Diukir pada: 12/12/2015
Diukir oleh: Batu Jalanan
Aku membuka tirai jendela. Memandang ke luar tingkap. Melihat budak-budak kecil sedang bermain bola sepak antara mereka. Aku tersenyum sendiri. Aku sukakan budak-budak tapi keadaan aku menghalang aku dari memiliki mereka. Bukan kerana aku mandul. Bukan juga kerana aku tak mampu. Tapi kerana…
Seseorang berjalan di belakangku lalu memelukku. Mencium leher ku lalu menggigit manja. Aku melentokkan kepalaku. Membawa kepalaku ke bahunya. Pelukkan kekasihku semakin erat.
“sayang pandang apa tu?” soal Fariz kekasihku.
“tengok budak-budak main bola”ujarku.
Aku dan dia, kami sama-sama lelaki. Kami juga merupakan pasangan kekasih sejak 2 tahun yang lepas. Itulah rahsia terbesarku yang aku cuba sembunyikan dari pengetahuan semua orang termasuklah keluargaku. Itulah juga antara penyebab aku tak mungkin perolehi anak.
“sayang nak keluar malam ni?” soal Fariz lagi.
“pergi mana?” soalku pula.
“pergi jumpa kawan-kawan kita. Lepak-lepak kat kelab” jawap Fariz.
“ok. Sayang ikut abang malam ni” jawapku.
Kami berkucupan buat sementara waktu sebelum masing-masing menyiapkan diri untuk ke tempat kerja.
Malamnya kami bersiap-siap seawal 8 malam. Aku mengenakan t-shirt putih dan jeans hitam manakala Fariz berpakaian kemeja hitam dan seluar putih. Aku yang duduk di birai katil hanya memandang ke arahnya sambil menunggu dia bersiap.
Lama aku memerhatikannya sejak dari dia mengenakan pakaiannya. Ku perhatikan lengannya apabila dia melipat lengan bajunya ke paras siku. Dadaku berombak kencang. Terasa hangat nafasku.
Fariz yang sedari tadi bersiap sambil membetulkan rambutnya memandang ke arahku. Dia tersenyum lalu mengucup bibirku lembut. Aku membalas kucupannya. Dia menolak badanku lembut. Kami baring sambil dia menidihku. Kucupan kami semakin hangat sebelum aku menolak badannya.
“malam nantilah abang. Kata nak pergi makan dulu” bicaraku.
Dia mengeluh sambil menggosok-gosokkan kepalanya.
Tanganku diraut. Kami berpegangan tangan sambil berjalan ke arah kereta. Kami singgah di Restoran X. Sementara menunggu makanan sampai aku memerhatikan keadaan sekeliling. Melihat beberapa buah keluarga yang makan bersama. Pandanganku terhenti pada si anak kecil yang ligat bermain lari-lari dengan adiknya.
Dia tersandung si sebelahku. Aku mengangkatnya. Dia tersenyum ke arahku sambil mengucapkan terima kasih. Ibunya memanggilnya dan menunduk ke arahku. Mungkin meminta maaf barangkali.
“awak tak nak anak ke?” soal Fariz seakan berbisik di telingaku.
Aku memandangnya hairan.
“how?” soalku
“kita ambil anak angkat. Abang tengok sayang macam sukakan budak-budak” bicara Fariz lagi.
“tak naklah. Saya tak nak dia jadi macam kita.” Bicaraku
“maksud sayang?” soalnya hairan
“eyalah. Bersembunyi di bawah bayang-bayang sendiri. Saya tak nak dia jadi keliru. Biarlah kita saja begini. Hanya ada abang dan saya” bicaraku lagi.
Sepanjang kami berada di dalam kereta, aku meraut lengannya. Melentokkan kepalaku dibahunya. Aku terlalu sayangkan dia. Mencintainya seluruh jiwaku.
Dia bukan cinta pertamaku tapi dia cinta yang mengajar aku erti setia dan kasih antara insan walaupun sesama jantina. Aku terlalu menyayanginya.
Kereta yang dipandu Fariz meluncur laju membelah kepekatan malam. Pegangan kami aku eratkan. Aku terlalu takut kehilangannya.
***
Deringan telefon menganggu tidurku. Aku mencapai telefon yang berada di atas meja bersebelahan katilku. Ku perhatikan nama pemanggil dalam keadaan mata yang masih samar-samar akibat pancaran cahaya yang keluar darinya. Kelihatan perkataan ‘mak’ tertera di skrin telefonku.
