Tuesday, 12 January 2016

Cerpen 05: Bukan Suami Sempurna

Diukir pada: 10/1/2015
Diukir oleh: Batu Jalanan


 “What?” soalku seakan-akan mahu menjerit.

Berita yang sampai ke telingaku seolah-olah satu perkhabaran yang tak mampu aku hadam. Aku memandang papaku dengan perasaan marah. Aku memandang mamaku dengan.. Aku pun tak tahu macam mana sebab mamaku lebih garang daripada papaku. Mungkin dengan perasaan yang mahukan sedikit belas kasihan,barangkali.

“What? What apa? Macam yang mama cakap. Mama dah tunangkan along dengan anak kawan papa. Tempoh masa yang mama berikan dah tamat” bicara mamaku tegas.

Aku hanya terdiam. Tercengang memandang mamaku. Ku fikir tempoh masa tersebut hanya sebuah permainan untuk memaksa aku segera kahwin.

Tak pernah ku jangka, kata-kata yang keluar dari mulut mamaku rupanya benar-benar terjadi. Mamaku tekad dengan tindakannya semata-mata untuk melihat aku berkahwin dan mempunyai anak. Risau sekiranya anak terunanya ini terlalu banyak bermain sehingga lanjut usia.

Aku pantas memasukki bilik tidurku. Seharian aku berkurung di dalam bilik. Marah dengan papaku yang langsung tidak membantu aku menghalang pertunangan ini. Marah dengan mamaku yang langsung tidak cuba memahami naluri aku ini.

Seharian aku berfikir. Mengerahkan segala idea ku untuk membatalkan pertunangan ini. Akhirnya, aku menemui kata putus. Sebuah tindakan yang berisiko tinggi tapi aku yakin kerjayaannya adalah 100% terjamin.

Aku pantas menghubungi perempuan yang menjadi tunangku. Menetapkan tempat dan masa perjumpaan. Aku harus segera berjumpa dengannya sebelum tarikh nikah kami yang akan berlangsung 6 bulan dari sekarang.

###

Sampai sahaja aku di sebuah café X, kelihatan dia sedang duduk-duduk sambil membaca komik naruto. Aku berjalan menghampirinya, memberi salam lalu duduk di hadapannya. Dia ku lihat menyelitkan tisu pada komik tersebut sebagai penanda sebelum menutup komik tersebut lalu di letakkan di sebelahnya.

“awak nak cakap apa?” soalnya.

“Baiklah. Aku nak bagitahu kau satu rahsia. Rahsia yang aku simpan dari pengetahuan semua orang yang mengenali aku. Rahsia dari sisi gelapku” bicaraku.

Aku menarik nafas dalam. Mengumpul segala kekuatan yang ada. Hanya ini saja caranya. Dia ku lihat memandangku dengan penuh perhatian. Memberi segala tumpuan terhadap apa yang ingin aku perkatakan.

“ok. Macam ni. Aku tak suka perempuan, aku benci perempuan dan aku tak boleh mencintai perempuan” bicaraku lagi.

Dia ku lihat memandangku dengan wajah-wajah yang keliru. Mungkin cuba mencari relevant ayat aku dengan perjumpaan ini. Ya, mungkin saja kerana selepas itu dia sekadar meminum air kopi o ais yang dia tempah sedari tadi.

“wey, kau faham tak apa yang aku cakap ni?” soalku meminta kepastian daripadanya.

“awak benci perempuan, tak suka perempuan. So?” soalnya keliru.

Aku hanya meraup wajahku. Perempuan di depanku ini bengap juga rupanya.

“Ok, biar aku ringkaskan. Aku gay. Sekarang kau dah paham kan?” soalku menahan marah.

“owh” bicara perempuan itu ringkas.

Dan kini giliran aku pula yang keliru. “Owh” itu saja? Perempuan di depan aku ini ada perasaan atau tidak.

“sekarang kau dah tahu. Aku nak kau yang putuskan pertunangan ini. Bukan aku, kau!”bicaraku sambil berlalu meninggalkan perempuan itu sendirian.

Sengaja aku mahu meletakkan beban ini padanya. Membiarkan dia yang memberi alasan untuk putuskan pertunangan ini. Aku yakin dia tidak akan membocorkan rahsiaku kepada sesiapa. Yakin? Sebenarnya aku cuma berharap. Berharap agar dia tidak menceritakan sisi gelapku ini.

