicara abang Adam lagi.
Dadaku terasa sebak. Kata-kata abang Adam menguris
perasaanku. Aku hanya mendambakan kasih sayang dari seorang lelaki. Salah ke?
“kau perlu tahu. Pandai bezakan. Perasaan kau tu sebab kau
suka lelaki atau sekadar mahu puaskan nafsu. Aku tahu, susah untuk kau bezakan.
Bagi manusia normal, mereka boleh di ikat dengan perkahwinan tapi bagi PLU tak
ada ikatan yang nyata. So, boleh tak kau jadi bijak sikit?” bicara abang Adam
“bab maruah sama saja antara lelaki dengan perempuan. Mereka
yang normal ada je yang tak kahwin. Menahan nafsu. Kita ni hidup bukan sekadar
PLU atau straight. Banyak lagi perkara yang perlu kita fikirkan. Sedangkan hidup
kita ni sekejap sahaja. Kalau kau tak boleh tahan, puasalah. Anggap itu sedekah
kau untuk diri kau. Sedekah yang paling sukar tapi besar manfaatnya untuk kau. Kau
ingat Allah tak kira itu sebagai jihad?”
“lagi satu aku nak nasihatkan kat kau. Jangan jadikan
perkahwinan sebagai satu cara untuk kau lari dari realiti sekiranya kau tak
bersedia. Itu namanya zalim. Kau sendiri tahu bukan bagaimana Allah membalas
mereka yang zalim terhadap binatang,inikan pula manusia”
“Dah, aku malas nak cakap panjang-panjang. Kau fikir-fikirkanlah”
bicara abang Adam lalu memasang koleksi nyanyian lagu Naruto di radio kereta
miliknya.
Aku memandang ke luar tingkap, termenung sambil mengingati
semula peristiwa hari ini. Kata-kata abang Adam masih bermain-main di mindaku. Kedengaran
abang Adam menyanyi kuat lagu-lagu Naruto tersebut.
***
“so, mana abang Adam sekarang?”soal junior ku
“dia dah meninggal. Bukan sebab penyakit dia tapi sebab
kemalangan 3 tahun lepas” jawapku.
“macam mana dengan hidup abang sekarang?” soal juniorku lagi
Aku tersenyum ikhlas,
“abang masih berjihad dengan hidup abang” bicaraku sambil
berlalu meninggalkan mereka.
Earphone ku pasangkan di kiri dan kanan telingaku. Lagu ‘Pasti
Sempurna’ nyanyian Kristal feat Hyper Act mula kedengaran.
Ada waktu sukar mengejar mu
Moga tabah sabar bersama mu
Jauh ku diluar sana
Mendoa dikau bahagia
Yakini dirimu
Pasti sempurna
Harapan semoga dirimu dilindungi
Sinar rahmat bahagia
Jalan mu lurus dan
Kekal berjaya di redhai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini
Diperlukan namun tiada
Doa dan harapan
Hanya mampu ku utus bersama
Kusematkan azimat kenangan
Menemani jiwa kehilangan
Menghapus segala resah
Mendorong dikala hiba
Teguhlah jiwamu
Selama-lama
AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan.
AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan.
thnx for sharing diz...
ReplyDelete1) sape Batu Jalanan?
2) mmg nk tiru ala2 yaoi ek?kikiki
3) izz is 'aku'?
hehe...nice citer...mgkin fantasi..tp mgkin btul2 kn?hehe
semua tu cite rekaan sy tp klu btul2 jd kat someone.. wallahu a'lam
Delete1) batu jalanan nama pena sy.. sy prnh brangan wktu kcik2 klu sy brjaya trbitkn buku, sy nk guna nme tu..
2) trlalu bnyk bce yaoi, smpai trikut2 lak..hohoho
3) izz xsmtinya aq..cuma sy lbh gemar guna term aq sbb lbh dekat kpd pmbace..
eh, if apa2 yg sy tulis kat ats menyakitkn hati saudra, sy mnta maaf..
Ko ni msti peminat tegar naruto kan..haha..aku dulu minat gak tp bila dh pnjg sgt episod nya x abes2 aku jd fed up..haha
ReplyDeletesape suruh saudara follow all the episode..aq pn follow bila nk dekat last2.. hohoho
Deletemmg nice..we want more..we want more..
ReplyDeletewant more ape?? hahaha
Deletebest story ni, “kau perlu tahu. Pandai bezakan. Perasaan kau tu sebab kau suka lelaki atau sekadar mahu puaskan nafsu..." well I agree to this point, desire and love are two separate things. Tapi bila cinta x hadir, nafsu yg akn menguasai..
ReplyDelete