“Assalamualaikum, mak. Ada apa call pagi-pagi ni?” soalku dalam serak suara orang yang baru bangun tidur.
“adik sibuk tak hujung minggu ni? Mak ada perkara penting nak bagitahu adik ni” bicara makku.
“Benda apanya mak? Bagitahu jelah kat sini. Adik dengar” bicaraku pula.
“adik balik rumah sekejap. Nanti kita bincangkan hal ini dengan ayah sekali” bicara makku lalu mematikan panggilan.
Faham sangat aku dengan perangai mak aku. Suka sangat matikan panggilan sebelum aku sempat membuat sebarang keputusan. Membiarkan aku terkapai-kapai tanpa mampu memberikan kata putus.
Nak atau tidak aku terpaksa balik pada hujung minggu tersebut. Fariz tidak dapat menemani ku pada kali ini kerana outstation di utara tanah air. Aku terpaksa pulang sendiri walaupun jiwaku tak rela(konon tak nak jauh-jauh dengan buah hati).
Sampai sahaja aku di rumah, kelihatan banyak kereta berada di halaman rumahku. Aku memandang hairan dengan pandangan luar biasa yang berada di depanku ini.
“ada orang meninggal ke?”desis hatiku.
Koleksi lagu naruto yang bermain di radio keretaku sejak aku bertolak ke sini ku perlahankan. Cermin tingkap aku turunkan untuk mencari-cari sekiranya masih ada tempat kosong untuk aku parkingkan kereta kecilku ini.
Kelihatan di bawah pokok rambutan tempat aku main sewaktu kecil dulu masih kosong di bawahnya. Aku memilih untuk parkingkan kereta ku di situ sahaja. Mudah untuk kereta yang banyak-banyak ini keluar nanti bila habis urusan mereka di rumahku.
Aku mematikan enjin keretaku lalu keluar dari keretaku. Kelihatan seorang wanita sedang membaca buku di dalam salah sebuah kereta yang banyak di halaman rumahku.
“cantik” desis hatiku lagi.
Sekiranya perasaan aku wujud pada seseorang yang bernama wanita sudah pasti wanita itu akan aku nikahinya. Kerana dengan reaksi dirinya yang pantas menyembunyikan wajahnya di sebalik buku yang dibaca apabila aku terpandang wajahnya membuatkan aku yakin, dia wanita yang baik-baik.
Aku kemudiannya meneruskan langkahku, mencari-cari pintu belakang untuk masuk melaluinya. Sebaik sahaja kaki aku memasuki pintu belakang yang menghubungkan aku dengan dapur, aku pantas membuka tudung saji.
Kelihatan pisang goreng dengan sambal kicap di dalam pinggan menarik minatku. Perlahan-lahan aku menarik kerusi agar tak kedengaran bunyi geserannya. Sepantas itu aku duduk dan memakannya dengan penuh selera.
Tetamu mula beransur-ansur balik dan kedengaran tapak kaki menghampiri ruang dapur. Aku membiarkan saja bunyi tersebut dan terus melahap makanan yang berada di depanku ini.
“bertuah punya anak. Bukan nak guna pintu depan. Masuk rumah sendiri pun dah macam pencuri” rungut mak ku.
Aku sekadar membiarkan saja mak ku membebel sambil berjalan menghampiri mak ku lalu bersalam dengannya. Aku memeluknya lalu mencium pipinya kiri dan kanan sambil mulut ku penuh dengan pisang goreng bersalut sambal kicap.
“ada apa mak ramai-ramai datang tu?”soalku hairan.
Aku kembali ke meja makan sambil memasukkan lagi pisang goreng cicah sambal kicap ke mulutku.
“malam nanti mak cerita. Pergilah mandi-mandi dulu. Rehatkan diri. Mak nak masak untuk makan malam dulu” bicara mak ku sambil mengambil periuk nasi yang berada di atas meja.
***
Pada malamnya sedang aku enak-enak menonton cerita naruto di tv yang telah aku download ke dalam cd, tertiba mak aku datang lalu mematikannya. Terpegun aku sekejap kerana naruto baru sahaja nak mula bertarung dengan sasuke.
Aku pantas memandang mak aku, mak aku memandang aku dengan wajah serius. Bermakna tiada kata ‘sekejap’, ‘nanti dulu’ mahupun ‘ lepas habis bab tu’. Ya, aku faham sangat dengan wajah itu. Wajah-wajah yang tidak memberi peluang untuk aku bertangguh.