Gila. Ya, tindakan aku memang sedikit gila tapi hanya ini saja caranya. Mustahil untuk aku sengaja memutuskan pertunangan ini tanpa sebarang sebab. Melarikan diri dari keadaan ini juga adalah satu perkara yang tak logik. Ia seperti tindakan budak hingusan. Meneruskan? Aku bukan sekejam itu untuk berlaku zalim terhadap perempuan sebaik dia.

Ketika aku hendak memasuki keretaku, ku lihat dia telah mula menyambung bacaannya. Aku hanya mampu menggelengkan kepalaku. Perempuan ini tiada perasaankah? 

###

Sebulan dari tarikh pernikahanku, masih tiada tanda-tanda bahawa perkahwinan ini akan dibatalkan. Aku mulai gelisah. Barang-barang hantaran dan urusan perkahwinan yang di uruskan mama ku tanpa persetujuanku telah siap tersedia.

Malah khusus kahwin yang aku dipaksa pergi dengan ugutan mamaku juga mama ku yang siapkan segala borang-borangnya. Aku? Masih begini. Menanti-nanti panggilan dari perempuan itu untuk memutuskan tali pertunangan ini.

Setelah masa semakin suntuk, aku menelefonnya buat kali ke-2. Menetapkan tempat dan masa untuk berjumpa. Dia bersetuju setelah beberapa kali aku memaksanya.  

Kami berjumpa di tempat yang sama sebelum ini, dia ku lihat masih setia dengan komik naruto ditangannya. Aku tidak membuang masa, terus sahaja ke topik perbualan kami.

“kau. Kenapa masih tak putuskan pertunangan ni?”soalku dalam nada menahan marah.

“Aku tak nak”balasnya ringkas sambil tetap meneruskan bacaannya.

Aku menarik kasar komik yang dipegangnya. Memaksa dia memberi sepenuh perhatian terhadap perkara yang sedang kami bicangkan.

“kau gila ke nak kahwin dengan orang macam aku?” soalku serius

“ya”jawapnya sambil memandang tepat ke wajahku.

Seolah-olah memberitahu bahawa dia tidak bermain-main.

“kau ni bodoh ke? Aku tak mampu nak berikan apa yang kau nak. Baik kau cari lelaki lain. Bukan untuk aku tapi untuk kebaikkan kau juga” bicaraku.

“awak. Sekiranya hidup ini tentang cinta saja. Tentu tuhan tak akan halang naluri awak tapi hidup ini lebih dari itu. Kalau saya terangkan sekarang pun awak tak akan paham sebab awak belum bersedia untuk dengar.”bicara perempuan itu lalu merampas komik dari tangan aku.

Aku memandangnya dengan rasa marah lalu pantas keluar dari café X itu. Masuk ke kereta lalu memecut laju. Rancanganku gagal. Aku menghentak stereng kereta tanda protes tapi pada siapa?

###

Aku memandang sekali lagi pada wanita yang bakal menjadi isteriku. Tanpa sebarang reaksi dia memandangku kembali. Rahsia ini hanya kami yang tahu. Hendak atau tidak kini tok kadi telah berada di hadapan mataku. Aku perlu menikahi wanita ini walaupun jiwaku sendiri meronta. Takdir tidak memihak kepadaku.   

Setelah akad di lafazkan. Dia sah menjadi milik aku. Namun, itu tidak membawa sebarang makna. Bersama dengan orang yang aku langsung tak berminat apatah lagi bernafsu padanya membuatkan perkahwinan ini terasa kosong olehku.

Kawan-kawan yang datang ramai yang mengucapkan tahniah dan aku hanya tersenyum tanpa perasaan. Tak kurang juga yang menyangkat, namun semuanya aku ambik sebagai gurauan tanpa rasa.

Sesekali isteriku cuba menyentuh lenganku, aku menepis tangannya. Menunjukkan rasa dingin. Memberi alasan rimas. Dia akur. Lalu membiarkan aku dengan caraku.

Seperti dia dan aku ketahui. Malam pertama kami seperti malam-malam biasa. Tiada yang istimewa. Aku dan dia tidur sekatil tapi cukup sekadar itu. Jujur aku tak boleh menyentuhnya sebagai kekasih. Rasa geli. Rasa pelik. Rasa-rasa yang terlalu asing.

###

Beberapa bulan selepas perkahwinan kami, aku telah mula berkenalan dengan seorang lelaki yang berjaya menarik minat ku. Aku memberi sepenuh perhatian pada lelaki tersebut. Pada fasa perkenalan kami, aku selalu pulang lewat malam semata-mata membawa lelaki itu berjalan-jalan atau makan malam bersama.

Isteriku yang setia menanti di rumah seringkali aku lihat dia tertidur di ruang tamu sambil menungguku. Aku yang melihat hanya memandang biasa-biasa. Tanpa ada rasa bersalah atau rasa prihatin kerana bagiku ini semua adalah salahnya. Dia yang meminta semua ini terjadi. Kenapa perlu aku yang rasa bersalah?

Sesekali aku terbawa rasa bahagiaku bersama dengan lelaki itu ke dalam rumah. Dia yang langsung tidak menunjukkan wajah-wajah janggal sekadar melayan ceritaku. Sesekali dia menanyakan beberapa soalan menunjukkan rasa minat. Jujur. Aku tak mengerti sama ada dia benar-benar tidak peduli atau dia berpura-pura untuk tidak kisah.

###

 Semua ini berjalan seperti biasa sehinggalah untuk beberapa bulan seterusnya. Satu hari aku pulang dengan mata merah dan fikiran yang berserabut. Dia isteriku yang perasan dengan situasi aku pantas datang ke arahku dan menanyakan keadaan aku.

“Ini semua salah kau!”marah aku kepadanya.

“kalau bukan sebab aku kahwin dengan kau. Pasti aku dapat bersama dengan kekasih aku” bicaraku.

“Kau tahu apa yang kekasih aku cakap?” soalku dalam nada menahan marah.

Dia, isteriku. Ku lihat hanya mengelengkan kepala sambil memandang ke bawah.

“Dia kata dia juga cintakan aku tapi disebabkan aku berkahwin dengan kau. Maka dia terpaksa lepaskan aku. Kau tahu tak yang aku terlalu cintakan dia. Lebih dari diri aku sendiri”bicaraku lagi.

Dia, isteriku hanya mendiamkan diri.

“kau pergi dari sini. aku tak nak tengok muka kau” marah ku.

Dia, isteriku. Bangun lalu berjalan ke dapur. Menuang air sejuk ke dalam cawan lalu diletakkan di atas meja di hadapanku. Setelah mengenakan tudung, dia pantas berjalan keluar dari rumah kami.

Aku tidak memandangnya. Belas kasihan? Jauh sekali. Aku meletakkan 100% kesalahan atas bahunya. Walau hakikatnya aku sendiri sedar bahawa dia tak pernah bersalah walau sekelumit pun. Namun, egoku dan rasa amarahku mengatasi logik akalku. Hanya kerana satu sebab. Dia menjadi punca hubungan aku dan kekasih ku retak.

###

Ketika kami balik ke kampungku, aku terdengar perbualan antara mamaku dengan isteriku. Mamaku mula menyoalnya tentang anak. Aku yang terdengar perbualan mereka sekadar memasang telinga. Isteriku hanya sekadar tersenyum. Langsung tidak mengukit atau menceritakan tentang masalah aku. Apatah lagi cuba-cuba menceritakan tentang naluri sebenarku.

Mata kami saling berpandangan. Sekali lagi aku meletakkan beban ini atas bahunya. 

###

Suatu hari, kekasihku pengsan di tempat kerjanya. Aku yang cemas pantas mengambil cuti dan segera bergerak ke utara tanah air. Untuk beberapa hari, aku menemaninya di hospital. Lupa sebentar aku pada rumah dan keadaan isteri aku yang ketika itu tidak berapa sihat kerana terlalu penat dengan beban kerja.

Sedang aku berbual-bual mesra dengan kekasihku, telefon bimbitku bergetar tanda ada panggilan masuk. Kuperhatikan nama pemanggil. Tertera perkataan mama di skrin telefon bimbitku.

“Assalamualaikum,mama. Ada apa call along?” soalku.

“along. Along kat mana? Balik sekarang. Isteri along kemalangan. Dia dalam wad kecemasan sekarang ni” bicara mamaku cemas.

Aku memandang lama wajah kekasihku. Dia tersenyum ke arahku tanpa mengetahui apa yang terjadi di sebalik perbualan antara aku dan mamaku.

“mama tolong jagakan isteri along. Along tak dapat datang. Outstation sekarang” bicaraku kejam dalam memberi alasan.

“tapi along..”bicara mamaku terputus apabila aku pantas menyambung.

“mama. Along kena pergi dulu. Bye” bicaraku lalu mematikan panggilan.