Aku bangun lalu duduk di kerusi. Mak dan ayahku duduk di kerusi yang sama yang mempunyai dua tempat duduk. Aku memandang wajah mak dan ayahku silih berganti. Dadaku tertiba sahaja berombak kencang. Seperti ada sesuatu yang penting yang bakal diberitahu kepadaku pada malam itu.
“tadi. Siang tadi ada keluarga yang datang merisik.” bicara mak ku memulakan perbualan.
Kepalaku mula mengalirkan peluh. Aku sedikit keliru kerana setahu aku hanya aku seorang yang belum berkahwin dan aku tidak ada adik perempuan yang perlu dirisik oleh sesiapa memandangkan aku adalah anak bongsu.
“mak tak kenal mereka tapi mereka kata anak perempuan mereka kenal adik. Jadi, mereka datang untuk tawarkan tali pertunangan antara adik dengan anak perempuan mereka.” Bicara mak ku.
Mindaku seolah-olah tidak dapat menghadam apa yang mak aku baru sahaja beritahu. Terketar-ketar suaraku bertanya kepada mak aku, “mak..mak cakap apa dengan mereka?”
“mak dan ayah setuju. Adik pun sehingga sekarang tak pernah bagitahu kami sama ada adik ada sesiapa yang adik suka atau tidak” bicara mak ku yang membuatkan bicaraku seakan mati disitu.
Bayang-bayang wajah Fariz bermain-main di mindaku. Ketakutan mula menyelubungi jiwaku. Aku terlalu takut untuk kehilangan Fariz. Tidak pada saat aku telah terlalu mencintainya.
“mak..mak tolong batalkan pertunangan ini” rayuku menahan sebak
“kenapa? Adik dah ada pilihan adik sendiri ke? Bawa jumpa mak dan ayah, baru kami akan putuskan pertunangan ini” bicara mak ku memberi kata putus.
Sebak terasa olehku. Bagaimana harusku bagitahu mak ayahku bahawa anaknya ini berbeza? Menyukai dan menyintai seseorang yang sama jantina dengannya. Bagaimana harusku berkata? Anaknya ini telah lama derita dengan perasaannya. Telah lama cuba menempis dan menjauh tapi tetap juga rasa-rasa itu datang. Lalu anaknya telah menemui sebuah cinta. Cinta yang berjaya menenteramkan pemberontakkan di dalam jiwanya.
Aku pantas melutut di hadapan mak dan ayahku. Air mata yang aku cuba tahan sedari tadi mula mengalir perlahan menuruni wajahku.
“mak, ayah. Tolong adik. Adik tak boleh teruskan pertunangan ini. Mak dan ayah mungkin tak faham apa yang adik rasa tapi adik memang tak boleh. Adik tak boleh, mak, ayah” pintaku.
Mak bangun dari duduknya.
“adik jangan nak buat perangai. Selagi adik tak ada sebab yang kukuh untuk batalkan pertunangan ini. Mak dan ayah akan teruskan juga. Adik dah berumur 28 tahun. Sampai bila adik nak terus hidup bujang dan tengok cerita naruto sepanjang masa?” soal mak ku dalam nada yang menahan marah.
Mak ku pantas berjalan ke bilik. Langsung tidak mahu cuba memahami aku. Ayahku yang berwajah belas kasihan melihat tingkahku, meletakkan tangannya di bahu kananku. Menenteramkan perasaanku barangkali.
“apa masalah adik yang adik sampai tak boleh nak bagitahu sangat kepada kami?” soal ayahku
“adik tak boleh. Bukan adik tak nak bagitahu. Tapi adik tak mampu. Ayah maafkan adik”bicaraku sambil mengambil tangan kanan ayahku lalu menciumnya.
Ayahku menggosok lembut kepalaku.
“adik fikirlah baik-baik. Minta pertolongan pada Allah. Apa jalan ini yang terbaik atau pilihan adik yang terbaik. Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan rancangan Allah jugalah sebaik-baik perancangan”bicara ayahku lalu turut masuk ke dalam bilik membiarkan aku di ruang tamu sendiri.
Memberi masa untuk aku bersendirian bagi memikirkan semula apa yang sedang terjadi sekarang. Mencari kebaikkan di dalam setiap ujian ciptaan-Nya.
Esoknya aku pulang semula ke rumahku. Rumah aku dan Fariz. Rumah yang kami beli bersama sebagai tanda kesetiaan kepada cinta kami. Rumah yang menjadi perhubung agar aku dan Fariz kekal bersama.
Perlahan-lahan kakiku melangkah memasuki rumah kami. Teringat saat pertama kali kami melangkah masuk ke dalam rumah ini.