Seharian aku menemani kekasihku di hospital. Langsung tidak terkesan dengan keadaan isteriku sekarang. Seolah-olah isteriku bukan siapa-siapa. Hanya orang luar.

Saat kekasihku tidur. Aku memandangnya lama. Menatap wajahnya buat seketika. Kejamkah aku kerana masih tegar di sini sedangkan nyawa isteriku berada dalam bahaya? Apa sungguhkah aku tidak punya apa-apa perasaan. Setidak-tidaknya rasa sayang atau belas kasihan terhadap seseorang yang telah banyak berkorban demiku.

Aku kemudiannya mengambil sekeping kertas. Mencoret sesuatu di atasnya. Lalu ku tindihkan nota tersebut dengan segelas cawan. Dahi kekasihku, ku cium lembut. Mengulas rambutnya sebelum beredar meninggalkan dia yang masih lena dengan tidurnya.

Aku mula memandu dari utara tanah air ke Hospital X. Tempat isteri aku di rawat. Sampai sahaja di sana,aku berjalan menuju ke kaunter pertanyaan. Menanyakan status isteriku dan bahagian dia ditempatkan.

Setelah mengenalpasti wad dan katil isteriku ditempatkan, aku segera ke sana. Saat aku ingin melangkah ke katil isteriku. Aku sekali lagi terdengar perbualan antara mamaku dengan isteriku.

“mama. Mana suami saya?”soal isteriku kepada mamaku apabila dia mencari-cari kelibatku yang tiada di sisinya.

Mamaku mengusap tangan isteriku lembut.

“along, outstation. Dia tak dapat datang” jawab mamaku.

“outstation?” soal isteriku pelik.

Isteriku yang sememangnya mengetahui bahawa aku tidak ada outstation sepanjang bulan ini hanya menundukkan pandangan. Ku lihat ada air jernih yang mula jatuh dari wajahnya. Mamaku memandang pelik lalu pantas memeluk isteriku. Mamaku yang tidak tahu hakikat sebenar sekadar memujuk isteriku semampunya.

Aku berjalan keluar dari wad tersebut. Duduk di kerusi yang disediakan lalu menyandarkan tubuhku. Bekal makanan yang ku bawa sedari tadi ku letakkan di tepi. Sambil-sambil mataku memandang siling hospital yang berwarna putih itu.

“Tuhan. Sungguh kejamkah aku?” desis hatiku.

###

Beberapa bulan berlalu. Aku baru sahaja pulang dari kerja pada pukul 12 malam. Timbunan kerja yang banyak memaksa aku bekerja lebih masa.

Sebaik sahaja aku membuka pintu rumah, kelihatan isteriku sedang tidur di ruang tamu sambil tangannya memegang komik naruto. Aku berjalan menghampirinya lalu meletakkan briefcase aku di atas meja.

Ku memerhatikan wajahnya buat seketika. Helaian rambutnya yang jatuh menutupi separuh wajahnya, ku selak lalu selitkan di telinganya. Wajah yang biasa-biasa tapi cukup cantik bagi pandanganku.

Alangkah indah sekiranya aku mempunyai naluri terhadap perempuan. Pasti perempuan sebaik isteriku tidak akan aku sia-siakan. Benarkah aku tidak punya walau sekelumit rasa sayang terhadapnya? Atau setidak-tidaknya rasa ingin melindungi seseorang walau tidak punya rasa cinta terhadapnya?

Sepanjang aku bersama dengannya, isteriku tidak pernah membuatkan aku rasa terancam. Sering melindungi dan menyembunyikan aib-aibku. Mungkin benar kata-kata tuhan bahawa Dia menciptakan pasangan dari jenisku sendiri untuk aku berasa tenteram dengannya. Dia jodoh yang ditakdirkan untukku. Jodoh tanpa rasa.

Aku batuk-batuk kecil untuk menyedarkannya dari tidur. Dia yang tersedar pantas bangun dari perbaringannya.

“kenapa tidur sini? Pergi masuk. Tidur kat bilik” bicaraku.

Isteriku mengeliat sebelum berjalan ke bilik tidur dengan mata tertutup. Aku sekadar menggelengkan kepala melihat tingkahnya.

###

Kelakar. Seperti hukum karma. Aku kini berada di sini. Di wad pesakit. Entah macam mana motorbike yang selalu aku bawa ke tempat kerjaku tergelincir ketika melalui satu selekoh. Aku yang tak dapat mengawal keseimbangan, terjatuh lalu bergolek di tengah jalan raya. Aku yang tidak sedarkan diri, tahu-tahu saja telah berada di sini.  