“saya akan selama-lamanya cintakan abang seorang. Tidak akan ada orang lain selain abang selepas ini” bicaraku.
“abang akan cintakan sayang selama-lamanya sehingga maut memisahkan kita. Itu janji abang” bicara Fariz pula.
Kami saling berpelukkan. Ikrar yang termeterai antara kami saat menjejaki ke rumah ini masih segar di dalam ingatanku. Aku menangis sendiri. Ujian ini terlalu berat untukku. Lebih-lebih lagi setelah Fariz datang ke dalam hidupku lalu memberi ketenangan di jiwaku setelah lama aku menderita dan memberontak sendirian.
Aku berlari ke tingkat atas. Menyelumbungi diri di dalam selimut. Baring di atas katil yang menjadi saksi cinta kami. Sekali lagi aku menangis dan menjerit sendirian. Melepaskan segala terkanan yang terbuku di hati
Untuk apakah ujian ini setelah Engkau uji aku dengan rasa yang tak mampu aku tempis walau sekuat mana aku cuba menidakkannya?
Untuk apakah ujian ini setelah Engkau uji aku dengan rasa yang tak mampu aku tempis walau sekuat mana aku cuba menidakkannya?
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Enjin kereta dimatikan dan bunyi tapak kaki yang menghampiri ruang bilik semakin kedengaran. Seseorang membuka pintu.
“sayang kenapa ni?” soal Fariz apabila melihat aku baring sambil menyelebungi seluruh tubuhku dengan selimut.
Fariz berjalan perlahan menghampiriku lalu duduk di sebelahku. Menarik sedikit selimut agar kelihatan wajahku. Aku pantas bangun lalu memeluknya erat.
“abang. Jom kita pergi dari sini. Lari dari sini. Keluar negara dan tak akan kembali semula ke sini” bicaraku dalam serak suara akibat tangisanku tadi.
“kenapa ni sayang? Cuba sayang bertenang. Terangkan kepada abang satu persatu. Apa yang dah terjadi bila sayang balik kampung?” soal Fariz risau.
“mak. Mak suruh saya berkahwin dengan perempuan yang datang merisik saya”bicaraku
Fariz diam buat seketika. Dia memandang wajahku lama. Tangannya mula menyentuh wajahku. Mengusapnya lembut. Ada air mata yang bertakung di wajahnya.
“bukankah doa sayang selama ini telah dijawap oleh Allah kini?” soalnya tenang
“apa maksud abang? Saya tak faham” soalku keliru.
“abang tahu. Sayang selalu bangun tengah malam. Berdoa pada Allah agar Allah berikan sayang harapan untuk mengecap kebahagian yang sayang cari selama ini.” bicara Fariz lagi
“ya, saya tahu. Tapi abanglah jawapan Allah untuk saya. Abang beri saya kebahagiaan yang saya cari”bicaraku sedikit memberontak.
“tak. Sayang silap. Kebahagiaan ini hanya pura-pura. Sayang mungkin tak akan faham sekarang tapi sayang akan faham suatu hari nanti” bicara Fariz sambil menyentuh lembut bibirku dengan ibu jarinya.
Aku menepis tangannya. Jiwaku sedikit memberontak. Fariz seolah-olah tidak mencintaiku selama ini. Cinta yang pernah dilontarkan kepadaku selama ini seakan satu pembohongan.
“jadi selama ini abang tak cintakan saya? Cinta abang selama ini hanyalah satu kepura-puraan” marahku.
“tidak. Abang terlalu cintakan sayang. Terlalu sangat sehingga sanggup melepaskan sayang untuk sesuatu yang lebih baik buat sayang” bicara Fariz jujur.
“jadi kenapa dengan mudah abang lepaskan saya begitu saja?” soalku marah
“siapa kata mudah untuk abang lepaskan sayang? Sejak abang kenal sayang. Abang mula belajar apa itu cinta yang sebenar”
“cinta adalah untuk bersama-sama sehingga ke Jannah maka apa-apa yang membawa perasaan cinta lari dari tujuan itu, itu bukan cinta tapi nafsu. Abang terlalu sayangkan sayang. Cinta kita benar tapi tindakkan kita salah. Abang sayangkan sayang. Abang ingin bawa sayang ke Jannah-Nya tapi Allah lebih mengetahui bahawa jalan ini salah”
Sekali lagi air mataku tumpah. Aku menangis di bahunya. Dia memelukku erat. Kami saling berpelukkan. Cinta itu terlalu mahal harganya untuk orang seperti kami.