“awak nak air?” soal isteriku sambil menghulurkan segelas air ke arahku.

“letak kat meja dulu. Nanti dahaga aku minum” bicaraku sambil berpura-pura menaip sesuatu di telefon bimbit kepunyaanku.

Aku yang curi-curi menjeling isteriku, melihat isteriku tetap setia di sisiku sambil membaca komik narutonya. Langsung tidak berganjak dari situ kerana takut-takut aku memerlukan sesuatu.

Kekasihku? Telah lama kami berpisah kerana dia telah mempunyai kekasih lain yang dapat memberi sepenuh perhatian kepadanya. Walaupun, aku sungguh menyayangi kekasihku. Namun, aku memilih untuk tidak langsung mencuba untuk mempertahankan hubungan kami.  

Cukuplah sehingga kini aku bermain-main dengan perasaan semua orang disekelilingku. Sudah tiba masanya untuk aku menjadi matang dan tidak terbawa-bawa dengan perasaanku. Menjadi lebih dewasa dalam berfikiran dan tidak mudah terpengaruh dengan emosi.

Isteriku bangun dari tempat duduknya lalu berjalan keluar. Mungkin bergerak ke surau untuk menunaikan solat zohor yang baru sahaja masuk beberapa minit tadi. Tidak lama kemudian, masuk seseorang yang sangat aku kenali. Bekas kekasihku.

Kekasihku berjalan rapat menghampiriku lalu duduk di kerusi tempat isteriku tadi.

“kau nak apa datang sini lagi?” soalku dingin.

“abang, maafkan sayang. Sayang masih sayangkan abang dan sayang tahu yang abang juga masih sayangkan sayang” bicara kekasihku.

“ya, betul apa yang kau cakap. Aku masih sayangkan kau. Tapi kau juga perlu tahu. Bahawa sekarang aku sedang cuba untuk lupakan kau” bicaraku pula.

“Kenapa abang nak lupakan sayang? Bukankah kita saling mencintai” rayu kekasihku

“kau baliklah. Aku tak nak isteri aku nampak kau kat sini. Cukuplah selama ini aku dah sakitkan hati dia. Aku tak nak kehadiran kau melukakan lagi perasaan dia” pintaku.

“sayang tak nak balik. Sayang tak boleh lupakan abang” bicaranya sedikit memberontak.

“apa lagi yang kau nak? Kau dah ada kekasih baru. Pergilah layan dia” bicaraku dalam nada menahan marah.

“sayang nak…”bicaranya terputus apabila dia pantas mencium bibirku.

Mataku terbuka luas. Aku sedikit terkejut dengan tindakan beraninya di wad yang terbuka ini. Semua mata memandang ke arah kami.

“cinta abang” sambung bekas kekasihku selepas dia menciumku.

Jantungku berombak kencang apabila mataku menangkap kelibat isteriku yang tidak jauh dari tempatku. Dia pantas berjalan keluar dari wad ini. Tanpa menunggu lama, aku terus mengejarnya. Meninggalkan bekas kekasihku yang terpinga-pinga dengan tindakan aku. Mereka-mereka yang melihat tindakan kami tadi, aku biarkan begitu. Apa yang penting sekarang, aku harus dapatkan isteriku kembali.

Aku berhenti berlari sebaik sahaja melihat sesusuk tubuh isteriku yang sedang duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di situ. Dia sedang menyelengkup wajahnya dengan tangan. Aku duduk di sebelahnya. Isteriku mula berbicara.

“abang tahu? saya selalu berharap saya dilahirkan sebagai lelaki yang abang boleh cintai suatu hari nanti. Tapi saya mula mengubah fikiran saya. Memilih untuk jadi diri saya sendiri. Menerima diri saya seadanya. Menjadi diri saya yang asalnya.  Kerna saya tahu, saya diciptakan untuk bersama dengan abang bukan lelaki lain. Saya menerima segala kekurangan abang kerana abang milik saya. Allah jawab semua tu dalam solat saya.”

“Abang.  Hidup ini bukan sakadar cinta dan perasaan yang perlu dipenuhi. Kita saling memerlukan. Abang perlukan saya dan saya perlukan abang. Sebab itu saya memilih abang. Bukan untuk menghukum abang. Apatah lagi menyeksa abang. Saya nak kita sama-sama berjuang.”

“Tapi sekiranya abang tetap mahu teruskan dengan cara abang. Langsung tidak mahu berusaha untuk sama-sama berjuang. Saya minta abang tolong lepaskan saya” bicaranya sambil mengalirkan air mata.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Hanya tanganku sahaja yang mampu bergerak. Air mataku pula mengalir tanpa ku paksa. Perlahan-lahan ku bawa tanganku ke wajahnya. Namun, belum sempat aku menyentuhnya. Tubuhku tiba-tiba sahaja terbaring. Aku tidak sedarkan diri.

Mereka yang berada disekeliling tiba-tiba sahaja menjadi panik. Bunyi bising dan cermas mula kedengaran. Aku cuba berkata-kata,namun suaraku langsung tidak kedengaran.

“Sayang. Maafkan abang”desis hatiku.

Tuhan. Sekiranya engkau masih berikan aku kesempatan, izinkan aku membahagiakan dia walau untuk seketika. Seandainya, engkau telah menciptakan dia, isteriku sesuatu yang lebih baik dariku. Maka, kau cabutlah nyawaku. Berikanlah kebahagiaan pada isteriku. Jujur, aku telah mula menyintainya. Menyintai sikapnya. Menyintai pengorbanannya. Tuhan, ku pohon. Berikan aku kesempatan.

###

“papa” jerit seorang budak lelaki berumur 4 tahun sambil berlari-lari ke arahku.

Aku tersenyum melihat gelagat budak kecil itu yang berlari lincah ke arahku lalu menebusi tubuhku. Sebaik sahaja si kecil itu sampai ke papanya. Papanya pantas mendakap lalu mendukungnya. Mencium wajah si kecil itu dengan penuh kasih sayang.

Ya, kini isteriku mempunyai keluarga baru setelah kematianku tempoh hari. Aku disahkan mempunyai pendarahan dalam otak yang menyebabkan nyawaku tidak dapat diselamatkan. Walaupun aku sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan membahagiakan isteriku. Namun, aku bahagia kini.

Melihat isteriku yang lebih banyak tersenyum dan ketawa. Sebuah reaksi yang jarang ku lihat sepanjang dia hidup bersamaku.

Aku bersyukur kerana dia kini mempunyai seorang teman yang layak memiliki dia. Seorang teman yang dapat memberikan dia segala-galanya yang seharusnya dia miliki. Aku bukan suami sempurna dan dia menerima kekuranganku dengan ikhlas. Setia denganku sepanjang hayatku. Dan kini aku gembira melihat dia bahagia.

“Terima kasih, sayang” bicaraku di telinganya lalu berlalu pergi bersama-sama dengan sejuk dingin angin pagi.

“Selamat tinggal, abang” bicara isteriku sambil mengesat air mata yang tiba-tiba sahaja mengalir.

“eh,kenapa sayang menangis?” soal suami isteriku.

“tak ada apa-apa”bicaranya tersenyum sambil memandang langit biru.


AMARAN: Karya asal diukir oleh penulis Batu Jalanan.



Catatan: Cerpen ni aku dapat idea dari lagu ning baizura yang bertajuk "Bukan Wanita Sempurna". Mungkin untuk cuba-cuba menerangkan rasa seseorang yang bergelar suami. Apapun, ini cuma imaginasiku. Mungkin ada yang tak logik. Mungkin ada yang terlalu dramatik. Tapi itulah imaginasi aq..
p/s: aq masih tak ada idea nak siapkan cerpen bisikan(mungkin tuhan belum izinkan...)

10 comments:

  1. tetiba rasa nk kawen pepagik ni... Selamat Pagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kawenlh wak klu dh temu jodoh.. n selamat petang gak.. :p

      Delete
  2. Wahh..hebat la karya abam izz kita ni..clap clap clap

    ReplyDelete
    Replies
    1. abam?? hahaha..pun boleh dik.. erk..hahaha
      ko bila cuti sem??

      Delete
    2. Yela abam..umur kau berapa?
      Aku dah start cuti sem..kau?

      Delete
    3. umo?? yg psti lebh tua dr ko..
      same..aq pn dh start cuti sem..
      tp aq ikut aktiviti smpai naek sem nnti..

      Delete
  3. Tak dapat Amir komen banyak melainkan...what a great story...

    ReplyDelete
  4. Serius best. Aku personally rasa cerpen ni sedikit sebanyak boleh bagi impact pada plu yang dah berkahwin. well done

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nov..
      aq pn brharap penulisan aq bolh beri harapan kpd mereka2 yg mncari harapan..

      Delete