Sejak aku menikahi wanita yang merisikku itu, aku mula menutup pintu hatiku pada mana-mana lelaki. Seperti janji kami dulu, aku akan mencintainya seorang. Tiada selepasnya.
Aku tak nak mempertaruhkan cintaku antara sesama jantina pada mana-mana lelaki selain dia. Cukuplah dia seorang. Walau bukan yang pertama namun cukup untuk yang terakhir. Aku mencintainya. Sungguh. Biar Allah sahaja yang tahu sedalam mana cintaku padanya.
Kerna itu, aku memaksa diriku untuk berhenti dari mencintai mana-mana lelaki selepas perkahwinan kami. Aku akan setia. Pada si dia(Fariz) yang melepasku kerana cinta kami pada-Nya dan pada si dia(isteriku) yang selamanya tidak akan mengetahui masa silamku.
Aku akan tetap terus mencintai Fariz walaupun kami tidak lagi berhubung sejak kali terakhir kami berjumpa di majlis persandingan aku. Manakala isteriku, akan ku berikan sepenuh kasih sayangku kepadanya. Menyayanginya atas dasar tanggungjawap yang harus aku pertanggungjawapkan di akhirat kelak.
***
Terasa lama olehku menunggu di luar sementara isteriku di wad bersalin. Sedang mempertaruhkan nyawanya demi sebuah nyawa baru yang bakal lahir ke dunia ini. Aku diminta tunggu di luar memandangkan masalah aku yang selalu pitam apabila melihat darah.
Zikir dan doa tidak pernah terlepas dari mulutku. Aku terlalu risau memikirkan keadaan isteri dan anakku yang bakal di lahirkan di dunia ini. Doa ku panjangkan kepada Illahi agar segala-galanya selamat.
Tidak lama kemudian, keluar jururawat yang meminta aku masuk ke wad bersalin. Bau darah menusuk hidungku membuatkan aku pening sendiri.
Seorang jururawat wanita yang memakai penutup mulut di wajahnya menyerahkan aku sesuatu yang dibungkus dengan kain putih. Kelihatan sesusuk tubuh kecil dengan mata masih terpejam berada di dalam bungkusan kain putih itu.
Menggeletar tanganku ingin mengambilnya dari jururawat tersebut. Hatiku terasa sebak. Sebuah nyawa baru kini berada di dalam pelukkanku. Sebuah anugerah yang tidak pernah terfikir olehku untuk memilikinya dulu.
Kini Allah anugerahkan dia. Memberi aku sebuah harapan. Agar aku bisa mendidik dia mengenal tuhannya. Tuhannya yang tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Yang memahami penderitaan hamba-Nya lebih dari hamba-Nya sendiri.
Ya. Aku menangis pada saat aku mengazankan si kecil ini. Mungkin pada pandangan mereka yang melihatku, aku menangis kesyukuran tapi jauh di sudut hatiku. Ada bermacam rasa yang mula menjengah. Si kecil ini seolah-olah memberitahu kepadaku. Bahawa Allah sekali lagi telah menjawap soalanku selama ini.
Allahu Akbar(4x)
-Allah Yang Maha Besar-
Asyhadu alla Illahaillallah(2x)
-daku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah-
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah(2x)
-daku mengaku bahawasanya , Nabi Muhammad itu pesuruh Allah-
Haiyaalas solah(2x)
-marilah mendirikan solat-
Haiyaalal falah(2x)
-marilah menuju kejayaan-
Allahu Akbar(2x)
-Allah Yang Maha Besar-
La Ilahaillallah(1x)
-tiada Tuhan melainkan Allah-
AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan.
Catatan: Cerpen ini aq mulakan dengan penuh tekanan. Menghentak jiwaku sendiri. Sebuah harapan yang aq sendiri tidak yakin kewujudannya dan setelah cuba untuk menenteramkan diri aq untuk beberapa hari. Akhirnya, aq berjaya juga siapkan.
Bagi penulis, setiap penulisannya akan menghubungkan karyanya dengan jiwa penulisnya sendiri. Apa-apa yang bercanggah dengan minda penulisnya akan menghentam penulisnya sendiri(konon.. :p )
Haha..naruto lagi..pape pon terbaik bro cerpen kau..kipidap
ReplyDeletehohoho..dh mcm habitat lak wujudkan naruto dimana-mana..
Deletehai izz. I've read all your cerpen. love it, tulis la cerpen lain :D
ReplyDeleteboleh jer Val Rahman.. tp sila,minta,tolong bg idea..hohoho..
Delete